Friday, November 16, 2018

J&T Courier Service The Best

Yess. The best ever courier service.

J&T thanks for this great experience.
This is my first and last to use your bad bad bad courier service.

Tajuk entry ni memang positif.
Tak gamak sebenarnya nak tulis review negative macam ni. 

Im sorry J & T Express Malaysia.

Tapi sal share supaya anda tak terkena pengalaman yang sama macam ni.

ELAKKAN GUNA SERVICE J&T Ekspress jika anda nak post sesuatu ke Sabah dan Sarawak!
J&T Very Bad service
J&T Very Bad service
J&T Very Bad service

10 hari sal dan customer tunggu.
6 hari parcel stuck di Klang.

Bila call center J&T, dia kata tak de transport nak ke Sarawak.
Bila piyem thru messenger, J&T jawab diorang kena tunggu pelepasan kastam.

Sal hantar baju dalam kot. 
Bukan hantar dadah.
Pun 6 hari stuck kat Klang ke.

4 hari lagi pulak,
Dia melompat lompat ke sibu.
Lepas tu Miri.
Dah sampai Miri baru sent ke Limbang.
Sebab alamat customer ni di Hospital Limbang.

Dah sampai area Limbang,
Dia mesej bagi tau suruh collect sendiri kat center Limbang.
Sebab diorg tak hantar ke Limbang. 
Own collect by receiver.
Part ni yang sal hangin.
Sebab, dah la 10 hari tunggu.
Lepas tu boleh pulak suruh kutip sendiri.

Masa nak hantar parcel ni,
Dah siap tanya dah, masuk tak limbang.
Diorg kata masuk je.
Sekarang bila parcel dah sampai,
Diorang kata kena collct sendiri pulak.

Ya Allah kesian customer.
Kalau dekat je tempat collection tu tak pe jugak.
Kalau amik masa lebih 40 minit memang kesian sangat.

Teruk la servixe J&T ni.
Ko dah tau tak hantar ke alamat-alamat tertentu, ko tak payah la gatal terima parcel orang. Menyusahkan pihak penghantar dan penerima.




J&T very bad service!
Tak patut kot suh orang collect sendiri.



Untuk semenanjung mungkin ok.
Untuk Sabah Sarawak,
Terpulang jika anda nak gunakan khidmat mereka.

Bagi sal,
Cukup sekali.

Nak nangis ke tak. Tak yah la kot kan 😅Redha je. Sebab Alhamdulillah customer pun baik sangat. Penyabar orangnya. Siap dia yang tolong tenangkan sal. Patut la layak jadi Doktor perubatan.

Dah 10 hari sent barang guna "new courier service", tapi still tak sampai-sampai lagi. 

Sebelum ni pernah pos barang pada Malaysian guna pos laju ke USA. Tak sampai 7 hari dah sampai pada customer.

Ni hantar ke Sarawak. Dalam Malaysia pun. Guna new courier service yang warna merah putih tu. Tapi parcel tak gerak-gerak lagi. Tobat. 1st and last in shaa Allah 😂 

Dari kami naik flight ke Krabi, sampai balik. Barang still pending.

Jadi, pengajarannya. Setia aje la pada yang satu. Otai tetap berbisa. Pegang teguh pada yang berpengalaman dalam bidang mereka. Niat nak support bisnez baru, tapi, Poslaju jugak the best. Sebab lepas 4 hari new courier service tu delay parcel ke customer, sal hantar gift pada customer tersebut guna pos laju pulak. Alhamdulillah, yang gift tu dah sampai. Yang parcel dari new courier service tu tak sampai-sampai lagi 🤣

Very bad experience with J&T Ekspres

Pengalaman pertama dan in shaa Allah tak repeat dah. Tobat nasuha terus.

No comments:

Post a Comment