Tuesday, May 7, 2019

Genius Aulad Sport Day 2019

Backyard Science Sport Day 2019
Genius Aulad telah diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam pada 20 April 2019.

Tarikh sama pula tu dengan hari Anugerah SM SSM kami di IDCC.

Mula tu blur juga macam mana nak manage masa ni. Dua-dua event penting. Tak boleh tertinggal satu pun.

Tapi, tak perlu pening-pening. Benda boleh plan. Biar Ya Bari yang tentu kan. Dia pasti akan mudahkan cara.

Dan Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan smooth je bila kita sentiasa percaya yang lahawlawalla quwatailabillah.

Lepas subuh, terus bersiap dah gerak ke Stadium. Walaupun hari ni hari sabtu, kereta tetap banyak. Sebab memang hari ni majoriti sekolah terlibat dengan hari sukan.

Macam Genius Aulad Sport Day ni, mereka gabung 4 buah Genius Aulad yang lain bawah satu bumbung.

Hari ni ada,
Genius Aulad Subang Bestari
Genius Aulad Kinrara
Genius Aulad Puncak Alam
Genius Aulad Saujana Utama

Jadi, parking memang sekejap je full. 


Backdrop Backyard Science Sport Day 2019. Port wajib bergambar. Esok-esok anak Muhammad boleh tengok gambar ayah and nenek dia pulak.

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama
Registration

Terima kasih pada Principal Genius Aulad Saujana Utama iaitu Puan Ashikin Hashim yang memberi instruction dalam telegram group, guideline untuk laluan ke dalam stadium. Sangat membantu untuk memudahkan urusan.

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama
After registration, terus sent Muhammad Danish Shafiq ke teacher. 

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama
Happy dapat jumpa geng. Dalam kotak tu roti.

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama
Mereka diberi breakfast dulu. Jadi, tak de la lapar atau tak bertenaga masa buat aktiviti nanti.


Pagi sangat lagi ni. Enjin tak panas lagi. Tu yang termenung jauh.

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama
Ni Muhammad lepas
Berpeluh peluh lari. Bukan main semangat dia menggelecek kon tiga segi tu. Boleh tengok kat video cara Muhammad Danish Shafiq lari sambil mengelecek tu 😂

BackYard Science 2019 Sportday Genius Aulad Saujana Utama






























No comments:

Post a Comment