Saturday, June 22, 2019

Hari Report Kad Damia dan Danisha 2019

Hari ni hari Jumaat. Full of activities macam biasa. Cuma hari ni sal tak buat any business appointment pun.

Just stay area rumah dan uruskan urusan sekolah anak-anak. Sebab hari ni ada hari ambik report kad. 


Zaman kita dulu panggil hari report card. Sekarang ni bahasa canggih, Hari Interaksi Akademik gitu.

Dulu kan, dengar je kena panggil mak ayah datang sekolah untuk hari report card, mula la rasa macam kena sembelit je. Takut.

Sekarang tak de dah kot. Sebab result anak, kita boleh tengok dulu kat online. Ok tak ok boleh tazkirah dan buat motivasi slot terus kat rumah. 

Pagi tadi ke kelas kakak tingkat 3.
Petang ke kelas adik tingkat 4.
Sebab tu diorg ni dari 8 tahun sal dah bekalkan bengkung Premium Beautiful. Supaya posture badan tak effect bila hari-hari tanggung beban berat bag.


Pagi tu, sebelum solat jumaat dan ke sekolah sesi petang, sempat keluar cari sesutu kat rumah.

Ikutkan sal tak nak masak pun. Tapi sebab dalam kepala ni nak cari tudung la, nak hantar baju bergosok la kat dobi. Maka, sal pun offer la diri kat suami. Offer yang sal nak masuk pasar sendiri cari ikan.

Suami dengar je sal nak cari ikan, terus dia gelak. Kuang asam kan. Sebab dia tau mana pernah isteri dia nak gi pasar beli ikan sorang-sorang. Rupanya masuk nak beli ikan sebab ada makna. Nak cari tudung rupanya. Sebab dalam tempat beli ikan tu, ada satu kedai tudung.

Tapi, nak jadi cerita, kedai tudung dalam tu tutup. Sob sobbb. 

Lepas tu sempat pulak tu menyinggah kedai-kedai lain. Ni la dia lumrah orang perempuan. Diorg bab nak cuci mata, nak nipiskan wallet memang terbaik. Tapi bila kita dah tau habit kita suka berbelanja, nak tak nak kena la rajin cari duit untuk berbelanja. Suka shopping maka kena la suka buat bisnez ajak orang shopping dengan kita. Jadi, tak de la stress bila nak kan sesuatu asik tak dapat je. Nak minta selalu kat suami pun tak boleh juga. Kita la kena pandai-pandai buat duit sopping sendiri.


Dah habis amik keputusan periksa Danisha, terus bawa dia balik. Tapi sebelum tu, jom photoshoot sekeping dua buat kenangan. 

SKSU Hari Interaksi Akademik 2019


Alhamdulillah for the results. Apa pun result anak kita, don’t insult them. Kejayaan mereka bergantung juga pada bagaimana doa kita, dan usaha kita untuk bawa mereka ke sekolah, personal tuisyen dan terapkan nilai percaya pada Tuhan. Percaya yang macam mana? Percaya yang jika kita solat awal waktu, doa dengan penuh kesungguhan, pasti Allah akan bagi kita terang hati terima ilmu dan menjawab soalan.

Orang selalu sebut, kita jaga apa Allah nak, in shaa Allah, pasti Allah akan beri the best untuk kita.


Ni ikan yang akan di stim kejap lagi.

Siap tanya orang lagi cara nak buat ikan Bawal Emas buat stim ni.

Cara buat ikan bawal emas masak stil ni, sal sediakan bahan-bahan ni. Bahan-bahan amatur tau. 😅

Ikan Bawal Emas sekor
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lemon
Halia
Serai
Daun limau
Sos tiram
Sos ikan 

Semua ni campak je masuk pengukus.


Thanks my dear friend. Bab masak pun gi piyem orang tau 😂

Gambar yang dah siap stim memang tak ambik. Sebab dah siap tu terus berebut nak makan. Rasa ikan Bawal Emas ni memang betul la diorang kata, BERLEMAK!



Wednesday, June 19, 2019

Premium Beautiful Greenwood Gombak

Ni hari Sabtu. Siang pagi sampai ke zuhor, Damia ada intensive class di sekolah. Jadi, lepas zuhor juga la baru keluar rumah. Bertuah dapat client Premiul Beautiful yang baik hati. Mudah nak deal masa.

Setiap kali nak keluar pulak, mesti pening nak pakai baju apa. Ikutkan banyak je baju yang dah siap gosok. Tapi mode hari ni nak pakai baju besar dan longgar. 
Jadi, belek punya belek. Termenung punya termenung, maka, baju hijai yang sal beli kat Setia Alam Shopping Mall ni jugak jadi pilihan.

Sal tak suka sangat baju ni. Sebab kalau salah pose, dia akan buatkan sal nampak gemsmok.😅

Baju hijau ni sal beli untuk pakai raya kedua tahun 2016 kalau tak silap. Ya Allah nape la pelupa sangat ni. Shawl tu pulak, founder Azalea bagi percuma masa tahun 2012. Masa tu rajin beli tudung dengan Aliah Abd Rashid yang cantik manis tu. Sekarang Aliah dah jadi founder baju jenama Ayana.My

Cantikkan. Ni la Aliah dengan anak comel dia.  


Lepas makan kat Kepok Lekor Tranung, kami ke Sungai Kerdas pulak untuk hantar Long Girdle Premium Beautiful special size ni.

Untuk yang tercari-cari kat mana tempat makan best di Gombak, uol boleh cuba dua kedai yang sal suka pergi ni,
1. Jelira Molek kat Sungai Chin Chin Gombak
2. Kepok Lekor Tranung kat Greenwood Gombak

Yang Jelira Molek tu, sal suka nasi kukus dia. Kuah dan sambal hijau dia uol ambik lebih tau. Lepas tu jangan lupa coconut shake dia. Sedappp dan murah. 

Coconit shake RM4.50
Nasi Kukus RM6.00

Selain tu dia ada juga masak singgang, sup tulang dan lain-lain. Menu tak banyak sebab Jelira Molek ni dia buat makanan pengkhususan. Khas masakan pantai timur je. 

Yang Kepok Lekor Tranung tu, sal suka datang makan kepok lekor cheese dia dari 2016 rasanya. Memang sedap. 

Sebelum ni Warung Lekor Tranung ni just fokus pada kepok lekor original dari Terengganu je, tapi sekarang dah ada menu tambahan. Ada nasi campur lauk special macam masak lemak dan patin tempoyak, sekali dengan ikan kembong celup tepung.

Warung Kepok Lekor Tranung ni, kedai sepupu sal dan suami dia yang usahakan. 

Suka tengok mereka gigih membangunkan perniagaan mereka sekeluarga. Dari kecik-kecilan, sampai dah makin upgrade dah business mereka. Alhamdulillah. Rezeki orang tak putus asa berdoa sambil usaha, pasti akan makin berjaya. 

Business tak semudah yang kita biasa nampak. Kita nampak orang lain senang je berjaya kan. Tapi hakikat dia, nak berjaya upgrade business ni, perlukan pengorbanan di peringkat awal. 

Awal berniaga, memang kita akan mudah rasa tertekan dengan cabaran. Tapi sampai satu masa, kita akan tenang dan makin faham cara untuk handle cabaran. Sebab ujian memang non stop. Jadi, untuk yang tak kuat hadapi tekanan, jangan la berniaga. Tapi kalau tak berniaga, tak feel la the real life tu macam mana. Sebab bagi sal, berniaga ni dikatakan sunnah, sebab dia akan buatkan kita secara tak sengaja akan terdekatkan diri untuk bersiap dunia dan akhirat. Tapi dugaan berniaga memang berat. Berat-berat dugaan pun, tapi kemanisan dia, tak boleh nak luahkan dengan kata-kata.









Nak tahu perlu ke tak perlu pakai Premium Beautiful setiap hari?
Jom dengar short sharing dari sal.

CDM Raya 2019


















Tuesday, June 18, 2019

Premium Beautiful Seri Kembangan


Alhamdulillah.
Another rezeki cash buyer hari ni. Dari someone yang menetap di Seri Kembangan.

Bulan Ramadhan memang bulan rezeki. Bersyukur sangat banyak rezeki tak disangka-sangka kami terima sepanjang Ramadhan ni.

Dengan promo less 50% Premium Beuatiful. Tu yang customer tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan Premium Beautiful dengan harga murah. Murah la kan bila dah ada less 50%

Syarat nak dapatkan harga murah ni,
50% untuk long girdle Premium Beautiful, bila anda dapatkan long bra atau waist nipper Premium Beautiful, atau kedua-duanya sekali.

Promo 50% Premium Beautiful ni sah sehingga 30/6/2019

Jadi jom la grab sekarang. Peluang untuk dapatkan Premium Beautiful korset murah dari agent terlatih yang aktif dan sah.

premium beautiful seri kembangan serdang
Hari ni, pagi-pagi around 10.30 dah keluar rumah. Dan hari ni hari jumaat. Jadi, kami keluar awal siap-siap dan akan berkampung dalam kereta sepanjang sejam setengah suami tunaikan solat jumaat.

Jadi, ni la antara pengorbanan anak-anak dan suami sepanjang kami berniaga since 2011 dulu.

Anak-anak akan di bawa sekali. Sebab kami tak ada bibik. So semua usung sekali dan akan berkampung dalam kereta je sehingga kerja selesai.


Suami solat di one of surau di pangsapuri Serdang. Tak ingat dah apa nama dia. Ya Allah cepat betul lupa. Padahal tak sampai sebulan lagi.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Dah selesai solat jumaat, baru gerak ke rumah customer. Customer request datang sebelum pukul 2.30pm

Tu yang kami plan masa, keluar awal, solat jumaat di kawasan rumah customer. Supaya mudah dan tak berkejar.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Untuk yang pertama kali nak pakai Premium Beautiful ni, jika anda di lembah klang, Negeri Sembilan, Melaka, Bentong dan tak melepasi Tapah, sal prefer untuk datang sendiri pakaikan.

Supaya senang nak betul-betul pastikan yang anda selesa dan size ngam dengan badan.

Tapi jangan risau, untuk yang terima Premium Beautiful by post dari Sal, jika size tak ngam, anda boleh terus hantar semula dan tukar size yang baru. Sal akan ke Hq dan dapatkan size yang baru untuk anda pakai dengan selesa dan gembira.

Pastikan pakai Premium Beautiful tanpa SENAK.

Sebab expectation orang, pakai korset kena ketat ketat sampai senak.

Untuk Premium Beautiful, anda perlu pastikan ianya tak longgar hingga tak menyentuh kulit. Dan tak ketat hingga buatkan anda senak dan sukar bernafas. 

Senak dan sukar bernafas tu adalah tanpa korset tersebut tak sesuai untuk anda pakai. Jadi, pastikan selesa dan pakai sepanjang masa untuk kesan yang cepat dan selamat.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Gambar muka kurang ayu, semestinya akan terselit sekeping dua.

Bila ko tengah sembang pasal Premium Beautiful punya kelebihan, confirm ko dah tak peduli rupa muka ko macam mana dah lan sal. 

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Dan alhamdulillah dari maknya saja yang nak pakai, lepas tahu kelebihan Premium Beautiful ni, terus dua orang anak dara beliau pun disarungkan sekali Long Girdle Premium Beautiful. 

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Alhamdulillah rezeki anak-anak. Rezeki raya kami. Tambahan cash dari customer yang ambil 3 Premium Beautiful.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Memandangkan hari ni jumaat, dan dah masuk petang, kami plan tak balik rumah. Tapi berbuka di Aeon Shah Alam. Teringin pulak nak makan Hot Pindang yang biasanya kami makan di Seksyen 10 Shah Alam. Tapi kali ni Hot Pindang Kitchen ada di dalam market Aeon Shah Alam. Jika anda tercari cari tempat best yang selesa untuk makan di Shah Alam, boleh la masuk Aeon Mall dan makan makanan yang ada dijual di stall Hot Pindang kitchen. Lokasi dia dalam supermarket Aeon di depan kedai basikal.

Sambil tu, biasanya bila dapat cash buyer, sal akan tanya anak, ada apa-apa tak yang diorg teringin nak beli?
Kiranya tu sebagai hadiah untuk happykan mereka yang selama ni sabar and behave ikut mama ayah ke mana saja untuk urusan business. 

Bila kita happykan keluarga terdekat kita, in shaa Allah makin mudah rezeki nak melekat. Nak-nak happykan kanak-kanak. 


Dalam konsep rezeki ni, sal yakin pada aturan Allah. DIA LEBIH TAHU apa yang kita perlu. Dan semestinya DIA akan beri ikut apa yang kita minta. Jadi, minta la apa saja dengan Allah. Pasti Dia takkan kecewakan permintaan hambaNya. Jika dah minta pun tak dapat, cuba semak balik, cukup tak kita ikut syarat yang Dia nak kan. Kira bab doa ni pun ada KPI dia. Kena minta dengan sepenuh hati, minta dalam sabar, minta dengan adab, minta dengan istighfar dan menyebut nyebut nama asmaul husnaNya.

Dah puas doa pun tak dapat jugak?
Check cara solat dan punctualnya kita perform solat. 

Sal share experience je. Sebab sal sendiri pun masih lalai dalam jaga waktu solat. Kadang terleka, dan nak habis waktu baru bergerak nak bentang sejadah.

Tapi bila sal cuba amalkan istigfar, imagine apa yang kita sendiri nak kan, solat dengan hati, doa sambil puji guna nama asmaul husna, Alhamdulillah doa tu mujarab. Allah akan bantu kita. Dia akan beri apa yang kita specifickan dalam doa. Jadi, doa pun perlu specific. Walau Allah tahu apa kita nak, tapi biar kita sebut secara specific setiap kali pejal dan buat bayangan sambil berdoa. Buat bayangan seolah-olah kejadian yang kita nak tu sedang berlaku.


Untuk yang dapatkan Premium Beautiful korset dari sal, anda akan dapat FREE pencuci khas Premium Beautiful. 

Pencuci korset PB ni nama dia Natural Wash Premium Beautiful. 

Fungsi Natural wash ni adalah untuk
1. Menjaga korset anda supaya sentiasa nampak baru
2. Memelihara kelembutan dan keanjalan fabric
3. Menanggalkan sisa kulit mati dan toksin yamg melekat di fabric dengan bersih.


Full story ada kat video ni.

Thanks for reading. And thanks for watching.
Semoga doa yang baik-baik dari anda, akan berpatah balik kepada anda. 

Luv,
Salleha Roslan
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert




Cara Buat Resepi Pulut Pasung Urang Banjar




Makanan Urang Banjar di pagi raya.

Tak de ni, macam tak sempurna la raya bagi mereka. Betul ke dak ni kulaan?

Ni nama dia Pulut Pasung. Ada yang panggil pulut dakap.

Setelah 13 tahun berkahwin dengan suami yang merupakan orang Banjar, baru tahun ni mak mertua berkali-kali pesan kat suami, mai rumah awal sebelum raya. Rumah kami tak jauh mana, jadi tu yang selalunya pagi raya baru muncul. 

Tapi kali ni, siap suruh duduk 3 hari 2 malam untuk belajar cara sediakan menu wajib urang banjar di ari raya. Kira mertua nak wariskan betul-betul resipi warisan ni pada anak cucu. Tak de la sampai masa nanti, makanan traditional mereka ni lenyap macam tu je.

Apa rasa pulut pasung ni?
Rasa dia sedap yakmat.
Berlemak. Wangi. Lembut.

Susah tak nak buat?
Selagi tak buat, memang rasa macam susah je. Tapi bila sal dah cuba buat, eh, suami yang buat. Haha. Tak ada la payah mana. Lagi mudah dari sediakan lemang rasanya. Tapi rasa lebih kurang sama je. 

Macam mana cara nak buat?
Cara nak buat pulut pasung ni simple sangat. Bahan dia tak banyak pun. Ni bahan kami untuk sekilo beras pulut. Kami buat sekilo, sekilo. Senang nak sukat. Sekilo beras tu dapat la dalam 16-18 biji pulut pasung.

Ok bahan-bahan dia,
1. Beras pulut sekilo
2. Santan perah sendiri satu biji setengah
3. Garam secukup rasa
4. Halia dipotong kasar
5. Daun pisang yang dah siap layur
6. Tali rafia untuk mengikat

Cara buat dia tak lama pun.
First, tuang sebijik setengah santan yang diperah sendiri tadi, ke dalam periuk. Kenapa nak kena guna santan perah sendiri? Sebab nak feel masa makan nanti. Lepas tu biarkan mendidih jap.

Second, bila santan dah mendidih, masuk kan sekilo beras yang dah dibasuh dan ditoskan. Kacau sampai hampir kering. Lepas tu perlahankan api, dan tutup rapat sehingga pulut masak. Tak lama pun, dalam 20-30 minit je.

Dah masak tu, teruskan membungkus dalam daun pisang. Sebab tengah panas ni mudah nak bentukkan dia. 

Kemudian ikat dengan tali rafia kejap kejap. Tapi jangan ketat sangat. Nanti pecah masa mengukus.

Dah siap membungkus, masukkan dalam pengukus. Kukus bagi lagi gebu pulut tu. Part ni paling best. Sebab bila naik bau tu, ya Allah sedapnya rasa. Wangi gabungan santan dengan daun pisang tu.

Lepas siap, boleh dah makan. Makan macam tu aje pun dah sedap. Lagi la pulak bila dapat makan dengan kari daging tempatan. Fuhhhhh. Nyaman. 

Boleh like dan #SHARE resipi ni dengan kulaan yang lain agar resipi tak hilang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan masih diteruskan dan bertambah baik dari tahun sebelumnya 🤗


#MenantuUrangBanjar
www.salleharoslan.com

Saturday, June 15, 2019

Genius Aulad 2019 Teachers Day And Raya Celebration




Video kenang-kenangan Muahammad Danish Shafiq san kawan-kawan sepanjang menjalani kehidupan di Genius Aulad Saujana Utama. 

20 tahun lagi, jika Muhammad dan kawan-kawan tengok video san gambar-gambar mereka meraikan hari guru san sambutan
Raya di Genius Aulad ni, mesti mereka akan ketawa dan makin menghargai apa yang mereka ada sekarang ni.


Menu raya di Genius Aulad 2019 ni adalah potluck. Jadi, kami pilih untuk bawa buah. Buah yang Muhammad suka. Iaitu anggur, epal dan buah naga. Pagi-pagi mama siapkan buah, ayah bantu siapkan Muhammad

Kat rumah tadi besar kecik besar kecik la mata ayah, bila mama minta ayah buatkan bunga kat sampin Muhammad

Hahahhaa. Betul la kata UAI yang orang pompuan ni, dia dengan bunga memang tak boleh dipisahkan. Sampaikan ke sampin anak laki pun nak suh ada bentuk bunga. Nasib baik la jodoh sal dengan suami yang sangat penyabar. Tak pernah tinggi suara, tak pernah naik tangan. Alhamdulillah.


Baju ni baju pilihan Muhammad. Dia tak nak pakai merah sebab katanya ramai kawan pakai merah. Ishh ishh budak ni. Kalau mama la, lagi suka pakai baju sama tema color dengan kawan. Haha. Sebab tu kalau gi mana-mana event, mama mesti pakai sedondon je dengan geng mama. 


Mula-mula sampai ni, Muhammad malu sangat. Sebab ramai yang menoleh noleh nak tengok Muhammad yang baru masuk dari pintu utama Genius Aulad. Boleh tengok video di minit ke 27 saat. Siap ada teacher yang kata “WOW CANTIKNYA”. Part tu lagi la dia malu malu ala. Haha. Sampai ajak berdiri ambik gambar pun segan je mula-mula tu.


Princess sampai berdiri nak tengok Muhammad ye. Hehe.


Baju ni fully sponsored by uncle Hariz dia. Dari Tanjak, baju kuning songket, sampin, pengikat sampin, seluar pendekar mustar, sampai la capal. Tapi capal tak pakai pun. 

Kot ada yang berminat nak dapatkan tanjak ni, boleh je wasap sal ye. 






Ayah berkenan kot kat princess muslimah ni. Sebab asik ada gambar dia je kat camera ayah. Haha.


Cakes for May And June Babies.
Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dan sentiasa menghargai pengorbanan ibu ayah. Buktikan kita sayang ibu ayah kita dengan cuba ikut amalan yang di ajar oleh Nabi SAW. In shaa Allah.


Terima kasih cikgu cikgu Genius Aulad Saujana Utama. Jasa pengorbanan anda tak terbalas oleh kami.

Dari zaman Damia, Danisha sampai ke Muhammad, terdidik baik dari sentuhan ilmu dan kasih sayang guru-guru di Genius Aulad.





Ticer jadi princess semua hari ni. Cantik. 






Cantik ticer. Kakak Damia kata macam muka ticer Aniza Genius Aulad Bandar Sri Damansara.

Penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak kecil.












Bukan sorg, tapi ratusan murid.

Sebab tu sal tak ditakdirkan jadi guru tadika
Kot. Haha. Sebab menyinga 🙊


Cikgu tau budak budak ni bukan makan sayur pun. Jadi bagi kuah dan nasi impit. Licin bila makan dengan kawan. Sampai ada yang hirup kuah.


Nakpak belah kiri tu. Hirup kuah la tu.


Sopan santu depan makanan. Alhamdulillah. Semua dah abang abang pun kan. 6 years.









Sal amik gambar ni sebab nak buat style baju kepok kat tangan and bawah kaki macam ni.

Ni dah habis makan.