Tuesday, June 18, 2019

Cara Buat Resepi Pulut Pasung Urang Banjar




Makanan Urang Banjar di pagi raya.

Tak de ni, macam tak sempurna la raya bagi mereka. Betul ke dak ni kulaan?

Ni nama dia Pulut Pasung. Ada yang panggil pulut dakap.

Setelah 13 tahun berkahwin dengan suami yang merupakan orang Banjar, baru tahun ni mak mertua berkali-kali pesan kat suami, mai rumah awal sebelum raya. Rumah kami tak jauh mana, jadi tu yang selalunya pagi raya baru muncul. 

Tapi kali ni, siap suruh duduk 3 hari 2 malam untuk belajar cara sediakan menu wajib urang banjar di ari raya. Kira mertua nak wariskan betul-betul resipi warisan ni pada anak cucu. Tak de la sampai masa nanti, makanan traditional mereka ni lenyap macam tu je.

Apa rasa pulut pasung ni?
Rasa dia sedap yakmat.
Berlemak. Wangi. Lembut.

Susah tak nak buat?
Selagi tak buat, memang rasa macam susah je. Tapi bila sal dah cuba buat, eh, suami yang buat. Haha. Tak ada la payah mana. Lagi mudah dari sediakan lemang rasanya. Tapi rasa lebih kurang sama je. 

Macam mana cara nak buat?
Cara nak buat pulut pasung ni simple sangat. Bahan dia tak banyak pun. Ni bahan kami untuk sekilo beras pulut. Kami buat sekilo, sekilo. Senang nak sukat. Sekilo beras tu dapat la dalam 16-18 biji pulut pasung.

Ok bahan-bahan dia,
1. Beras pulut sekilo
2. Santan perah sendiri satu biji setengah
3. Garam secukup rasa
4. Halia dipotong kasar
5. Daun pisang yang dah siap layur
6. Tali rafia untuk mengikat

Cara buat dia tak lama pun.
First, tuang sebijik setengah santan yang diperah sendiri tadi, ke dalam periuk. Kenapa nak kena guna santan perah sendiri? Sebab nak feel masa makan nanti. Lepas tu biarkan mendidih jap.

Second, bila santan dah mendidih, masuk kan sekilo beras yang dah dibasuh dan ditoskan. Kacau sampai hampir kering. Lepas tu perlahankan api, dan tutup rapat sehingga pulut masak. Tak lama pun, dalam 20-30 minit je.

Dah masak tu, teruskan membungkus dalam daun pisang. Sebab tengah panas ni mudah nak bentukkan dia. 

Kemudian ikat dengan tali rafia kejap kejap. Tapi jangan ketat sangat. Nanti pecah masa mengukus.

Dah siap membungkus, masukkan dalam pengukus. Kukus bagi lagi gebu pulut tu. Part ni paling best. Sebab bila naik bau tu, ya Allah sedapnya rasa. Wangi gabungan santan dengan daun pisang tu.

Lepas siap, boleh dah makan. Makan macam tu aje pun dah sedap. Lagi la pulak bila dapat makan dengan kari daging tempatan. Fuhhhhh. Nyaman. 

Boleh like dan #SHARE resipi ni dengan kulaan yang lain agar resipi tak hilang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan masih diteruskan dan bertambah baik dari tahun sebelumnya 🤗


#MenantuUrangBanjar
www.salleharoslan.com

1 comment: