Thanks For Your Support

Wednesday, April 3, 2019

Premium Beautiful : Arsenal Cake Encik Suami



Kek Arsenal
Alhamdulillah for this happiness
Tanda Allah sayang, Allah bagi ujian tapi dalam masa yang sama, Allah kuatkan kasih sayang.


Ni la kek Arsenal. Suami tak minta. Cuma dia ada berseloroh dalam group wasap business kami. Dia kata nak kek macam ni. Sambil dia hantar gambar Kek Arsenal tu.


Then, Sal yang tetiba satu malam tu, teringin nak order. Sebab memang nak makan kek. 


Sal pun search la kat Instagram “ArsenalCakes” 
“KekArsenal”
Terkebil kebil mata pilih design mana yang simple untuk tempah. Sampai fon jatuh atas muka la. Haha. Tu tanda dah ngantuk, tapi paksa diri juga. 

Scroll punya scroll, berkenan yang ni. Sal lun save.

Then the next process, sal search kat Facebook pulak “Kek Arsenal Puncak Alam” dan keluar la beberapa bakers yang ada. Tapi paling sal tertarik adalah bakers yang sorang ni, nama dia Syalin Rosland. Maybe sebab nama belakang tu nak nak sama dengan Salleha Roslan kot kan.

Sal pun piyem la dia kat wasap link yang ada di wall facebook dia tu.

Sal bagi gambar je. Lepas tu dia reply sebut harga detail. Sal suka orang yang cepat respond. Sebab bagi sal, respond no 1. Harga belakang cerita. Bila service u cepat, berapa harga pun pelanggan akan bayar. Sebab service is no 1 bagi sal. 


Ni dia reply. Sal memang tak suka fondant. Bukan boleh makan feel feel pun. Swiss Meringue Buttercream frosting tu memang SEDAP! Ya Allah serius sedap. Rasa puas hati la bayar harga macam tu untuk rasa kek yang sedap. Dah la cantik Arsenal Cake dia. Kemas je cara dia siapkan kek Arsenal comel ni. 

Kek Arsenal Malaysia
Nak sorok sorok dapatkan kek Arsenal ni dari baker sugar by syalin tu pun bukan senang tau. Kena fikir idea juga supaya en suami tak tau. Ye la, sal mana la reti drive kereta. Tak kan nak suruh suami bawakan ke rumah baker kot. 

Nak tau apa sal buat?
First, sal plan untuk baker tu hantar kan kat rumah je. Tapi maybe tak ada jodoh nak jumpa siang tu, makan malam tu, sal plan lepas ambil Salina Salleh kat station Komuter Kepong Sentral, kami terus shot ke Puncak Alam. Sal cakap kat suami nak jumpa orang je. Ada appointment. Tak tipu tau. Memang appointment la tu kan. Jumpa orang is appointment. Huhuu. Selamat dia tak banyak tanya. Sebab keje kami ni, memang berjalan merata jumpa orang. Jadi dia tak suspicous sangat. 

Dah sampai depan rumah baker tu, dia bawa keluar kotak kek. Sal bagi tau dia, u, ni surprise unthk husband i. Dia tak tau ni. Boleh tolong letak dalam plasti tak? Sal request. Dia ok je. Very helpful. Dan sekali dia keluar dengan beg kertas smiggle. Allah. Kalau sal, beg kertas shopping macam tu, sal sayang nak buat beg basahan 😂 dia slumber je buat jadi beg bungkus kek Arsenal comel ni. Terima kasih Sugar By Syalin.


Ikut plan, nak bawa ke Hotel Tamu. Nak celebrate dengan kawan-kawan masa Diamond Seminar 16 February tu. Tapi bila fikirkan masa bilanya nak jaga kek yang sentiasa nak kena chill ni. Kang cair tak best pulak. Dan anak-anak pun tak ikut ke Tamu Hotel ni. Jadi, pagi tu, sal biarkan je la Arsenal Cakes ni dalam peti ais kat rumah. Tak usung lun bawa gi Tamu Hotel.


So hari ni, pagi ahad 17/2 baru kami bawa ke Tasik Elmina ni. Itu pun suami tak perasan.


Punya la baik kan laki sal ni. Dah la mesej wasap handfon isteri dia tak sibuk godek. Apa yang wife beli pun, dia tak sibuk nak ambik tau. Alhamdulillah, menjadi lagi surprise kami untuk ayah. Kakak dengan adik memang bijak simpan rahsia mama. Sayang anak-anak bijak mama.


And we love you more Halmie Abd Hamid.


Sayang tak terluah dengan kata-kata. Tapi kami buktikan melalui tindakan. Appreciate each other. Sebab kat dunia ni, kasih sayang kita sementara. Semoga ianya kekal bersambung di syurga. 


Muhammad happy dapat kena kan ayah. Dia la yang paling bahagia bila dapat usik ayah.


Berebut nak minta suap. Sedap tau kek Arsenal ni. Dalam dia isi coklat. 


Kami makan macam tu je. Cungkil dengan sudu plastik.


Lepas makan kek Arsenal separuh, kami jalan sambil lari anak 3 pusingan tasik. Workout sambil pakai Premium Beautiful, memang posture badan terjaga. Kak tak letih, pinggang tak sakit. 


Habis jogging, sambung main
Bole. Bola beracun pun ada. Rindu mainan zaman kanak Kanak ribena dulu. Jadi kita ajak anak-anak main.















Thanks all for the wish
In shaa Allah segala yang baik akan berpatah balik pada anda yang baik-baik belaka.



And thanks Sugar By Syalin.



1 comment: