Wednesday, December 5, 2018

Premium Beautiful Expert At Dash Box Cyberjaya

Welcome to Dash Box Cyberjaya!
Cantik hotel ni. Masih baru. 
Lokasi Dash Box ni kat Cyberjaya. Korang waze je atau google map kan aje.
Confirm jumpa tepat sampai ke Dash Box ni.


Ni bentuk Dash Box tu.
Hotel dia tak la besar mana.
Macam sal, memang kena ambik dua bilik untuk lebih selesa.


Ni pintu masuk ke Dash Box. Tengok pintu aje pun dah excited. Biasa la kan. Tempat baru. First time jejak. Mesti teruja. Dengan kita pun jadi budak-budak sekali.


Yang bestnya, setiap bilik ada peluang dapat view swimming pool kat Dash Box ni. 

Memang cantik. Sama macam dalam gambar.


Ada cafe. Tapi tak banyak pilihan la. Lagipun Cyberjaya ni memang agak limited sikit tempat JJCM dia. Kalau ada pun, banyak nasi arab. Dan maybe uol boleh request food panda to delivery the foods.
Kalau nak jalan-jalan cari  makan kat luar, boleh ke area D'Pulze atau cari area kedai Nasi Ayam Kampung. Kat situ ada beberapa pilihan tempat makan area Cyberjaya.


Ni Deluxe room. Ambil bilik bawah senang. Kalau hari biasa memang tak ramai. Jadi mudah nak request.

 Bilik bersih. 

 Unik dan ada style.

Ni toilet dia. Memang tak de bath tab. Mandi kat pool aje la.

Ni Twin Room. Agak sempit. Jadi kalau anak
dah besar-besar, memang kena ambik dua bilik sebaiknya.


Dash Box ni pun ada kids room. Jadi anak-anak boleh spend masa kat sini jugak. Tapi budak mana dia nak stay satu tempat lama-lama kan.

Nice view. Good selection untuk yang nak santai-santai dengan family kat area KL Selangor ni.


Ni macam meeting room or discussion room la. Nak book untuk ocassion business pun ok jugak. Boleh contact pihak Dash Box untuk reservation.




So, let's chill.


Summary untuk Dash Box ni;

Harga bilik
Dari 135 Hingga RM350
Depend pada selection room yang anda pilih.
Paling murah Twin Room.
Yang mahal sikit Deluxe Room.

Parking Free

Ada Cafe untuk lepak-lepak

Lokasi jauh dari kesibukan kota.

Contact Number Dash Box
03-8322 7171

  • 1 super king bed
  • Room size: 49 m²/527 ft²
    Spacious room
  • Garden view
  • Balcony/terrace
  • Non-smoking
  • Shower
  • Free Wi-Fi

No comments:

Post a Comment