Tuesday, April 2, 2019

Bagaimana Nak Kenali Scammer




First Mesej yang sal terima, mesti dari sahabat sorang ni. Noharyani. Tahun lepas, bulan 10 pernah juga kena sekali. Ni bulan March 2019, another Scammer nak try nasib.

Alhamdulillah ramai sahabat yang di wasap oleh scammer ni, tak termakan dengan modus operandi basi pemakan duit haram ni.

Masa sebelum jadi isu scammer ni pun, sal memang dah feel something tak sedap. Dan boleh pulak petang tu, around 3pm, sal ternampak ada someone yang kena. Terus masa tu berdebar sikit tetiba sambil Allah jentik hati sal untuk berdoa lahawla wallaquwatailabillah. Tiada daya melainkan kuasa dan pertolongan mu Ya Allah. Jauhkan ku, keluarga ku, sahabat-sahabatku dan kaum muslimin muslimat semua dari kekejaman dan tipu daya mereka yang berniat jahat.


Memang terdetik doa yang andai sal terkena style scam macam ni, jauhkan orang yang ditipu tu dari serah cash yang diminta.


Ni orang kedua yang mesej sal. Kak Liana. 
Bersungguh kak Liana save number yang kekonon number baru sal ye. 

Macam mana modus operandi si scammer penipu ni?
1. Dia akan menyamar sebagai someone yang kita memang kenal. Dia akan letak profile picture. Gambar ni biasanya scammer akan ambil dari Facebook. Dia akan study wall facebook kita.

2. Apa yang dia akan study? 
Scammer akan mesej orang yang ada dalam list tagging kita, yang ada comment kat the latest status update fb kita.

3. Scammer akan mesej dengan permulaan yang cliche. Please ubah ok. Sambil buat tangan kat bahu, mata kat atas. 🙄
Ayat standard scammer,
Assalamualaikum, sibuk ke, busy ke?

Sal cukup tak selesa dengan orang yang suka tanya dua soalan ni. 

4. Si scammer akan terus mulakan perbualan seterusnya dengan, “boleh minta tolong jap tak?”

Macam kes sal kena ahad lepas 31/3/2019 tu, dia start tabur mesej around 6pm macam tu.

Ramai jugak scammer ni mesej.
Termasuk mereka yang di sabah sarawak yang sal tak pernah jumpa face to face. Tapi alhamdulillah, Allah halang mereka dari berlembut hati dengan si scammer durjana.

Sampaikan Mentor Jutawan sal pun scammer piyem. Dasar tutttt tau ko ni scammer. 

Masa receive mesej dari Yani pukul 8malam, sal terus up status kat wall facebook. Sebab boleh rasa, memang dia cari orang yang ada list dalam facebook kita je.

Sambil sal up status kat facebook, suami tolong sampaikan pada wasap group Crown Diamond Manager. Dan nasib baik CDM Hajah Siti Rohana tak layan mesej tu. Heheh. Ye la, mesti Kak Na pelik. Apahal la si sal ni nak pinjam duit pulak ni. Tak pasal-pasal la ko ni scammer buat orang syak wasangka. Memang tak takut kena bakar ko ni. Cuba letak satu jari je kat api lilin. Confirm dah menggeletik panas. Ni kan kat neraka kena bakar hidup-hidup tanpa mati lagi dah. Tak takut ke. 


Bila CDM Kak Ana tau je yang mesej dia minta duit tu bukan sal, terus CDM kak na reply dengan ayat yang sejuk je bila kita baca. Sal tang baca pun insaf rasa. Kak Ana ni tak pernah fail untuk sentuh hati orang. Sebab apa yang beliau cakap, semuanya datang dari hati.


Apa pun, jika uol terima style mesej macam ni, Relax jangan panic. Scammer ni pengecut sebenarnya. Dia berani di sebalik talian je.
Bila orang call balik tak jawab pun. Bila mesej nak bagi duit, dia lari pulak 😂


Scammer suka mesej dengan buat-buat nak bagi tau, yang dia dah tukar number. Jadi, anda jangan la percaya. Jangan terus save number tu. Macam kak Liana, terus simpan number tu as nama sal pulak 😅

Yang bagusnya, bila rasa pelik tu, kak Liana terus wasap sal di 011-16311641 untuk confirmkan yang nombor tengah mesej dia minta duit tu, adalah bukan sal. Alhamdulillah kak Liana amik langkah yang bijak. 


Ni scammer 012-816 6185
Dia mesej sahabat sahabat business di Borneo.  Yang tak tahan tu, siap nak share TIPS lagi. Bukan main ko stalker wall orang ye scammer. Rajin tak kena tempat.


 Ni dari Aisyah Pudin.
Aisyah ni agent Shaklee, Agent Minyak MMG dan ada jual Kek gulung sedap. Kecur air liur setiap kali tengok Aisyah Pudin up gambar kek sedap tapak kuda tu.

And thanks Aisyah Pudin maklumkan pada kak sal.




Bukan main ko ye scammer. Nak RM800 sorang. Siap nak buat pergi Umrah. Memang setanirojim ko ni. Nasib baik la ko minta 800. Orang nak bagi pun fikir 800 kali. Kalau sal pun memang tak bagi. 

Scammer dia akan buat macam terdesak sangat nak kena buat payment. Ada yang sebelum ni, dia buat terdesak nak duit sebab;
Kereta eksiden
Nak bayar duit hospital



Hahah. Tergelak baca. Siap kena main dengan orang yang konon dia nak tipu. 


Pandai pulak tu sebab Allahu. Dasar tutttt tau scammer ni. Benda macam ni yang buatkan orang pandang slack dengan orang yang memang betul-betul selalu sebut nama tuhan dari hati.


Yang ni paling kelakar.
Scammer siap mencarut lagi bila tak dapat duit.


Macam mana boleh lepas buat akaun bank pun tak tau la. RHB Bank. Tak pasal-pasal nak Ustaz Abdul Rahman Foong Bin Abdullah jadi bahan scammer.


Thanks Aisyah Pudin. Uol yang bak cari product Shaklee, Minyak MMG dan Kek gulung sedap tapak Kuda, cari Aisyah Pudin ya. Dalam pantang pun boleh lagi online menjemput rezeki. Hebat ibu muda cantik ni.

Jadi sahabat-sahabat semua, alert dengan modus operandi scam.

Ni spesis scam Malaysia. Dia akan buat cara lebih kurang macam ni. Ada tu, siap call cakap dari LHDN la, dari imigresen la, kastam la. Just beware. Pasti kan sahih. And juga boleh install apps true caller. Supaya boleh trace tu adalah scammer atau tak. 

Kalau scammer oversea pulak, style dia, dia nak beli barang. Lepas tu dia kata nak bank in dan minta kita pos kat wife atau sedara dia kat Malaysia ni. Kadang dia kata dia dari Singapore atau area England. Dapat mesej macam ni, anda boleh speaking melayu je dengan dia untuk nak identify dia memang nak beli atau scammer. Jangan risau tak tau bercakap omputih. Sebab biasanya, bila berniaga dengan orang Malaysia ni atau Singapore ni, kalau dia memang serius buyer, dia akan reply juga kita in malay. Style scammer orang asing ni, dia kata dah bank in duit kat kita untuk dapatkan barang yang kita jual, tapi lepas tu, kita kena bank in 300-400 untuk lepaskan cash yang floating tu. so funny la.

Jadi, untuk kes sal baru ni, 012-816 6185 adalah scammer. It’s not Salleha Roslan or sesiapa je yang anda kenal. Hari ni dia menyamar jadi sal, tak mustahil satu masa nanti dia jadi someone else pulak. In shaa Allah kita semua dijauhi dari kejahatan manusia, jin dan iblis.

Thanks yanie,
Mazlin
Product Kecantikan Sarawak
Beloved Fenniey
Kak Liana
Aisyah Pudin II
Sebab inform kak sal.

And thanks En Suami yang sentiasa kat depan untuk protect isteri. Alhamdulillah sal sentiasa Allah hadiahkan dengan orang yang baik-baik untuk handle cabaran hidup.














No comments:

Post a Comment