Thanks For Your Support

Wednesday, December 4, 2019

Our Barn Owl

This is Barn Owl.
Burung hantu. Antara spesis burung hantu yang memburu.

Dah lama sebenarnya Barn Owl ni bertapak kat belakang rumah kami. 

Mula mula dulu, bingit rasa. Selalu cakap dalam hati, kadang tu keluar jugak kat mulut, burung apa la yang bising sangat ni tiap kali hari mula gelak.

Bisinggg!
Tak suka bunyi dia. Nyaring. Memula dulu la. Sekarang ni, setiap kali nak maghrib je, kami akan excited tunggu kedatangan si Barn Owl ni belakang rumah. 

Bukan seminit dua dia berbunyi. Tapi sepanjang hari gelap. Selagi tak terang, selagi tu la dia berbunyi. Tak tau apa yang dibunyikannya.

Sal masih mengkaji, ecehhhh. Tak pasal pasal jadi pengkaji burung. Sal nak tau kenapa dia berbunyi sepanjang malam. Apa tujuan dia keluarkan bunyi macam tu. Sedangkan dia sedang memburu.

Barn Owl ni burung hantu. Jadi kalau dah burung hantu tu, memang kerja dia mencari tikus, snakes as their meals. Dinner sepanjang malam dengan hasil tangkapan. Sayar dia memang tak berbunyi. Senyap je dia berkepak. 

barn owl Malaysia
Comel kan. Ni la wajah love shape Barn Owl kat longkang belakang rumah kami. Sementara nak tunggu gelak, dia akan lelap kat sini bila tina waktu nak masuk maghrib.

Sian Owl. Sesetengah orang percaya yang kedatangan burung hantu ni suwei. MashaAllah tahyul. Cian dia. Cecomel macam ni dikata suwei. 

Apa pun, we love your appearance Barn Owl. Welcome to our family. Sebab setiap malam dia akan duduk kat belakang rumah. 

Kami suka. Sebab dia boleh bantu kurangkan masalah tikusssss kat belakang lorong taman rumah kami. Sebab tikus belakang ni bukan tikus cecomel tu. Siap ada spesis cencurut lagi. Keje cencurut ni siap kokak pintu kayu belakang rumah tau. Gile ganaz.

barn owl malaysia
Photo by En Suami.
Comelnya awak Barn Owl di waktu malam. Dengan mata tajam. Terbang sepantas kilat. Subhanallah ajaibnya ciptaan Allah. 

Terima kasih Allah hadirkan makhluk secomel ni untuk menyerikan malam hari di belakang rumah kami. Semoga Barn Owl ni sekeluarga dipanjangkan usia.

No comments:

Post a Comment