Wednesday, June 19, 2019

Premium Beautiful Greenwood Gombak

Ni hari Sabtu. Siang pagi sampai ke zuhor, Damia ada intensive class di sekolah. Jadi, lepas zuhor juga la baru keluar rumah. Bertuah sangat sal sebab dapat client Premium Beautiful yang baik hati. Mudah nak deal masa.

Setiap kali nak keluar pulak, mesti pening nak pakai baju apa. Ikutkan banyak je baju yang dah siap gosok. Tapi mode hari ni nak pakai baju besar dan longgar. 

Jadi, belek punya belek. Termenung punya termenung, maka, baju hijau yang sal beli kat Setia Alam Shopping Mall ni jugak yang jadi pilihan untuk fitting Premium Beautiful hari ni.

Sal tak suka sangat baju ni. Sebab kalau salah pose, dia akan buatkan sal nampak gemmoks.😅

Baju hijau ni sal beli untuk pakai raya kedua tahun 2017 kalau tak silap. Ya Allah nape la pelupa sangat ni. 

Shawl tu pulak, founder Azalea bagi percuma masa tahun 2012. Masa tu rajin beli tudung dengan Aliah Abd Rashid yang cantik manis tu. Sekarang Aliah dah jadi founder baju jenama Ayana.My

Cantikkan. Ni la Aliah dengan anak comel dia.


Lepas makan kat Kepok Lekor Tranung, kami ke Sungai Kerdas, Gombak pulak untuk hantar Long Girdle Premium Beautiful special size ni.

Untuk yang tercari-cari kat mana tempat makan best di Gombak, uol boleh cuba dua kedai yang sal suka pergi ni,

1. Jelira Molek kat Sungai Chin Chin Gombak
2. Kepok Lekor Tranung kat Greenwood Gombak

Yang Jelira Molek tu, sal suka nasi kukus dia. Kuah dan sambal hijau dia uol ambik lebih tau. Lepas tu jangan lupa coconut shake dia. Sedappp dan murah. Donut kat Jelira Molek ni pun, kalau ikut selera sal, memang makan 7-8 ketul pun ok lagi. Sebab gebu dan sedap sangat donut dia. Kot ada yang mengidam donut gebu murah, boleh la waze Jelira Molek Kampung Sungai Chin Chin Gombak.

Harga makanan dia:
Coconut shake RM4.50
Nasi Kukus RM6.00

Selain tu dia ada juga masak singgang, sup tulang dan lain-lain. Menu tak banyak sebab Jelira Molek ni dia buat makanan pengkhususan. Khas masakan pantai timur je. 

Yang Kepok Lekor Tranung tu, sal suka datang makan kepok lekor cheese dia dari 2016 rasanya. Memang sedap. 

Sebelum ni Warung Lekor Tranung ni just fokus pada kepok lekor original dari Terengganu je, tapi sekarang dah ada menu tambahan. Ada nasi campur lauk special macam masak lemak dan patin tempoyak, sekali dengan ikan kembong celup tepung.

Warung Kepok Lekor Tranung ni, kedai sepupu sal dan suami dia yang usahakan. 

Suka tengok mereka gigih membangunkan perniagaan mereka sekeluarga. Dari kecik-kecilan, sampai dah makin upgrade dah business mereka. Alhamdulillah. Rezeki orang tak putus asa berdoa sambil usaha, pasti akan makin berjaya. 

Business tak semudah yang kita biasa nampak. Kita nampak orang lain senang je berjaya kan. Tapi hakikat dia, nak berjaya upgrade business ni, perlukan pengorbanan di peringkat awal. 

Keringat, penat, air mata, mandi peluh, sakit kepala fikir strategi, dan macan-macam lagi. Usaha bangunkan business memang tak seindah biasa. Tapi apa yang kita akan tuai, ianya pasti luar dari biasa yang kita dapat.

Awal berniaga, memang kita akan mudah rasa tertekan dengan cabaran. Tapi sampai satu masa, kita akan tenang dan makin faham cara untuk handle cabaran. Sebab ujian memang non stop. Jadi, untuk yang tak kuat hadapi tekanan, jangan la berniaga. Tapi kalau tak berniaga, tak feel la the real life tu macam mana. Sebab bagi sal, berniaga ni dikatakan sunnah, sebab dia akan buatkan kita secara tak sengaja akan terdekatkan diri untuk bersiap dunia dan akhirat. Tapi dugaan berniaga memang berat. Berat-berat dugaan pun, tapi kemanisan dia, tak boleh nak luahkan dengan kata-kata.










Nak tahu perlu ke tak perlu pakai Premium Beautiful setiap hari?
Jom dengar short sharing dari sal. Dengar tau.

Nak dapatkan Premium Beautiful Promo, Harga murah, boleh wasap.my/601116311641 sekarang.

No comments:

Post a Comment