Thanks For Your Support

Thursday, April 23, 2020

Beza Premium Beautiful Elegance dan Premium Beautiful Classic


premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_
Ni hanya untuk yang baru dapat new stok dan terus cuba.

premium_beautiful_therapant_kombo_raya_murah_pkp_








Wednesday, April 15, 2020

Premium Beautiful Crazy Sale PKP 2020


premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Wowwwwww!
Crazy Sales sekarang.
Jom dapatkan harga promo Premium Beautiful.

Hanya RM699 untuk mana-mana dua bahagian. Selagi stok masih ada.

Anda boleh pilih mana-mana bahagian yang berkenan di hati. Ada yang suka ambil dua helai long girdle terus. Ada yang suka ambil long girdle sekali dengan long bra. Ada juga yang ambil bra sekali waist nipper Premium Beautiful. 

Asalkan dua bahagian, harganya hanya RM699 sahaja
premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Long girdle Premium Beautiful Elegance


Long bra Premium Beautiful Elegance


Waist Nipper Premium Beautiful Elegance


Long girdle Premium Beautiful Classic


Long Bra Premium Beautiful Classic


Waist Nipper Premium Beautiful Classic
premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Team leader update permintaan dari pelanggan non stop dari hari pertama Crazy Sales Premium Beautiful launch.

premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Team Leader Premium Beautiful Ampang Setiawangsa update permintaan non stop dari pelanggan

premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Team leader Premium Beautiful Melaka update yang pelanggan non stop order Promo Premium Beautiful

premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah
Team leader Klang update permintaan non stop dari online

premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah



















premium beautiful crazy sale 2020 harga PKP Murah

Dapatkan sekarang Promo Premium Beautiful harga runtuh sekarang

The Real Premium Beautiful Expert,
Salleha Roslan







Homework PKP Muhammad Danish Shafiq

English Teacher bagi satu video untuk dengar dan study tentang primary and secondary colours.

Tapi, untuk lebih mudahkan Muhammad faham, kita minta dia buat terus dalam kertas. 

Sebab, dalam belajar ni, nak lebih faham, kita bukan setakat perlu dengar. Tapi perlu bertindak sekali. Baru lebih clear apa yang disampaikan oleh guru. Bila buat, baru kita feel betapa seronoknya pengalaman dari tindakan tersebut.

Dan bila buat ni, dengan mama dia faham sekali 😂

Blue yellow red, primary colours.
Bila campur jadi la pulak warna green, orange and purple.


Primary and secondary colours

homework PKP SKSU
Muhammad tekun menyiapkan tugasan

homework PKP SKSU
Hasilnya


Spell 5 words

homework PKP SKSU

Senang nak buatkan Muhammad ni seronok buat kerja sekolah. Walau kena marah jugak sesekali tu, meleleh air mata, dia tetap teruskan belajar dan siapkan tugasan yang diberi.


Ni situasi biasa bila belajar. Kena tempuh susah payah berair mata dulu. Huhuu. 



Lepas tu kita pujuk la balik. Upah susu. 


Onde Onde Buah Melaka PKP Yang Mudah Caranya

Onde onde buah Melaka PKP versi Salleha Roslan and Family 

Video cara buat onde onde PKP

Hasilnya, dua jam setengah siap 😂

Onde onde PKP.
Ada yang panggil buah Melaka. Kue Klepon pun ye. Keliwon tu bukan sama sekali. Omputih panggil, Pandan Balls with gula Melaka.

Hari ni dalam sejarah. Bila Alhamdulillah berjaya buat kuih kesukaan diri sendiri dan kuih yang selalu kami berebut pagi-pagi. 

Ni la jadinya, bila ada desakan. Terdesak nak makan punya pasal. Nak beli tak ada orang jual. Maka, terkeluarla potensi diri. 

Buatnya dua dulang besar. Tapi bila siap, dapat semangkuk kecik je. Sebab sambil buat, sambil anak-anak dah kendurikan dulu dah. Diorg suka yang tak digolekkan dengan kelapa. 

Bahan-bahan dan cara buat onde-onde ni ada kat video.

onde onde buah melaka PKP mudah
Ni bahan bahan buat onde onde Buah Melaka. Orang Kelantan panggil Woh Kekok Cha. Thailand Narathiwat panggil Buah Mulong.

pewarna hijau epal
Pewarna hijau epal. Baru beli untuk letak bagi terang warna buah melaka. Sebotol RM2.55. Dan setiap masakan kami, wajib letak Garam Buluh sebagai pengganti garam putih. Kenapa garam buluh? 
Sebab dia bersifat alkali yang sangat tinggi PH. More than 12.

blender pensonic
Haaa. Tu dia. Berabuk blender. Rasanya last sekali guna 2 tahun lepas. 

onde onde buah melaka mudah senang buat
Ni aje la yang tinggal. Buatnya dua talam. Tapi bila siap dapat semangkuk ni je. Damia Danisha Danish dah buat kenduri dulu masa kita merebus yang lain.

onde onde buah melaka senang simpla cara
Alhamdulillah first time cuba buat dan Menjadi. Buah Melaka hasil tangan kami sekeluarga. Semua mainkan Peranan untuk buat onde onde ni. So tak ada la bosan musim PKP kami. Dapat belajat sesuatu lagi hari ni.

pkp fasa 2
Keluar jap je dalam taman rumah jugak. Motor rosak, so suami bawa kereta pergi kedai. Jadi, dia ajak sal ikut sekali. Sebab musim PKP ni kalau nak cari barang, bukannya boleh dapat kat satu kedai je. Kena keluar masuk banyak kedai. Tu yang di ajak sal sekali. Sebab dia tak payah nak mati mati kan enjin kereta. Kiranya sal tunggu dalam kereta aje la.







Wednesday, April 8, 2020

Cara Buat Donut Gebu Paling Mudah

Video mendonut dengan anak-anak di musim PKP



Morning. 
Alhamdulillah menjadi jugak donut gebu PKP ni.

Dengar kata Mauripen ni tengah most wanted sekarang kan 😂 

Ni kali ketiga kami buat donut. Dua kali sebelum ni ikut resipi yang Damia belajar kat sekolah. Kakak memang suka memasak. Kali ni pun, dia yang uli dan goreng. Mama tolong monitor je.

Simple sangat buat donut gebu ni. Resipi ni sal dapat dari one of sahabat fb. Thank you Siti Zuleha share resipi.

Bahan donut gebu; 
600gm tepung gandum
100gm butter
40gm gula
11 gm yis kering
260 gm susu fresh milk.

Tapi sal tak sukat pun. Agak-agak je. Amaturkan, mana la ada alat timbang tu 😅

Cara buat;
Mix semua, uli sampai jadi doh means tak lekat kat tangan. 

Ada yang tanya, yis tu macam mana?
Yis yang dalam pek kuning kecik, nama Mauripen (ada dalam gambar) tu, RM0.90 satu pek, kami bancuh dalam mangkuk kecik dulu, bagi sekata. Lepas tu baru campur dalam adunan yang ada tepung gandum, gula, butter dan letak susu full milk cream tu sikit-sikit ikut adunan. Pastikan adunan tak melekat kat tangan. Lepas tu rehatkan doh tu untuk proses mengembang lebih kurang 20minit.

Masa ni kami tutup dengan kain basah. Kalau tak tutup dia tak kembang. Dah kembang doh tu, boleh bentukkan donut. Orang yang dah expert, dia bentukkan macam tu je. Tapi kami guna acuan. 

Dah siap bentukkan donut gebu tu, rehatkan lagi dalam 10minit, bagi dia kembang sikit lagi, sementara panaskan minyak. Minyak dah panas boleh la goreng. Toskan donut. 

Lepas tu boleh la golekkan dengan gula ke. Macam anak sal, diorang nak celup dengan sprinkle dan milo. Dapatla 16 biji satu doh ni. Habis sekejap je. Sebab gebu kan.

bahan buat donut gebu paling mudah salleha roslan premium beautiful therapant theravest
Ni bahan-bahan buat donut gebu PKP.

Monday, April 6, 2020

Nasi Ayam For Beginner Versi Salleha Roslan

Apa tu PKP
PKP tu short form pada;
Perintah
Kawalan
Pergerakkan

Banyak sangat hikmah PKP ni. 

Antaranya, 
lepas 14 tahun kawin, ni la kali pertama mother of three ni buat nasi ayam sendiri 😂

Resipi ada kat video.

cara buat nasi ayam simple dan mudah musim PKP bahan-bahan nasi ayam
Ni bahan perap. Sal gunakan Kicap Jalen, Sos Tiram Adabi dengan Madu. 

cara buat nasi ayam simple dan mudah musim PKP bahan-bahan nasi ayam
Alhamdulillah comel je kejadian ayam yang diperap dengan 3 bahan tadi.

cara buat nasi ayam simple dan mudah musim PKP bahan-bahan nasi ayam
Nak tau cara buat nasi ayam paling simple dan senang ni?

Cara buat nasi ayam simple versi Salleha Roslan.

Bahan-bahan:
1. Buttercup
2. Bawang Putih
3. Bawang Merah
4. Halia
5. Kicap Jalen
6. Sos Tiram Adabi
7. Madu
8. Daun Pandan
9. Salad
10. Tomato
11. Cili
12. Serbuk kunyit


Cara buat nasi ayam simple versi Salleha Roslan.  Bahan-bahan: 1. Buttercup 2. Bawang Putih 3. Bawang Merah 4. Halia 5. Kicap Jalen 6. Sos Tiram Adabi 7. Madu 8. Daun Pandan 9. Salad 10. Tomato 11. Cili 12. Serbuk kunyit  First, Panaskan minyak masak sikit.  Letak sikit buttercup.  Tumis sikit 2-3 ulas bawang putih dan bawang merah yang kecik tu 2-3 biji, serta sikit halia.   Dah warna emas-emas tu, Masuk kan air sampai mendidih, lepas tu masukkan ayam dan rebus sampai ayam jadi putih. Lepas tu angkat.  Second, Perap ayam yang dah rebus tadi dengan kicap Jalen, Sos Tiram Adabi, madu.   Perap sejam atau lebih untuk dapatkan rasa yang sedap. Kalau boleh kacau dengan sudu. Sebab kicap perap tu boleh buat makan lepas ni.  Sambil tu boleh la cuci beras.  Cara buat nasi ayam pulak: Tumis lagi bawang putih, bawang merah dan halia dengan sikit minyak dan buttercup. Murah pulak buttercup ni kat speedmart RM4.20 je.  Tumis sampai keemasan. Cedok tumisan dan gaul rata dengan beras yang dah cuci tadi. Letak serbuk kunyit. Ikut la, kalau nak kuning sangat, letak lebih sikit.   Lepas tu tuang air rebusan ayam tadi ikut sukatan nasi.  Letak daun pandan bagi wangi. Dah boleh masak dah. Tapi sebelum tu sal letak garam sikit.  Cara buat cili sos Nasi Ayam: Boleh tumbuk atau blender sikit tomato, cili hidup 2 biji, cili padi sikit ikut nak pedas mana. Lepas tu boleh masak sikit letak air dengan sos cili sikit.   Cara buat sup Nasi Ayam:  Sup dia pulak, boleh guna balance air rebus ayam je. Sal tak letak dah stok kiub ayam. Sebab memang tak suka masak ada perasa. Letak daun ketumbar sikit bagi wangi.
First,
Panaskan minyak masak sikit. 
Letak sikit buttercup. 
Tumis sikit 2-3 ulas bawang putih dan bawang merah yang kecik tu 2-3 biji,
serta sikit halia. 

Dah warna emas-emas tu,
Masuk kan air sampai mendidih, lepas tu masukkan ayam dan rebus sampai ayam jadi putih. Lepas tu angkat.

Second,
Perap ayam yang dah rebus tadi dengan kicap Jalen, Sos Tiram Adabi, madu. 

Perap sejam atau lebih untuk dapatkan rasa yang sedap. Kalau boleh kacau dengan sudu. Sebab kicap perap tu boleh buat makan lepas ni.

Sambil tu boleh la cuci beras.

Cara buat nasi ayam pulak:
Tumis lagi bawang putih, bawang merah dan halia dengan sikit minyak dan buttercup. Murah pulak buttercup ni kat speedmart RM4.20 je.

Tumis sampai keemasan.
Cedok tumisan dan gaul rata dengan beras yang dah cuci tadi. Letak serbuk kunyit. Ikut la, kalau nak kuning sangat, letak lebih sikit. 

Lepas tu tuang air rebusan ayam tadi ikut sukatan nasi.

Letak daun pandan bagi wangi. Dah boleh masak dah. Tapi sebelum tu sal letak garam sikit.

Cara buat cili sos Nasi Ayam:
Boleh tumbuk atau blender sikit tomato, cili hidup 2 biji, cili padi sikit ikut nak pedas mana. Lepas tu boleh masak sikit letak air dengan sos cili sikit. 

Cara buat sup Nasi Ayam: 
Sup dia pulak, boleh guna balance air rebus ayam je. Sal tak letak dah stok kiub ayam. Sebab memang tak suka masak ada perasa. Letak daun ketumbar sikit bagi wangi.



Alhamdulillah licin anak dan suami makan. Anak kata lagi sedap dari makan kat kedai. 😅 nak suruh mama masak selalu la tu.