Wednesday, November 7, 2018

Celebrate Hari Jadi Ibu Di Glory Beach Resort Port Dickson

Macam tak caya je. Akhirnya sal update juga kisah bercuti dengan family awal tahun 2017 hari tu. Hahah. Pekasam dah gambar ni. Sekarang dah nak masuk 2019 dah. Baru tetiba sampai seru nak up all the pictures untuk kenangan anak cucu cicit.

Ni kisah kami sekeluarga. 6 Beradik luangkan masa untuk berkumpul sempena ulangtahun kelahiran Ibu tercinta kami Puan Hafsah yang ke? Alamak sal tak ingat. Yang sal tau ibu dan ayah lahir tahun merdeka 1957.

Sal memang dah ada kat PD dah masa ni. Sebab ada CDM Conference kat Lexis. Lexis dengan Glory Beach Resort PD ni sebelah sebelah je. Jalan kaki pun sampai.

Jadi, kami stay 3 hari 2 malam kat sini. Ambik apartment yang ada 3 bilik. Sekali bawa mak abah ke sini.

Tips jika anda nak jadikan Glory Beach Resort ni sebagai pilihan, sal sarankan, masa dapat bilik nanti, kalau bilik tu hujung sangat, tak bersih penuh taik cicak, better uol call reception dan minta tukar bilik yang lebih proper. Sebab sal dah kena. So memang tak best bila dapat bilik hujung. Rumah yang penuh najis kumbahan cicak. Aircond pun hidup segan mati tak mahu. Masa check in kat Glory Beach Resort ni, sal tak de. Sal tengah focus duduk dalam ballroom Lexis dengar penyampaian mega plan tahun 2017 di CDM Conference. So, en suami yang arrangekan sesi check in hotel ni. Dan suami pulak jenis asal boleh la labu. Dia malas nak complaint punya orang. Terlebih positif sangat pun tak boleh :D
Maka, pasrah la kami sekelurga bermalam dalam apartment 3 bilik yang kurang selesa keadaan dalamannya.

Jadi, uol kena memilih sikit tau bila decide untuk jadikan Glory Beach Resort ni sebagai tempat percutian keluarga. 

Yang gambar bawah-bawah ni semua, ni apartment yang abang sal duduk sekeluarga. Apartment diorang tak suram dan bersih je. Dapat pun tingkat 1. Apartment kami tingkat 8. Hujung dunia. Siap ada gambar seram lagi kat dinding living hall tau. Sampaikan rasa nak tido malam pun gelisah je. Tak lena dibuatnya. Nyenyak tak nyenyak aje la tido. Rasa semacam. Perabot pun yang old version punya. Yang abang sal punya ni memang ok. Dia stay blok E. Sal tak ingat dah blok apa. Rasa macam A or B macam tu la.

Tema hari ni semua pakai biru. Sempena warna kegemaran ibu.

 Makan Minum semua share share sediakan. Terima kasih pada adik beradik yang sediakan minuman dan makanan untuk kami semua.
















 Kesian Muhammad. Masa ni dia takut air lagi. So tu yang duduk termenung aje la kat tepi kolam.

 Oh em Gee. Mak mak sangat ni.



 Ingat lagi, masa jejalan kat sini, kaki Muhammad macam terpijak benda tajam. Dia punya meraung tu, habis satu pantai ni cuak. Kita ingat apa la yang teruk sangat dia pijak tu. Rupanya duri kecik je. Tak darah pun. Buat suspen aje tau Muhammad ni. Dia memang tak boleh kalau luka sikit. Dia punya meraung tu kalah meraung kena pukul :D

 The Next morning. Hari ketiga kami di Port Dickson. 
Ok la breakfast kay Glory Beach resort ni. Banyak jugak pilihan makanan pagi dia.

 Kami makan srambled egg. Minum orange. Kopi O. Sebelum sambung aktiviti seterusnya.



 Adik beradik dan ipar duai.

 Mak dan Ibu

 Sesekali minum pagi sesama.



 Aktiviti memanah pun ada kat Glory Beach Resort Port Dickson ni.

 Sambung jalan tepi pantai sementara yang lain dengan aktiviti pagi masing-masing.




 Konon tadi tak nak mandi kolam. Sekali, hmmmmmmmm. Budak dan air tak dapay dipisahkan. Dengan baju tido terjun kolam.

 Ready nak check out dah.

 Muhammad dan Raessa. Kecik-kecik macam ni bole la. Dah besar mama kerat jari tu :D

 Sebelum gerak balik rumah, kami 6 kereta konvoi pergi lunch dulu.




 Kat PD ni tempat makan yang agak menarik tak banyak. Agak susah juga nak buat pilihan. Jadi pilihan kami sekeluarga lunch ni, makan kat sini. Nasi campur dengan makanan laut bakar. Coconut shake pun ada.

Kakak ipar sal grab ubat gigi Marine Essence dan Sabun serbuk Eziclean yang handal memutihkan baju. Almaklumla, nurse kan. Mak bidan ni.




















No comments:

Post a Comment