Saturday, November 17, 2018








Rindunya kat anak-anak. Masuk malam ni, 2 malam dah kita berpisah sementara. Tapi apalah sangat berpisah dalam satu negeri pun. Bila kenangkan orang lain yang dari seberang tu, bertahun-tahun tahan emosi tinggalkan keluarga untuk rezeki. Ceh.. pujuk hati namanya 😅

Sesekali perlu berpisah sementara. Supaya kita saling muhasabah diri. 

Sebab biasanya, bila apa yang kita sayang tu dah tak ada depan mata, baru la kita akan nampak kebaikkan mereka. Dan selalunya, bila yang kita dah biasa berdampingan tu tak ada depan mata, baru la kita akan tau erti syukur nikmat.

Syukurnya ada anak. Syukurnya ada anak yang sihat. Syukurnya ada anak yang dengar kata. Syukurnya ada anak yang walau kita marah-marah mereka teruk macam mana pun, mereka tetap datang peluk kita dan bercakap lembut dengan kita. Baiknya hati anak-anak syurga ni. Allah beri mereka sebagai hadiah. Dan mereka juga adalah amanah dan ujian buat sal.

Sesekali jauh ni, timbul rasa kesal. Kesal sebab ada masa terlalu garang dengan mereka. Tapi mama nak kakak, adik, Muhammad jadi orang. Sebab tu mama garang. Bukan soal masih kecil tak boleh ditegur. Sebenarnya, masa kecil ni la paling mudah nak lentur. Dah garang, lepas tu pandai-pandai la pujuk dengan hadiahkan barang. Sebab setiap kali mama garang, mama akan minta maaf. Peluk diorang. Sebab tak nak mereka berdendam. Dan alhamdulillah mereka sangat faham kenapa ada beberapa perkara mama akan jadi garang.

Garang untuk kebaikkan.
Dari rebung la nak kena tegur. Supaya jadi orang yang menjaga adab.


No comments:

Post a Comment