Tak kisah la kat mana sekalipun, asalkan terus mendaki. Jangan duduk lama kat tangga. Orang dedulu kata, nanti lambat orang masuk minang. Sebenarnya nyusahkan orang nak lalu kan π
Ni malam tadi. Lepas isyak nak keluar ambik Muhammad balik rumah. Kemain duduk lama rumah nenek sampai tanak balik. Esok nak sekolah dah.
Cat yang sal pegang tu. Tak tau datang dari mana. Tetiba lari masuk dalam rumah. Dah 2 minggu stay with us. Jadi jam loceng setiap hari sebelum subuh.
Doktor kata umur dia 3 bulan. Anak-anak namakan dia “Yummy”. 7 hari bergaduh tiga beradik. Gara-gara nak decide namaπ
Bertambah lagi la geng JJCM mama. Sebab yummy ni, setiap hari kena tukar menu. Menu kucing pun kena pelbagai tau. Jap ikan, jap ayam. Tapi wet food dia la. Hari ke 6 tu dah bagi dia vaksin dan ubat cacing siap.
Tukang mandi, grooming, cuci j*mb*n dan tukang bagi makan dia, Kakak dengan adik. Muhammad tukang main kejar-kejar. Nak jaga sangat kan. Maka, mulakan dan dan lakukan sehabis baik.
Sejak ada baby cat ni, Muhammad tak bisik dah kat mama nak baby boy π
No comments:
Post a Comment