Thanks For Your Support

Sunday, March 31, 2019

Premium Beautiful Expert ke Shah Alam dan Subang


Outfit of the day.
Mix and match baju lama. Sal memang suka white and suka pink. Jarang ikut tema aura hari. Jadi hari ni hari selasa, sal pilih mode white and shocking pink.

Shawl Pink from Neng Geulis Bangi Gateway. Beli masa bermalam sempena class STOB Cikgu June August tahun 2017. Bulan dan tahun keramat yang sal masih ingat. Kenapa dengan bulan dan tahun tu? Tu bulan dan tahun permulaan circle kedua sal dalam business ni. Ibarat kelahiran semula dalam business. 

My passion.
Yess. Fitting and sharing Premium Beautiful ni dah jadi jiwa sal. I love this activities. Walau hakikatnya, disebalik tabir untuk dapatkan the right size before happykan customer ni bukan calang-calang tugasan, but i really love it. Kadang terfikir, patut la ramai yang buat, tapi tak ramai yang kekal buat bisnes Premium Beautiful ni, sebab renyah. Renyah sebenarnya nak tentukan the right size. Lepas tu nak dapatkan the new size. Dah fitting kang tak ngam satu hal pulak. Tu dulu la. Masa baru bermula. Ilmu tak banyak lagi. Memang rasa renyah. Alhamdulillah, dengan pengalaman fittingkan ratusan orang sepanjang 8 tahun berniaga produk Premium ni, sal rasa seronok sangat sekarang bila dapat peluang fitting pelanggan. Suka tengok mereka sarung je Premium Beautiful yang sal bawa, terus ngam ngam selesa pada badan.

Morning. 
Kekonon masuk ofis sendiri yang dah 5 tahun sal tinggalkan.

Aduhhhh. Gegirl keliru. Setiap kali cuti sekolah, mesti rasa hari ni hari sabtu ahad. ๐Ÿ˜…

Rindu nak nak masuk ofis. Jadi, pagi ni sal masuk ofis orang je. Excited nak jumpa manager syarikat logistik ni. 

Cash buyer yang dah pernah ada Premium Beautiful lebih 10 tahun dulu. Hari ni beliau nak dapatkan second set pula. 

The Real Premium Beautiful Expert,
#No1CertifiedPremiumBeautifExpert

Sebelum tu, around 10 am tu, sal dengan anak-anak ke Citta Mall dulu. Fittingkan client di sini dulu.

Adik berusia 29 tahun ni nak legakan masalah sakit belakang dengan ikhtiar pakai korset berFIR Premium Beautiful.

Nak cerita Premium Beautiful ni hebat sampai gajah boleh terbang tu, memang tak terkeluar dari mulut. Jadi, let’s cik puan punya badan yang feel sendiri, apa specialnya korset Premium Beautiful yang dah berusia 23 tahun dipasaran ni.




Habis appointment di Citta Mal dan Shah Alam depan kilang gula tu, sal bodek suami minta bawa kami jejak mall. Hahha. Tak habis habis lagi perangai masuk mall. Padahal bukan nak beli apa pun. Memang kuat betul tarikan nafsu ke tempat macam ni. Sal ajak gi Aeon Mall Shah Alam. Solat Zuhor dan nak lunch sekali kat food court. Lupa pula dalam supermarket Aeon Mall Shah Alam ni, ada kedai makan sedap. Hot Pindang nama dia. Restaurant Hot Pindang ni kat seksyen 10 Shah Alam. Sekarang, ada buka kiosk Hot Pindang kat supermarket Aeon Mall. Hopefully kekal lama kat situ. So senang bak duduk makan selain dari makan kat food court Aeon yang always crowded, atau kat tenant restaurant yang lain. Uol try la makan kat Hot Pindang Kitchen tu. Lokasi dia kat dalam supermarket Aeon tu. Ala, market yang jual buah, ikan, sayur tu.



Bawa budak budak ni, kerja dia memang masuk tempat makan aje la. Pagi tadi Marry Brown, lunch Aeon. 










Thursday, March 28, 2019

Premium Beautiful Expert ke Shah Alam dan Subang





Morning. 

Aduhhhh. Gegirl keliru. Setiap kali cuti sekolah, mesti rasa hari ni hari sabtu ahad. ๐Ÿ˜…

Rindu nak nak masuk ofis. Jadi, pagi ni sal masuk ofis orang je. Excited nak jumpa manager syarikat logistik ni. 

Cash buyer yang dah pernah ada Premium Beautiful lebih 10 tahun dulu. Hari ni beliau nak dapatkan second set pula. 

The Real Premium Beautiful Expert,
#No1CertifiedPremiumBeautifExpert

Wednesday, March 27, 2019

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019


Alhamdulillah. Mama ayah boleh rancak keluar kerja macam biasa dah. Anak-anak jarang demam. Sekali demam serentak, mama ayah kena focus lebih untuk kuarantin mereka, sampai sihat sepenuhnya. Alhamdulillah “Boss” tak marah sepanjang EL+MC sesuka hati.



Hari ni, kami ke Putrajaya, Kota Damansara dan Saujana Utama.


Seronok cuti sekolah ni. Relax je buat kerja. Sebab tak perlu rushing keluar rumah, lepas tu balik semula rumah sebab nak ambik anak-anak balik sekolah lepas tu keluar balik. Memang huru hara juga bila ada appointment musim tak cuti sekolah.


5 hari juga la Muhammad Demam. Lepas tu bersambung ke Danisha. Lepas tu ke Damia. Paling kesian, Muhammad la. Meh sal tunjuk gambar. Hehe

Hari pertama


Terus bawa pergi klinik


Ni dah masuk hari keempat. Muhammad yang paling panas dan paling lama. Sampai keluar ruam lepas panas dah reda ni.


So hari ni, dah habis kuarantin. Walau demam panas pun, tetap kena simpan elok-elok kat dalam rumah. Supaya mereka tak terdedah dengan penyakit lain, dan orang lain pun tak berjangkit dengan mereka.


Kami makan kat kiosk di depan Palace Of Justice ni. 


In the same time ada appointment around here.


Tu yang jangan lepaskan peluang berposing kat Istana Kehakiman ni. 


Cantik banget building kat Putrajaya ni.


Masa kecik dulu, bila tulis buku biodata kawan-kawan je, mesti nak tulis cita-cita : Peguam ๐Ÿ˜‚


But today, praise to Allah. Walau tak jadi peguam, sal dapat capai impian nak ada time freedom masa besarkan anak-anak. Sebab 12 tahun pertama adalah masa paling utama untuk parents spend time dengan anak-anak. And Alhamdulillah we did it.


Walau cabarannya, hanya sal dan suami je yang tahu, macam mana tenaga dan pengorbanan lain dalam berniaga tanpa bibik. Jadi, tak perlu susah hati jika anak kita masih kecik, kita tak de bibik, kita tak pandai itu tak pandai ni. Jangan peduli apa yang kita tak ada. Tapi ambil peduli apa yang kita ada. Kita ada apa? Ada kekuatan dalaman. Kekuatan minda. Tu lagi power dari apa yang kita selalu fikirkan. Stop merendahkan keupayaan diri. Allah is everything. And Allah akan bagi everything. Bila kita YAKIN dan PERCAYA yang rezeki kita, semuanya dari dia. Bila kuat rasa percaya, kita takkan simply rasa kecewa bila kita gagal capai sesuatu. Kita akan rasa kegagalan tu adalah guru terbaik untuk kita improve apa yang masih kita belum capai.

Belum capai tu, tandanya masih belum cukup konsisten buat. Kena semak, apa yang kita tak konsisten buat lagi.

Jangan simply cakap saya dah buat semuanya. Sedangkan, masih ada banyak perkara lagi yang kita belum konsisten buat. The key to success adalah KONSISTEN.

Konsisten kita dalam cari ilmu macam mana?
Konsisten kita dalam menyampaikan ilmu macam mana?
Konsisten kita dalam marketing dan close sales macam mana?
Konsisten kita dalam berserah jiwa dan raga pada Allah macam mana?
Kalau dah buat semua, cuba check, konsisten kita dalam berjaga sepertiga malam macam mana? 
Semua ni mesti konsisten. Tak boleh kata saya dah buat salah satu. Tak boleh. Memang takkan jadi. Dia kena kita buat semua serentak secara konsisten.


Panas kan cuaca sekarang. Tapi berpanas berhujan berembun, tak pernah ku hiraukan bak kata lagi Tomok.


Dulu berangan sangatkan nak jadi medel. So sekarang rasakan. Bila suami sendiri menggila nak shoot gambar isteri.


Suami kata diri sini. Kita ikut je. Bagi dia chance asah skill dengan gadget baru dia. 


Sal shoot guna camera apa?
Suami yang shoot. Dia guna kamera Sony. Sony 6300 macam tu la kot. Sal tak layan sangat kamera ni. Yang sal tau, asal gambar cantik sudah. 


Memang betul la. Lagi best bila kita buat kerja yang kita sendiri boleh lakarkan masa depan macam mana yang kita nak.


Memang sal nak masa depan yang macam ni. Yang sal boleh kerja bawa anak sambil jalan-jalan. Dan kerja yang sal sendiri tentukan pukul berapa nak buat kerja, dan kat mana nak berkerja. 


Alhamdulillah. Dah 5 tahun impian yang sal lakarkan 14 tahun lepas jadi kenyataan. Sebab sal mula kerja lepas habis degree dulu, masa tahun 2006. Masa tu memang berangan nak kerja yang tak terikat dengan masa 9-6pm




Singgah stokis puchong jap dapatkan barang yang diorder customer on the spot. Sebab kami area Puchong masa ni. Jadi, terus ke stokis Puchong. Sebab our style, suka mempercepatkan urusan permintaan pelanggan. Boleh je, customer order dan kami HQ tolong hantarkan. Tapi kami lagi suka buat  sendiri dulu. Sebab kita tau process dari mula sampai habis.

Contoh bab postage. Bila kita urus sendiri, bila ada isu delay postage, kami mudah nak jelaskan pada pelanggan.


Lepas selesai urusan Puchong dan Putrajaya, kami anak beranak ke The Stand Kota Damansara. 

Nak belanja anak anak tengok Upin Ipin the movie yang latest ni. Baru keluar 21 March 2019.

Tajuk Upin Ipin 2019 ni “Keris Siamang Tunggal”

Kisah Upin Ipin yang kononnye terperangkap di zaman dulu kala bersama rakan rakan upin ipin. Dalam cerita ni, adalah kisah batu belah batu betangkup, si tanggang, bawang merah bawang putih, nujum pak belalang dan lain lain lagi. 

Best ke cerita Upin Ipin 2019 ni?
Anak kata besttttttt.
Sampai bagi 1000 bintang.
Si kakak la paling suka. 
Dalam panggung sal tak layan sangat. 
Just teman anak-anak je.
Tapi perasan la diorang ada jugak gelak-gelak. Suspen. Bab nangis, si kakak Damia aje la yang nangis. Sebab kakak ni lembut hati orang dia. 

Jadi, ringkasannya, cerita Upin Ipin ni memang best. Lagi best sebab kami tengok kat TGV The Strand. Kat The Strand ni memang tak ramai orang. Boleh dijadikan port tengok wayang paling best dengan keluarga. Tak sesak. 












Habis tengok Upin Ipin, kami ke Saujana Utama. Dah janji dengan customer Premium Beautiful, nak jumpa pukul 9 malam. Depan Central Mark Saujana Utama.


Alhamdulillah 9 malam kaki dating. Beliau nak pakai Bengkung Premium Beautiful dalam pantang 35 hari ni. Slim je orangnya. Tapi nak pakai Premium Beautiful, untuk legakan sakit belakang. Memang terbaiklah pilihan ibu anak tiga ni. Seban Premium Beautiful terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang.


Ni kiosk depan Palace Of Justice Putrajaya tu.



Lama tak tengok wayang. Hari ni nak beli tiket walk in, kena beli kat mesin dah. Best juga pengalaman gunakan mesin beli tiket wayang ni.

Just ikut arahan yang ada kat mesin tu. 

Sal ambik standard room je. Ikutkan nak bawa pergi MBO yang ada playground dalam panggung wayang tu. Tapi fikir nak cari cinema yang satu jalan ke lokasi nak fitting customer kan. Jadi tengok kat panggung seat biasa sudah la.

Tiket wayang upin ipin untuk kanak-kanak RM9 sorang. 
Untuk dewasa RM15

Suami tak join. Sal dan 3 anak je masuk masa upin ipin Keris Siamang Tunggal ni. Jadi total RM42. 

Tak masuk pop corn dengan air lagi tu. Masuk makanan dan minum yang di paw oleh anak, jadi la dekat RM24 lagi tambahan. Huhuu. Begini la nasib ibu ayah dalam nak mengembirakan anak-anak kesayangan. 


Our video for today. Whole day with awesome activities.

Saturday, March 23, 2019

New Zealand You Have My Respect



New Zealand you have my respect๐Ÿ’š

If any nation wants to learn how to treat a minority in times of need, please use New Zealand & it’s Prime Minister as a case study. ‬

‪*50 Muslims got attacked & killed by an Australian born Terrorist while praying at a mosque* 

‪How did NZ, a tiny island of only 4 million people respond? ‬

‪- entire population mourned genuinely ‬

‪- called it a terrorist attack when the attacker was white ‬

‪- Raised $9million‬ + for the families affected 

- All funeral costs to be undertaken by the Government of New Zealand 

- Any person caught spreading hate news, or the attack video to be jailed up to 14 years. 

- banned Guns within hours of the incident

- Huge number of people gathered all over the 
country to lay flowers outside mosques and show their support within hours 

- Kiwi people including the New Zealand police & even gang members of the country are patrolling outside mosques while Muslims pray

- The Azaan to be played publicly on National TV , Radio and every Mosque around New Zealand at today’s Friday prayers 

- Government fast tracked visas to 24 hours to allow families of affected to enter New Zealand

- Kiwi people opened their homes to provide free shelter, food and support to any Muslim

- Non Muslim Kiwi girls wore the hijab to make Hijabi girls feel safer

- The New Zealand media made sure they covered the Muslim voice in depth and detail, with full interviews with the families of those affected, front page headlines for days and still continuing

- The Prime Minister Jacinda wore a hijab and personally visited the Muslim community on a daily basis to provide love, support & updates all while wearing a hijab. She hugged Muslims and genuinely cried with them 

- The New Zealand Parliament invited an imam to start a Parliament session with an Islamic prayer (First time in History)

-Flags flew at half mast

- The Kiwi people filled up parks and beaches with art work , flowers , candles to show they stand with the Muslim community shoulder to shoulder 

- Non Muslim Kiwis are actively staying around Muslims to make sure they feel welcome and at home. They are sitting, talking & eating with them. 

If this happened in another country, it’s likely the news wouldn’t have even made it to the second page of the News Paper.

Alhamdulillah, Thank you , New Zealand, you have made a special place in the hearts of 1.8 billion people.. forever.

#copynpaste

CABARAN HIDUP YANG DISEMBUNYIKAN



1 year ago.



Awak dah bersedia ke nak berjaya? 
Sebab bila dah berjaya pun, kita tetap akan di uji. Dengan ujian yang lebih hebat lagi. Sebab hidup memang untuk di uji. Tak sabar, memang boleh bercerai berai, terjun bangunan atau masuk wad tanjung rambutan. ๐Ÿ˜… 

Alhamdulillah. Setahun lepas kami diuji dengan ujian harta. Allah dah siap-siap bantu kami keluar dari cabaran ni sebebarnya. Dalam ujian tu, Allah tolong kami melalui Dia hadirkan orang yang baik baik untuk membantu memudahkan urusan kami. Allah tolong kami dengan munculkan pomen yang baik, sahabat yang baik, keluarga yang memahami dan tak berkira. Especially keluarga mertua. In shaa Allah kebaikkan mereka pasti dapat ganjaran yang berganda dari Allah. Sebab bila mereka bantu kami, sebenarnya mereka membantu anak-anak syurga kami. 

Ni hari di mana kami hantar kereta masuk ward. Macam baru balik kubur pulak bila tengok balik. Huhu. 

Merc putih tu breakdown. Bukan sikit-sikit. Tapi the whole engine. Murung juga. Sebab cos repair je dah serupa bayar muka sebiji kereta continental. Sebab kereta macam ni, charge dia bukan ratus ringgit. Tapi puluh ribu. 

Antara tips bila diuji dengan ujian yang berat untuk kita adalah, first senyum. Senyum je walau terpaksa. Sambil kata dalam diri, lahawlawala quwataila billah hilaliladzim. Memang kita tak ada daya, melainkan dengan pertolongan Allah. Serius sal sedih masa ni. Nangis dalam hati sentiasa. Sebab tak baik nangis depan suami dan anak-anak. Nanti mereka dapat aura negetif. Tapi sal hilangkan rasa sedih tu, dengan tetap on class fizikal dan online class, pergi class yang mentor sediakan, bantu mentor handle seminar, on personal touch, entertain customer, kedai online tak pernah tak update. Aktiviti business tetap macam biasa.
 Sebab ujian bukan untuk di layan. Tapi untuk di lawan. 

Dah la. Tak payah sedih-sedih la bila ada masalah. Tak payah layan emo. Buat apa yang perlu buat. Buat apa yang mampu buat. Kita mampu solat. Mampu jejak majlis-majlis ilmu percuma di surau masjid mahupun ilmu perniagaan yang lain. Jangan harap kan keajaiban. Jangan harapkan orang lain untuk bantu kita selesaikan masalah. Dan paling penting, jangan sesekali marah orang lain yang tak membantu kita ringankan beban. Sebab kena faham, setiap orang ada bebanan mereka sendiri. Tak perlu la mereka nak ceritakan apa tanggungan mereka. Kita ni? Kita yang nak kena ada tindakan untuk keluarkan diri kita dari bebanan hidup kita sendiri. Bukan harap harap dari orang lain. Jangan kaitkan isu kekeluargaan dan persahabatan dengan ujian yang kita lalui. Especially bila di uji dengan ujian kewangan dan perhubungan kekeluargaan. Sebab ramai yang sal jumpa akan up status macam ni "masa aku susah ni aku tau siapa kawan siapa lawan" 

Awak kena faham, setiap orang ada financial komitmen mereka sendiri. Jangan sesekali uji setiakawan dengan masalah kewangan yang kita sendiri cipta.

Awak kena faham, orang luar tak boleh masuk campur urusan kekeluargaan awak. Especially yang melibatkan suami isteri. Sedangkan ibu ayah kita sendiri pun di tegah untuk masuk campur urusan anak-anak dalam menentukan kehidupan mereka dalam membina keluarga, ini kan orang luar.

Dua cabaran ni, pandai-pandai lah settle.
Jangan sedih bila orang lain tak boleh bantu kita di saat kita memerlukan. Sebenarnya bukan mereka tak nak bantu. Tapi Allah nak ajar kita, yang hanya boleh bantu kita untuk setiap cabaran hidup di dunia dan cabaran di akhirat nanti, HANYA DIA.

Sabar dan solat is the best capsule. Makan dua capsule tu setiap kali kita dalam kesulitan. Cari dua S tu dulu. In shaa Allah, segala bebanan rasa ringan untuk dipikul.

Tuesday, March 19, 2019



Punca ramai makin cantik sekarang ni, adalah sebab baju dalam yang kat belakang tu. Bahaya sebenarnya baju dalam Premium Beautiful ni. Sebab dia buatkan orang keliru, mana satu mak dara, mana satu anak dara. Kadang tu, yang tengah ngandung pun di suwit pewit nye juga. 


Sebab siapa yang dah pernah pakai baju dalam lembut dan sejuk ni, cutting badan dia selagi tak masuk 6 ke 7 bulan, memang tak nampak macam pregnant pun. 


Ada yang tanya, tak bahaya ke pakai Premium Beautiful ni kalau kita plan nak pregnant?

Jawapan dia, yess!

Memang bahaya. Bahaya sebab ramai yang baru sebulan dua pakai Premium Beautiful ni, terpaksa gantung korset ni selama 9 bulan. Sebab cepat nau morning sickness๐Ÿ˜…


In shaa Allah, sebenarnya selamat dipakai, jika anda ada plan nak hamil. Sebab Long Girdle Premium Beautiful ni, sangat membantu kesuburan dan bantu menyihatkan rahim. 


Sal sendiri pernah pregnant 2 bulan tanpa sedar, masa Premium Beautiful melekap kat badan. Sebab korset ni, dia tak menekan peranakan. 


The Real Premium Beautiful Expert,

#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert

www.salleharoslan.com

Sunday, March 10, 2019

Ramai Akui Lega Sakit Belakang Dengan Premium Beautiful

Bismillah

Love my job. Bila kita so passionate dengan apa yang kita buat, kerja jadi seperti leisure activity je kan.

Dah hampir 8 tahun sal dengan aktiviti fitting Premium Beautiful ni.
Merata tempat dah sal pergi. Tak kira la berpanas hujan berembun. Pagi petang siang atau malam. Sampai pukul 1 pagi fitting pun ada jugak. Dan semestinya, siap usung anak-anak dari mereka baby sampai la dah remaja ni.

Senang tu tak datang bergolek. Sedangkan nak makan ayam golek pun kena buat kerja dulu. Kan. Hehe.

Kerja akan jadi senang bila kita dah mula belajar bersabar dengan kesulitan di awal kita bermula dulu. Tak ada benda yang senang dalam dunia ni. Nak kawin pun tak senang. Nak beranak pun tak senang. Nak besarkan anak pun bukan senang. Persediaan untuk alam kemudian kita pun, lagi la tak senang.

Sepanjang 8 tahun dalam dunia fitting Premium Beautiful ni, pelbagai ragam sal dah lalui. Dari ragam tu yang buatkan sal makin matang dan improve apa yang kurang. Dan alhamdulillah, 90% yang sal jumpa, semuanya adalah yang baik-baik belaka, Customer tak cerewet. Sangat bertolak ansur. Dan ada yang jadi kawan sampai sekarang. Dari tak kenal, boleh jadi rapat hanya dengan berurus niaga.

Terima kasih Allah hadirkan mereka buat sal
Dan terima kasih Allah sebab hadiahkan suami, dan keluarga yang baik.
Sahabat seperjuangan yang baik.
Mentor yang baik-baik.


Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Pagi ni, sabtu, sal ada appointment dengan seorang adik berusia 28 tahun. Asal dari Kedah. Beliau ada masalah sakit belakang sebab angkat barang berat terlalu kerap. Sambil nak kurangkan sakit belakang, Premium Beautiful boleh juga secara tak sengaja kurangkan berat badan si pemakai. Sebab bila sakit belakang ni kan, nak buat kerja apa pun terganggu kan. Rasa nak marah pun iye jugak. Sebab dah sakit.
Jadi, jangan tak percaya, premium beautiful korset adalah antara bengkung terbaik yang sangat membantu melegakan masalah sakit belakang kita yang tak tertanggung tu.


Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Kakak Damia ada tuisyen pagi ni dari pukul 8 pagi sampai 1 petang. Jadi, seperti biasa, mama dan ayah akan bawa sekali anak-anak ke mana saja. Dan biasanya masa diorang baby dulu, diorang akan berkampung dalam kereta. Kalau 2-3 jam mama appointment, maka 2-3 jam la engine kereta akan di hidupkan dan dimatikan. Pengorbanan untuk berjaya tu mesti ada. Sebab nak berjaya mesti sanggup berkorban. Jika tak sanggup berkorban, kita kena sedia untuk menanggung beban.

Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Alhamdulillah. Dah hampir 8 tahun ni, anak-anak pun dah boleh berdikari. Dah tak rasa tekanan macam baru bermula dulu. Dulu di awal membina kerjaya sebagai usahawan online, memang tak tipu, tekanan jugak. Sebab Sal suami isteri masih berkerja. Anak masih kecik. Bibik tak ada. Dengan nak komit kerja hakiki, dengan nak komit class class dan perjumpaan yang disediakan kumpulan business, dengan memenuhi appointment bersama client, dengan anak-anak yang tak sihat berselang seli. Dengan aktiviti keluarga. Dan macam-macam. Memang serabut kepala nak manage masa masa tu. Nak pulak pernah pregnant dipertengahan jalan masa berniaga ni. Pregnant anak solah Muhammad Danish Shafiq. Lagi bertambah letih badan kusut fikiran. Tapi, kena belajar bertenang. Nak pulak bila deal dengan ragam manusia yang sentiasa berbolak balik hatinya.

Nak ubah hidup kan, ujian mesti tak kan lari. Bila kena uji, bersyukur la. Sebab kita selected person. Allah uji bukan nak menjatuhkan kita. Tapi DIA uji sebab nak naikkan darjat kita je sebenarnya. Kena sentiasa baik sangka dengan segala musibah dan ujian yang Allah bagi pada kita. Dapat susah jangan kufur. Kufur ni bila kita asik mengeluh dan merungut murung bila tengah susah. Dan bila senang, sentiasa tanamkan syukur dan tetap rendahkan hati dengan sesiapa pun yang kita jumpa. 


Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Kan sal kata. masa kecik diorang ni berkampung dalam kereta. Dah besar ni, senang sikit sebab diorang berkampung kat tempat makan macam ni pulak. Cuma bila dah boleh berkampung macam ni, expenses dia lain pulak. Nak layan demand anak ni, memang ibu ayah kena ligat dan kuat hati untuk mambina ekonomi keluarga. Ni kat Teh Tarik Place Citta Mall. Sambil mama naik atas fitting client, mereka breakfast together kat sini. Sambil tunggu makanan sampai, nak tenangkan Muhammad tu, memang kena bagi jap dia tengok video karton dia kat Youtube kids.

Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Ready for measuring and fitting Premium Beautiful.

Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Adik ni kata, lama dah beliau survey Premium Beautiful ni. Dan beliau sangat berhati-hati untuk nak dapat kan agent Premium Beautiful yang sah ni.


Dari oktober beliau dah mula mesej sal. Dan alhamdulillah on March ni, Beliau decide nak pakai terus Premium Beautiful full set.



Thanks for your trust. Semoga mendapat manfaat dari memakai Premium Beautiful secara konsisten.


Sambil tu, bawa Muhammad dan Danisha tengok perabut kat Harvey Norman Citta Mall ni. Muhammad nak katil biru ni. Dia nak tidur sendiri kata dia."Muhammad Berani" ecehhhh. Ok jom kita tengok nanti. Mudah-mudahan anak soleh mama ni memang berani dan sentiasa jadi khalifah yang terbaik pada keluarga dan agama.


Boleh guna ke sampai dia besar nanti? 


Cuci mata pun best kan.


Suka katil yang simple tu. Senang nak alih-alih nanti kan.

Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Suka warna kuning. Ada pulak meja makan warna kuning kat sini. Harga full set meja makan warna kuning ni RM3,991

Premium-beautiful-subang-shah-alam-kl-min kaffe-herba-maharani-shake me cocoa-harga-murah
Lepas tu match kan dengan kerusi ni kan. 


Meja makan kuning yellow.


Cuci mata tengok perabot cantik di Harvey Norman Citta Mall. Ni yang best buat bisnez ni. Bila appointment kat mall je, kita boleh la selit sekali soping or window shopping.