Wednesday, March 27, 2019

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019


Alhamdulillah. Mama ayah boleh rancak keluar kerja macam biasa dah. Anak-anak jarang demam. Sekali demam serentak, mama ayah kena focus lebih untuk kuarantin mereka, sampai sihat sepenuhnya. Alhamdulillah “Boss” tak marah sepanjang EL+MC sesuka hati.



Hari ni, kami ke Putrajaya, Kota Damansara dan Saujana Utama.


Seronok cuti sekolah ni. Relax je buat kerja. Sebab tak perlu rushing keluar rumah, lepas tu balik semula rumah sebab nak ambik anak-anak balik sekolah lepas tu keluar balik. Memang huru hara juga bila ada appointment musim tak cuti sekolah.


5 hari juga la Muhammad Demam. Lepas tu bersambung ke Danisha. Lepas tu ke Damia. Paling kesian, Muhammad la. Meh sal tunjuk gambar. Hehe

Hari pertama


Terus bawa pergi klinik


Ni dah masuk hari keempat. Muhammad yang paling panas dan paling lama. Sampai keluar ruam lepas panas dah reda ni.


So hari ni, dah habis kuarantin. Walau demam panas pun, tetap kena simpan elok-elok kat dalam rumah. Supaya mereka tak terdedah dengan penyakit lain, dan orang lain pun tak berjangkit dengan mereka.


Kami makan kat kiosk di depan Palace Of Justice ni. 


In the same time ada appointment around here.


Tu yang jangan lepaskan peluang berposing kat Istana Kehakiman ni. 


Cantik banget building kat Putrajaya ni.


Masa kecik dulu, bila tulis buku biodata kawan-kawan je, mesti nak tulis cita-cita : Peguam 😂


But today, praise to Allah. Walau tak jadi peguam, sal dapat capai impian nak ada time freedom masa besarkan anak-anak. Sebab 12 tahun pertama adalah masa paling utama untuk parents spend time dengan anak-anak. And Alhamdulillah we did it.


Walau cabarannya, hanya sal dan suami je yang tahu, macam mana tenaga dan pengorbanan lain dalam berniaga tanpa bibik. Jadi, tak perlu susah hati jika anak kita masih kecik, kita tak de bibik, kita tak pandai itu tak pandai ni. Jangan peduli apa yang kita tak ada. Tapi ambil peduli apa yang kita ada. Kita ada apa? Ada kekuatan dalaman. Kekuatan minda. Tu lagi power dari apa yang kita selalu fikirkan. Stop merendahkan keupayaan diri. Allah is everything. And Allah akan bagi everything. Bila kita YAKIN dan PERCAYA yang rezeki kita, semuanya dari dia. Bila kuat rasa percaya, kita takkan simply rasa kecewa bila kita gagal capai sesuatu. Kita akan rasa kegagalan tu adalah guru terbaik untuk kita improve apa yang masih kita belum capai.

Belum capai tu, tandanya masih belum cukup konsisten buat. Kena semak, apa yang kita tak konsisten buat lagi.

Jangan simply cakap saya dah buat semuanya. Sedangkan, masih ada banyak perkara lagi yang kita belum konsisten buat. The key to success adalah KONSISTEN.

Konsisten kita dalam cari ilmu macam mana?
Konsisten kita dalam menyampaikan ilmu macam mana?
Konsisten kita dalam marketing dan close sales macam mana?
Konsisten kita dalam berserah jiwa dan raga pada Allah macam mana?
Kalau dah buat semua, cuba check, konsisten kita dalam berjaga sepertiga malam macam mana? 
Semua ni mesti konsisten. Tak boleh kata saya dah buat salah satu. Tak boleh. Memang takkan jadi. Dia kena kita buat semua serentak secara konsisten.


Panas kan cuaca sekarang. Tapi berpanas berhujan berembun, tak pernah ku hiraukan bak kata lagi Tomok.


Dulu berangan sangatkan nak jadi medel. So sekarang rasakan. Bila suami sendiri menggila nak shoot gambar isteri.


Suami kata diri sini. Kita ikut je. Bagi dia chance asah skill dengan gadget baru dia. 


Sal shoot guna camera apa?
Suami yang shoot. Dia guna kamera Sony. Sony 6300 macam tu la kot. Sal tak layan sangat kamera ni. Yang sal tau, asal gambar cantik sudah. 


Memang betul la. Lagi best bila kita buat kerja yang kita sendiri boleh lakarkan masa depan macam mana yang kita nak.


Memang sal nak masa depan yang macam ni. Yang sal boleh kerja bawa anak sambil jalan-jalan. Dan kerja yang sal sendiri tentukan pukul berapa nak buat kerja, dan kat mana nak berkerja. 


Alhamdulillah. Dah 5 tahun impian yang sal lakarkan 14 tahun lepas jadi kenyataan. Sebab sal mula kerja lepas habis degree dulu, masa tahun 2006. Masa tu memang berangan nak kerja yang tak terikat dengan masa 9-6pm




Singgah stokis puchong jap dapatkan barang yang diorder customer on the spot. Sebab kami area Puchong masa ni. Jadi, terus ke stokis Puchong. Sebab our style, suka mempercepatkan urusan permintaan pelanggan. Boleh je, customer order dan kami HQ tolong hantarkan. Tapi kami lagi suka buat  sendiri dulu. Sebab kita tau process dari mula sampai habis.

Contoh bab postage. Bila kita urus sendiri, bila ada isu delay postage, kami mudah nak jelaskan pada pelanggan.


Lepas selesai urusan Puchong dan Putrajaya, kami anak beranak ke The Stand Kota Damansara. 

Nak belanja anak anak tengok Upin Ipin the movie yang latest ni. Baru keluar 21 March 2019.

Tajuk Upin Ipin 2019 ni “Keris Siamang Tunggal”

Kisah Upin Ipin yang kononnye terperangkap di zaman dulu kala bersama rakan rakan upin ipin. Dalam cerita ni, adalah kisah batu belah batu betangkup, si tanggang, bawang merah bawang putih, nujum pak belalang dan lain lain lagi. 

Best ke cerita Upin Ipin 2019 ni?
Anak kata besttttttt.
Sampai bagi 1000 bintang.
Si kakak la paling suka. 
Dalam panggung sal tak layan sangat. 
Just teman anak-anak je.
Tapi perasan la diorang ada jugak gelak-gelak. Suspen. Bab nangis, si kakak Damia aje la yang nangis. Sebab kakak ni lembut hati orang dia. 

Jadi, ringkasannya, cerita Upin Ipin ni memang best. Lagi best sebab kami tengok kat TGV The Strand. Kat The Strand ni memang tak ramai orang. Boleh dijadikan port tengok wayang paling best dengan keluarga. Tak sesak. 












Habis tengok Upin Ipin, kami ke Saujana Utama. Dah janji dengan customer Premium Beautiful, nak jumpa pukul 9 malam. Depan Central Mark Saujana Utama.


Alhamdulillah 9 malam kaki dating. Beliau nak pakai Bengkung Premium Beautiful dalam pantang 35 hari ni. Slim je orangnya. Tapi nak pakai Premium Beautiful, untuk legakan sakit belakang. Memang terbaiklah pilihan ibu anak tiga ni. Seban Premium Beautiful terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang.


Ni kiosk depan Palace Of Justice Putrajaya tu.



Lama tak tengok wayang. Hari ni nak beli tiket walk in, kena beli kat mesin dah. Best juga pengalaman gunakan mesin beli tiket wayang ni.

Just ikut arahan yang ada kat mesin tu. 

Sal ambik standard room je. Ikutkan nak bawa pergi MBO yang ada playground dalam panggung wayang tu. Tapi fikir nak cari cinema yang satu jalan ke lokasi nak fitting customer kan. Jadi tengok kat panggung seat biasa sudah la.

Tiket wayang upin ipin untuk kanak-kanak RM9 sorang. 
Untuk dewasa RM15

Suami tak join. Sal dan 3 anak je masuk masa upin ipin Keris Siamang Tunggal ni. Jadi total RM42. 

Tak masuk pop corn dengan air lagi tu. Masuk makanan dan minum yang di paw oleh anak, jadi la dekat RM24 lagi tambahan. Huhuu. Begini la nasib ibu ayah dalam nak mengembirakan anak-anak kesayangan. 


Our video for today. Whole day with awesome activities.

No comments:

Post a Comment