Monday, February 4, 2019

Premium Beautiful : Baskin Robbin Plaza Masalam Shah Alam

Alhamdulillah. 
Happy Birthday anak soleh mama. Muhammad Danish Shafiq. 

premium beautiful murah shah alam
Dah nak setahun dah gambar ni. Baru rajin nak up dalam blog. 

Masa ni rasanya lepas settle appointment. Then singgah jap kat Plaza Masalam. Just had fun belanja Damia Danisha Danish makan ice cream.

Tapi sebelum tu singgah jap party shop kat baris Shop lot area Plaza Masalam ni. Beli baloon number 5 tu. dengan dua biji baloon warna peach tu. 

Tak penting pun celebrate hari hari tertentu ni. Tapi penting untuk kita buatkan orang yang terdekat dengan kita, rasa dihargai, rasa disayangi. Antara cara nak happy kan diri sendiri, happy kan orang lain. Tak semestinya kena happykan dengan duit. Boleh happy kan dengan apa yang kita ada, walau hanya dengan senyuman, perkataan yang baik dan tingkah laku yang baik.

Sifir hidup mudah je. Jangan serabut serabut. "Buat baik, pasti dapat baik"

Jika buat baik, tapi masih dapat yang tak baik, anggap je Allah sedang angkat darjat kita. Dan DIA pasti akan berikan yang lebih baik bila sampai masanya nanti. Tak pada kita, mungkin pada anak-anak keturunan kita. Jadi, buat je baik. Tak kira kat mana. Tak kira dengan siapa. Jangn pilih suasana. Dan jangan pilih darjat orang tu apa. 

premium beautiful murah shah alam
Kalau kat Baskin Robbin ni, diorang suka makan ais krim yang warna pink purple tu. Dan jangan la beli satu je. Memang boleh jadi ungu mak ko ni. Sebab diorang mesti berebut dan tak cukup satu punya. Jadi, kena sama adil. Beli je terus sorang satu.


COD Marine Essence pada regular customer di Sunway Kayangan, Puncak Perdana. Puan ni from Singapore, sekali order memang tak pernah satu dua. Mesti lebih dari tu. Sebab satu family dia serasi dengan Sabun dan Shampoo berGaram Buluh kami. 


Then ke Seksyen 7 Shah Alam. Jumpa laga-laga pipi jap dengan ibu anak 5. Kehebatan seorang wanita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak, memang ajaib. Ajaib power yang Allah beri pada ibu-ibu. Sebab tu wanita di beri keistimewaan untuk mengandung dan melahirkan. Sebab kesakitan yang tak tertanggung tu, hanya kaum hawa yang mampu hadapi. Demi anak, mereka sanggup lakukan yang terbaik walau di luar kemampuan mereka sebenarnya. 









No comments:

Post a Comment