Friday, October 18, 2013

Tanda-tanda hati kotor

Tanda-tanda hati kotor.

Nauzubillah.....semoga Allah sentiasa memelihara iman kita dari dibolak-balikkan.

Memang tak mudah nak menjaga hati untuk terus jadi suci bersih sepanjang masa, sebab syaitan ni rajin sangat sifat dia menghasut umat islam supaya sentiasa gelap hati dengan melakukan perkara-perkara seperti apa yang ada kat image di bawah ni.

Baca dan muhasabah diri kita dulu sebelum kita melontarkan pandangan kita pada orang lain. Jangan terlalu rasa diri tu sempurna kerana kita hanya manusia hina yang tak mungkin lari dari melakukan kesilapan. Tapi sal cukup respect dengan orang-orang yang sentiasa berusaha bangun untuk keluar dari zaman gelap nye.

Sal sendiri bukan lah manusia sempurna...kerana yang sempurna hanyalah maha pencipta kita tuhan yang satu. 

Sekiranye point-point kat bawah ni ada kena mengena dengan diri kita, bawa-bawa lah improvekan solat dan banyak kan beristighfar. Kurangkan buka aib orang lain dan jagalah tutur kata sebelum melontarkan seseorang itu adalah yahudi atau nasrani sebab kita sendiri tak pasti ke mana diri kita lepas ni, dan di manakah pulak orang yang kita hina tu selepas ni nanti.

Jangan jadi hakim dunia yang sesuka hati meletakkan seseorang tu sebagai penghuni neraka selagi dia belum menutup mata. Kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.

Dan kita yang sering merasakan diri kita adalah manusia yang baik akhlaknye, jangan pulak terlalu confident yang kita adalah bakal penghuni syurga kalau kita sendiri masih ada rasa selalu berbangga diri dengan kebaikkan diri kita dan angkuh memandang hina terhadap orang lain.


Semoga kita sama-sama menjaga hati dari terus dikotori.

1 comment: