Thanks For Your Support

Thursday, April 1, 2021

Tempat Menarik Di Selangor, Sungai Inki Kalumpang

Lokasi berhampiran Tanjung Malim Perak.
Kita sempadan la Kalumpang dengan Perak ni.



Tapi jangan risau, warga Selangor tetap tak di kira rentas negeri pun. Sebab Sungai Inki ni, di bawah naungan Selangor. Dekat Kuala Kubu Bharu je.

Kalau dari Shah Alam, ambik masa sejam sejam setengah untuk kesini. Kalau ikut jalan dalam, almost 2 jam. Tapi tak ada toll dan tak ada polis.


Kalau nak mandi melepasi jambatan ni, kena bayar tau. RM5 dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM3


Sal prefer mandi kat tempat bayar tu. sebab tak ramai dan lebih luas sungai dia.


Kat sini ada chalet jugak. Chalet Keluarga Sakri Sungai Inki Kalumpang, Selangor. Harga sewa chalet cecah RM100 juga semalamam.


Tapi best sebab ada private pool yang mana air nya adalah air dari saliran sungai inki juga.


Private pool tu pun kena bayar asing tau. Harga dia sama macam harga nak masuk mandi kat kawasan private river ni.


Ni la chalet dia.


Ni sungai inki kat bahagian private tu. 


Best sebab tak ramai. Ada surau. Ada toilet selesa.


Ni kadar bayaran masuk dan sewa kemudahan di Sungai Inki Kalumpang Selangor ni.


Paling best untuk budak-budak, pool ni. Baru lagi dibina. Khas untuk keselamatan kanak-kanak yang suka main air. Sebab sini ada kepala air tau. Takut tak sempat nak selamatkan semua kan. Jadi, lebih selamat kalau anak kecil mandi kat pool ni je. RM2 sorang. Hanya untul 10 tahun ke bawah je.


Muka lepas berendam.


Berendam dengan Theravest dan Therapant sekali Premium Beautiful bak hang 😂


Nak cari makan, boleh cari kat Medan Selera atau Dataran Kuala Kubu Bharu ni


Satay daging sini sedap tau.
Ayam biasa biasa je.
Kueyteow pun sedap.


Orang Kuala Kubu Bharu, Kalumpang, Tanjung Malim, kalau teringin nak maintain shape dengan Theravest Therapant atau pun Premium Beautiful, roger sal ye. Kita fittting ngam-ngam kasi selesa dan cum badan walau suka jalan-jalan cari makan. 


Ni nasi kerabu Mek siti. Makan lagi kan 😂


Katanya viral kat sini. Kat Kl Selangot ni. Lokasi kat area warung kita Kg Melayu Sungai Buloh.


Kalau tanya taste kami, rasa dia ok je la. Tak boleh saing rasa nasi kerabu depan pasaraya karnival Saujana Utama.


Mujut ambik makan share-share.

1 comment:

  1. Best eCOGRA Sportsbook Review & Welcome Bonus 2021 - CA
    Looking for an novcasino eCOGRA Sportsbook Bonus? At poormansguidetocasinogambling.com this eCOGRA Sportsbook review, we're deccasino talking about a variety of ECCOGRA sportsbook promotions.

    ReplyDelete