Tuesday, March 5, 2013

Klinik pergigian Taman Ehsan

Lepas sesi perjumpaan dengan class teacher di Genius Aulad, tetiba mama n ayah terajin pulak nak bawa damia pergi klinik pergigian Taman Ehsan. Sebab cian pulak bila mulut damia kerap berbau kebelakangan ni. Dah lama dah nak bawa dia jumpa doktor gigi, tapi selalu tak de masa yang sesuai nak pergi dan kalau boleh nak klinik gigi yang tak payah nak buat-buat appointment pun. So lucky la sebab klinik gigi ni boleh walk in je without any appointment.

Sampai-sampai je klinik gigi ni, register bagi ic then tunggu dalam 30 minits jugak baru dapat masuk jumpa dentist.


Danisha pulak yang lebih-lebih buat pose sakit gigi...heheeee...

Gigi damia memang 80% dah tak dapat diselamatkan lagi. semua nye silap mama n ayah jugak sebab kerap layan sangat damia menyusu masa kecik-kecik dulu kan. Punca kerosakan gigi kanak-kanak ni biasanye berpunca dari botol dan susu formula. susu formula kan biasa nye manis. so bila 24 hours menyusu botol with formula milk memang gigi mudah reput.

Bayangkan damia ni seawal setahun lagi dah kena jumpa dentist untuk cabut gigi depan dia. Tapi danisha good, dia rajin gosok gigi dan kerap nak gosok gigi...dan sejak kakak dia dah stop menyusu, dengan dia skali jarang-jarang dah nak request susu. Nampak nye pengaruh rakan sebaya memang mainkan peranan yang penting..hahaaa...danisha banyak terpengaruh dengan kakak damia dia. so sejak kakak stop susu dia pun tak nak sangat dah minum susu ;)


cool and steady je.


Tiga gigi berlubang bahagian bawah perlu di tampal...
Nasib baik la doktor tak tampal semua gigi atas bawah dia kan...hahaa.


Ni la dia klinik pergigian taman ehsan, kepong.
untuk korang yang ada masalah gigi tu boleh jugak kalau nak try jumpa dentist sheeda ni. No fon klinik gigi ni ada je kat signboard hijau tu ye. Bayaran dia pun sangat berpatutan dan cara dentist ni handle masalah pun relax je ;)





setengah jam lepas tampal gigi bawa diorang pergi makan...

so ibu2 bapak2...rajin-rajinlah galakkan anak-anak kita jaga gigi dan kebersihan mulut dari bayi lagi ye...biar gigi diorang tumbuh dengan cantik dan kurang masalah gusi dan gigi sebab 70% kecantikan muka kita terletak pada kecantikan gigi..kalau gigi tersusun cantik sure nak senyum pun tak de segan-segan kan  ;)




No comments:

Post a Comment