Thanks For Your Support

Wednesday, December 4, 2019

Bizmilla One City Subang

Hari ni hari ahad. 1 Disember 2019.
Memenuhi jemputan walimatulurus di Bizmilla The Royal Ballroom. Lokasi Bizmilla ni di One City Subang.

Kami bergerak dari rumah jam 11.30 pagi. Nak sampai awal. Senang nak duduk tak berebut. 

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Alhamdulillah 14 years together. Mohon doakan semoga kehidupan kami sentiasa dirahmati Till Jannah.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Haha. Tetiba ada tanduk emas kat kepala kan.  Outfit pulak dah tak sengaja macam Maleficient.

Ikutkan tadi nak pakai baju lain. Tapi anak kata mama ni macam pengantin pulak. So, terus la sal naik atas bilik balik dan cari baju yang simple je. Ni baju masa ngandung Muhammad Danish Shafiq 6 tahun dulu. Baju kelawar hitam kosong. Baru ni rasa nak pakai balik.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Hari ni, kakak dan adik pakai baju mama
Head to toe. Termasuk la baju dalam Premium Beautiful. Alhamdulillah, sekarang sebelum keluar pun mereka dah tau nak sarung stokin siap-siap. Sebab faham, kaki juga sebahagian dari aurat yang perlu di jaga.

Jaga sebab Allah suruh.
Bila Allah suruh, tak boleh tunggu baik. Asal dah baligh, mesti kena paksa diri buat.

In shaa Allah semoga kita semua lembut hati untuk sentiasa belajar dan terima teguran membina.

Hidup bukan untuk impress manusia. Tapi lebihkan untuk ikut apa yang Allah suruh. Mujahadah memang pahit. Tapi in shaa Allah penghujungnya adalah ganjaran kebaikkan.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Cantik sangat Bizmilla hall ni. Pandai Mila Jirin manage life dia dengan berniaga. Selain urus pakej perkahwinan, Mila Jirin siap ada butik pengantin, travel and tours di building yang sama. 

It’s not easy to run a business. That’s why salute sal dengan Milla Jirin atas usahanya
Membangunkan Bizmilla.

Yang mana Bizmilla ni, pakej perkahwinan yang disediakan sangat sangat jimat. Murah. Cantik. Nampak mewah. Tempat selesa. Senang nak parking. Dan tak perlu risau dengan hujan panas sebab dalam building kan hall dia. 

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Bersama mak mertua dan ayah mertua. Juga saudara mara sebelah suami.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Ni pengantin. Ikmal hisham Hj Ibrahim dan syamimi Izzati Mohd Asri. Selamat pengantin baru uols. 


Semoga kalian dan keluarga dirahmati Allah hingga ke Jannah.

Terima kasih pada keluarga pengantin atas jemputan dan layanan istimewa buat tetamu. Siap bagi special gift. Budak budak suka dapat coklat Kit kat, Toblerone, Mars dan Tupperware original sebagai door gift.

Hidangan makanan pun semua sedap. Dari lauk pauk sampai ke dessert. Rasanya semua pun sal makan kot. Huhuu.

Ada kari kambing. Daging masak kicap. Ayam goreng berempah. Acar buah. Kek kukus sedappp. Popia basah. Keria lembut. Koci sedap. Tapai. Apam ice cream. Apam balik 3 rasa, coklat pandan jagung. Teh tarik dan kopi panas. MashaAllah Tabarakallah atas hidangan yang menyelerakan dari Bizmilla Katering dan saudara mara sekelian. 

bizmilla katering wedding
Sayang Adik. Semoga adik menjadi anak solehah.

Bizmilla Katering Damia Shafiqa Halmie
Sayang kakak jugak. Semoga sentiasa
Dipelihara Allah dalam iman.


Ishhhh. Ni yang tak suka pakai hitam ni. Orang lain pakai nampak slim. Kita pakai nampak bolat pulak 😂😂😂




No comments:

Post a Comment