Sunday, March 31, 2019

Premium Beautiful Expert ke Shah Alam dan Subang


Outfit of the day.
Mix and match baju lama. Sal memang suka white and suka pink. Jarang ikut tema aura hari. Jadi hari ni hari selasa, sal pilih mode white and shocking pink.

Shawl Pink from Neng Geulis Bangi Gateway. Beli masa bermalam sempena class STOB Cikgu June August tahun 2017. Bulan dan tahun keramat yang sal masih ingat. Kenapa dengan bulan dan tahun tu? Tu bulan dan tahun permulaan circle kedua sal dalam business ni. Ibarat kelahiran semula dalam business. 

My passion.
Yess. Fitting and sharing Premium Beautiful ni dah jadi jiwa sal. I love this activities. Walau hakikatnya, disebalik tabir untuk dapatkan the right size before happykan customer ni bukan calang-calang tugasan, but i really love it. Kadang terfikir, patut la ramai yang buat, tapi tak ramai yang kekal buat bisnes Premium Beautiful ni, sebab renyah. Renyah sebenarnya nak tentukan the right size. Lepas tu nak dapatkan the new size. Dah fitting kang tak ngam satu hal pulak. Tu dulu la. Masa baru bermula. Ilmu tak banyak lagi. Memang rasa renyah. Alhamdulillah, dengan pengalaman fittingkan ratusan orang sepanjang 8 tahun berniaga produk Premium ni, sal rasa seronok sangat sekarang bila dapat peluang fitting pelanggan. Suka tengok mereka sarung je Premium Beautiful yang sal bawa, terus ngam ngam selesa pada badan.

Morning. 
Kekonon masuk ofis sendiri yang dah 5 tahun sal tinggalkan.

Aduhhhh. Gegirl keliru. Setiap kali cuti sekolah, mesti rasa hari ni hari sabtu ahad. 😅

Rindu nak nak masuk ofis. Jadi, pagi ni sal masuk ofis orang je. Excited nak jumpa manager syarikat logistik ni. 

Cash buyer yang dah pernah ada Premium Beautiful lebih 10 tahun dulu. Hari ni beliau nak dapatkan second set pula. 

The Real Premium Beautiful Expert,
#No1CertifiedPremiumBeautifExpert

Sebelum tu, around 10 am tu, sal dengan anak-anak ke Citta Mall dulu. Fittingkan client di sini dulu.

Adik berusia 29 tahun ni nak legakan masalah sakit belakang dengan ikhtiar pakai korset berFIR Premium Beautiful.

Nak cerita Premium Beautiful ni hebat sampai gajah boleh terbang tu, memang tak terkeluar dari mulut. Jadi, let’s cik puan punya badan yang feel sendiri, apa specialnya korset Premium Beautiful yang dah berusia 23 tahun dipasaran ni.




Habis appointment di Citta Mal dan Shah Alam depan kilang gula tu, sal bodek suami minta bawa kami jejak mall. Hahha. Tak habis habis lagi perangai masuk mall. Padahal bukan nak beli apa pun. Memang kuat betul tarikan nafsu ke tempat macam ni. Sal ajak gi Aeon Mall Shah Alam. Solat Zuhor dan nak lunch sekali kat food court. Lupa pula dalam supermarket Aeon Mall Shah Alam ni, ada kedai makan sedap. Hot Pindang nama dia. Restaurant Hot Pindang ni kat seksyen 10 Shah Alam. Sekarang, ada buka kiosk Hot Pindang kat supermarket Aeon Mall. Hopefully kekal lama kat situ. So senang bak duduk makan selain dari makan kat food court Aeon yang always crowded, atau kat tenant restaurant yang lain. Uol try la makan kat Hot Pindang Kitchen tu. Lokasi dia kat dalam supermarket Aeon tu. Ala, market yang jual buah, ikan, sayur tu.



Bawa budak budak ni, kerja dia memang masuk tempat makan aje la. Pagi tadi Marry Brown, lunch Aeon. 










No comments:

Post a Comment