Thanks For Your Support

Friday, December 6, 2019

Premium Beautiful Eco Grandeur Puncak Alam

eco grandeur puncak alam

Berniaga adalah rezeki ghaib.

Jika bekerja, kita tahu dah berapa jumlah gaji yang bakal kita dapat pada hujung bulan. Tapi jika berniaga, kita tak tau pun berapa nilai yang bakal kita perolehi untuk hari tu, untuk bulan tu. Ianya ghaib. Yeee. Ghaib.

Allah itu ghaib. 
Malaikat itu ghaib. 
Ghaib ni apa? 
Kita yakin dan percaya ianya ada, meskipun tak dapat dilihat dengan pancaindera. 
9 per 10 dari sumber rezeki adalah berniaga. Sebab apa? Sebab Allah bantu hambaNya yang percaya dan yakin pada rezeki yang ghaib.
Even tak diberi mewah, tapi in shaa Allah diberi kecukupan.

Tempat uol hujan tak. Sal kat sini terik. Alhamdulillah. Even melekap fabric hitam kat dalam badan ni, tapi tak rasa rimas dan berlengas pun. Sebab fabric dia neutralkan suhu badan. Dok kat cuaca panas macam ni, dia buatkan kita rasa sejuk. Dok kat tempat sejuk pulak, kita akan rasa warm-warm je. Dah macam fungsi long john pulak boleh warmkan badan dari cuaca sejuk. Untung aih jadi pemilik baju dalam yang ada lifetimewarranty ni.
#PremiumBeautiful
#Therapants
#Pb360Therapants 

Wednesday, December 4, 2019

Our Barn Owl

This is Barn Owl.
Burung hantu. Antara spesis burung hantu yang memburu.

Dah lama sebenarnya Barn Owl ni bertapak kat belakang rumah kami. 

Mula mula dulu, bingit rasa. Selalu cakap dalam hati, kadang tu keluar jugak kat mulut, burung apa la yang bising sangat ni tiap kali hari mula gelak.

Bisinggg!
Tak suka bunyi dia. Nyaring. Memula dulu la. Sekarang ni, setiap kali nak maghrib je, kami akan excited tunggu kedatangan si Barn Owl ni belakang rumah. 

Bukan seminit dua dia berbunyi. Tapi sepanjang hari gelap. Selagi tak terang, selagi tu la dia berbunyi. Tak tau apa yang dibunyikannya.

Sal masih mengkaji, ecehhhh. Tak pasal pasal jadi pengkaji burung. Sal nak tau kenapa dia berbunyi sepanjang malam. Apa tujuan dia keluarkan bunyi macam tu. Sedangkan dia sedang memburu.

Barn Owl ni burung hantu. Jadi kalau dah burung hantu tu, memang kerja dia mencari tikus, snakes as their meals. Dinner sepanjang malam dengan hasil tangkapan. Sayar dia memang tak berbunyi. Senyap je dia berkepak. 

barn owl Malaysia
Comel kan. Ni la wajah love shape Barn Owl kat longkang belakang rumah kami. Sementara nak tunggu gelak, dia akan lelap kat sini bila tina waktu nak masuk maghrib.

Sian Owl. Sesetengah orang percaya yang kedatangan burung hantu ni suwei. MashaAllah tahyul. Cian dia. Cecomel macam ni dikata suwei. 

Apa pun, we love your appearance Barn Owl. Welcome to our family. Sebab setiap malam dia akan duduk kat belakang rumah. 

Kami suka. Sebab dia boleh bantu kurangkan masalah tikusssss kat belakang lorong taman rumah kami. Sebab tikus belakang ni bukan tikus cecomel tu. Siap ada spesis cencurut lagi. Keje cencurut ni siap kokak pintu kayu belakang rumah tau. Gile ganaz.

barn owl malaysia
Photo by En Suami.
Comelnya awak Barn Owl di waktu malam. Dengan mata tajam. Terbang sepantas kilat. Subhanallah ajaibnya ciptaan Allah. 

Terima kasih Allah hadirkan makhluk secomel ni untuk menyerikan malam hari di belakang rumah kami. Semoga Barn Owl ni sekeluarga dipanjangkan usia.

Bizmilla One City Subang

Hari ni hari ahad. 1 Disember 2019.
Memenuhi jemputan walimatulurus di Bizmilla The Royal Ballroom. Lokasi Bizmilla ni di One City Subang.

Kami bergerak dari rumah jam 11.30 pagi. Nak sampai awal. Senang nak duduk tak berebut. 

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Alhamdulillah 14 years together. Mohon doakan semoga kehidupan kami sentiasa dirahmati Till Jannah.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Haha. Tetiba ada tanduk emas kat kepala kan.  Outfit pulak dah tak sengaja macam Maleficient.

Ikutkan tadi nak pakai baju lain. Tapi anak kata mama ni macam pengantin pulak. So, terus la sal naik atas bilik balik dan cari baju yang simple je. Ni baju masa ngandung Muhammad Danish Shafiq 6 tahun dulu. Baju kelawar hitam kosong. Baru ni rasa nak pakai balik.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Hari ni, kakak dan adik pakai baju mama
Head to toe. Termasuk la baju dalam Premium Beautiful. Alhamdulillah, sekarang sebelum keluar pun mereka dah tau nak sarung stokin siap-siap. Sebab faham, kaki juga sebahagian dari aurat yang perlu di jaga.

Jaga sebab Allah suruh.
Bila Allah suruh, tak boleh tunggu baik. Asal dah baligh, mesti kena paksa diri buat.

In shaa Allah semoga kita semua lembut hati untuk sentiasa belajar dan terima teguran membina.

Hidup bukan untuk impress manusia. Tapi lebihkan untuk ikut apa yang Allah suruh. Mujahadah memang pahit. Tapi in shaa Allah penghujungnya adalah ganjaran kebaikkan.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Cantik sangat Bizmilla hall ni. Pandai Mila Jirin manage life dia dengan berniaga. Selain urus pakej perkahwinan, Mila Jirin siap ada butik pengantin, travel and tours di building yang sama. 

It’s not easy to run a business. That’s why salute sal dengan Milla Jirin atas usahanya
Membangunkan Bizmilla.

Yang mana Bizmilla ni, pakej perkahwinan yang disediakan sangat sangat jimat. Murah. Cantik. Nampak mewah. Tempat selesa. Senang nak parking. Dan tak perlu risau dengan hujan panas sebab dalam building kan hall dia. 

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Bersama mak mertua dan ayah mertua. Juga saudara mara sebelah suami.

premium beautiful Therapants One city subang Murah Agent Haio
Ni pengantin. Ikmal hisham Hj Ibrahim dan syamimi Izzati Mohd Asri. Selamat pengantin baru uols. 


Semoga kalian dan keluarga dirahmati Allah hingga ke Jannah.

Terima kasih pada keluarga pengantin atas jemputan dan layanan istimewa buat tetamu. Siap bagi special gift. Budak budak suka dapat coklat Kit kat, Toblerone, Mars dan Tupperware original sebagai door gift.

Hidangan makanan pun semua sedap. Dari lauk pauk sampai ke dessert. Rasanya semua pun sal makan kot. Huhuu.

Ada kari kambing. Daging masak kicap. Ayam goreng berempah. Acar buah. Kek kukus sedappp. Popia basah. Keria lembut. Koci sedap. Tapai. Apam ice cream. Apam balik 3 rasa, coklat pandan jagung. Teh tarik dan kopi panas. MashaAllah Tabarakallah atas hidangan yang menyelerakan dari Bizmilla Katering dan saudara mara sekelian. 

bizmilla katering wedding
Sayang Adik. Semoga adik menjadi anak solehah.

Bizmilla Katering Damia Shafiqa Halmie
Sayang kakak jugak. Semoga sentiasa
Dipelihara Allah dalam iman.


Ishhhh. Ni yang tak suka pakai hitam ni. Orang lain pakai nampak slim. Kita pakai nampak bolat pulak 😂😂😂