Thanks For Your Support

Tuesday, July 9, 2019

Premium Beautiful 1st Raya 2019

1Syawal.
6 June 2019. Hari Rabu.


Pagi raya semestinta kami akan beraya di rumah Mak dan Abah dulu. Sebab suami tak boleh kalau tak makan Pulut Pasung dan rendang air tangan Mak Abah.

Tengahari, kami ke Bangi. Ziarah Maklong. Dan kebiasaannya saudara mara belah ibu akan berkumpul kat mana mak long berada.


Muhamad dengan baju melayu merah pak ngah nye.


Siap Tanjak dan keris. Hehe.


Suka Muhammad pakai macam ni.
Baju melayu ni sal beli kat kedai area rumah je. Sepasang baju melayu merah tu RM 35 Je kalau tak silap. Cantik jahitan dia.
Sampin pun ready made. Tinggal pakai dan cangkuk kan aje. RM7.90 Je.
Tanjak tu Pak long Muhammad punya. Berminat nak tempah tanjak macam tu bagi tau je ye. Boleh order.
Capal tertinggal kat rumah.


Bersama keluarga arwah pakjang Mad.


With my bestie.


Serba merah untuk raya pertama.


Sampau socks pun merah. Senang. Tak payah pakai kasut pun tak pe.

Baju ni sal beli kat kedai yang sama dengan baju melayu Muhammad. Memang murah sangat. Bila pakai baju dalam Premium Beautiful, pakai baju berapa nilai pun, tetap nampak terletak dan ada value. 

Confident je bila masing-masing pakai Premium Beautiful. Pakai baju RM5 je sehelai. Tapi cekak pinggang macam pakai baju Jovian RM500. 

Macam tak percaya kan. Ada baju RM5. Memang ada. Sal ternampak kedai tu letgo baju kurung cotton polka dot kecik-kecik ni RM5 sepasang. Dan size kami semu size 34 pun ada. Jadi, Grab aje la buat pakai raya pertama. Sebab raya pertama biasanya kami banyak berjalan dan banyak makan-makan. Jadi bila pakai baju simple macam ni, tak de la tersangkut lace ke labuci kat mana-mana. Mudah nak bergerak. Dan kalau makanan tumpah pun tak rasa frust sangat nak bersihkan.

Dan bila raya pertama ni sal biasakan mereka pakai pakaian bersih dan sederhana. Supaya kami dapat menjiwai perasaan mereka yang happy meraikan syawal walau dalam serba kekurangan.

Bersama suami tercinta, tersayang, terbanyak buat salah silap. Biasa la pompuan. Emo pelbagai. Kalah menu kat bazar Ramadhan. Bertuah sal Allah hadiahkan suami hati baik macam ni. Tak pernah membebankan isteri dengan ragam seorang suami. Semoga Jannah buat suami tersayang.

Bersama ibunda tersayang.

Raya kali ni ramai cakap Muhammad behave sangat sekarang. Duduk aje. Tak pusing-pusing macam sebelum ni.

Alhamdulillah. Muhammad kan dah sekolah, Kat sekolah dia la paling abang sebab dah 6 tahun. Jadi, dia memang dah mula behave. Mula ada kematangan sebagai lelaki soleh. Hehe.

Baju RM5 plus Premium Beautiful Korset.

Bila suami mula suka main kamera, maka kita la jadi mangsa. Asik dia suruh berdiri situ, berposing sini untuk nak asah skill photography dia.

Kita layan kan aje. Dulu nak sangat kan lelaki yang pandai ambik gambar. Siap sembang ngan geng bisnez "Bestnya kalau siapa yang dapat kawin dengan photograpger, nanti mesti suami dia selalu ambik gambar dia kan" haaaaa. skarang silakan. Doa anda dimakbulkan. Huhu. Alhamdulillah.

Bersama sebahagian kecil keluarga Maklong Teh dan Pak Jang Ahmad.

Adik Beradik ibu.
Yang dari kanan tu pakjang dan makjang. Yang baju dust purple tu mak ngah kiah. Yang tudung oren tu Mak Cik Melah. Ibu sak anak bongsu. Yang duduk baju putih tu besan mak long teh. Mak long sal yang duduk kat kerusi roda tu. Doakan mereka semua sihat dan dipanjangkan usia untuk beramal soleh. Mak lang je dah balik. Jap lagi kita gi rumah maklang ye.








Suka dia posing macam ni. Kekonon pendekar la.

Nak balik dah. Next ke Ampang.


Habis anggur mak su Muhammad dan Danisha jemaah makan. Sedap dapat makan anggur panjang. Rangup.





Ni kat Taman Nirwana. Rumah Mak Lang Yah. Antara rumah wajib raya di hari raya pertama.

So raya pertama ni kami ke:
1. Rumah mak
2. Rumah Mak Long Di Bangi
3. Rumah Mak Su Di Pandan Mewah
4. Rumah Mak Lang Di Taman Nirwana
5. Rumah Acu di Gombak

Best hari raya. Sebab masa ni la untuk jumpa sedara mara. Nak sembang lama memang tak sempat, Tapi cukup dapat bersalam dan bertanya khabar pun dah alhamdulillah.

Semoga kita di beri rezeki untuk bertemu Ramadhan akan datang. Dan sekali lagi meraikan syawal dengan penuh kesyukuran dan penuh penghargaan.
























1 comment: