Thanks For Your Support

Thursday, November 21, 2019

Keputusan UPSR 2019

Result UPSR 2019 dah keluar secara rasmi pada 21/11/2019

Sebelum ke sekolah, sal dah buka online sistem dulu. Jadi, boleh la tau how to handle the emotion. 

Syukur. Yakin dan percaya semuanya adalah yang terbaik. Hasil hari ni adalah apa yang kita semai 5 tahun sebelum ni.

Kita dapat apa yang kita buat.
Doa kita.
Tindakan kita.
Keyakinan kita.
Semua tu adalah hasil yang kita capai pada hari ni.

Cuma, dalam nak kejar result, jangan sampai insult usaha dan perasaan orang lain. Paling penting, dalam nak capai result, capai sekali KPI yang dah digariskan untuk kita sebagai umat Rasulullah.

upsr 2019 reault sksu
Menunggu kakak ambik paper keputusan UPSR. Mama dah tahu dah berapa A kakak dapat. Tu yang relax je duduk kat kerusi ni.

sksu saujana utama upsr 2019

sksu saujana utama 2019
Result UPSR dah bersusun kat meja

sksu 2019 upsr
Apa pun keputusan UPSR
U - Ucap tahniah
P - Peluk
S - Sayang
R - Raikan

upsr result 2019 keputusan cemerlang
With Cikgu Nora. Guru kelas Damia semasa 6 Jazari. Kita parking sini gamba kenangan ni. Sebab 10-20 tahun lagi, mesti dia cari balik
Gambar gambar masa sekolah rendah.


Antara kawan rapat Damia di Sekolah

sunway university Premium Beautiful therapants prolicious shake me cocoa
Alhamdulillah. Received order dari Dr Irda. Beliau nak Prolicious dan Shake Me Cocoa 2 box 2 box.

sunway university prolicious
Lepas selesai urusan ambik keputusan UPSR Kakak, dan siap ambik Muhammad kat Genius Aulad, Sal ke Sunway University pulak.

—————————-
Ni coretan sehari sebelum result UPSR 

Duhai mama yang bernama Nur Salleha Roslan, apa pun keputusan UPSR anakmu esok, peluklah dia.

Jangan kondem
Jangan sampai tarik muka
Jangan merajuk

Dapat semua A pun, bukan boleh masuk University esok. Dia tetap kena masuk sekolah menengah dulu. Dan jika tak dapat semua A pun, bukan bermakna tak boleh masuk University 5 tahun akan datang. 

Tenang-tenang.

Ibu ayah yang hebat adalah ibu ayah yang walau anak mereka kurang cemerlang, mereka tetap ada di sebelah anak. Mereka tetap peluk anak yang berduka lara. Mereka yang naikkan semula semangat anak. Mereka akan cakap, kakak/abang tetap anak mama. Jauh lagi perjalanan. UPSR bagus atau tak cukup bagus, kita masih perlu belajar lagi lepas ni. Peluang masih ada. 

Dalam akademik, tak semua boleh cemerlang. Tak boleh paksa. Jika itu tahap dia, terima. Tapi, dengan solat dan ilmu kenal Allah, itu tak ada kompromi. 

Kejar kejayaan dunia, elakkan sampai tergadai sebuah kasih sayang yang ambik masa untuk dibina. ❤️








No comments:

Post a Comment