Saturday, October 13, 2018

Premium Beautiful Expert Ke Tempat Makan Best Di Janda Baik


Tetiba Premium Beautiful Expert ni teringin nak pekena kopi kat Janda Baik.

Memang siapa yang pernah singgah kedai makan yang di beri nama Kopi Ladang ni, confirm teringin nak repeat lagi.

Ni kali ketiga kami ulang ke sini dalam tempoh 6 bulan ni. First time jejak kaki kat Kopi Ladang ni pada April 2018. Masa tu ada Seminar Diamond kat Cheringin Hills.

Kali kedua datang, awal bulan 8. Duduk kat Cheringin Hill jugak. Memang style kami, kalau dah suka sesuatu tu, kami akan stick lama. Setia sampai bila.

Ni kali ketiga sampai Janda Baik. Padahal siang tadi sebelum semayang jumaat, dah siap tolong mertua tumbuk bahan buat masak lemak ikan dengan siap tumbuh sambal belacan lagi. Memang keje hari ni menumbuk aje la. Tu yang sal rasa masak ni satu terapi. Sebab kita boleh lepaskan tekanan dengan menumbuk. Nak tumbuk orang dosa. Jadi kita tumbuk cabai, belacan, kunyit, serai tak apa.

Lepas solat jumaat, makan tengahari kat rumah mak mertua. Lepas tu kul 3.30 petang ke pos laju pulak. Lepas pos laju, rasa awal lagi nak balik rumah ni. Lagipun jumaat hari ni. Kul 4 dah banyak kete atas jalan. Jadi, sal pun cakap la kat suami mithali sal tu, yang kami nak minum kopi kat Janda Baik. Baik punya kopi selepa Min Kaffe kopi kami tu.

Suami pun on aje la. Ikutkan dia tak nak pergi sebab malam ni dia ada appointment kat Kuang. Tapi bila tau appointment cancel, tu yang terus on aje la ke Janda Baik. Lagipun kami kat tengah dah. Dah tak jauh nak naik ke Janda Baik tu. Kalau dari rumah tu ye la jugak, mau dekat sejam setengah nak sampai. Ni dalam 40 minit sampai dah.

Kami sampai dalam pukul 4.30

Terus singgah masjid bawah Cheringin Hill tu dulu untuk solat asar. Malas nak tangguh-tangguh. Sebab waktu solat kena jaga. Solat tak betul, habis amalan lain pun lintang pukang. Ni cara sal sembang dengan diri sendiri la. Kadang tu terlajak jugak ke hujung waktu. Tapi memang hati tak menentu bila solat lewat lewatkan ni.

Dah habis solat, baru naik ke Cheringin Hill Resort pulak. Cheringin ni memang best. Relax. View cantik. Bersih. Layanan baik. Parking pun senang. Range harga memang tak pernah dapat bawah 250

Dah stay kat sini, memang kami dok ulang makan kat Kopi Ladang Restoren aje la.

Kopi buatan sendiri makcik ni memang sedap. Sal suka kopi panas. Anak-anak suka yang sejuk. Tengah muda kan. Sal sebelum dapat semput dulu pun, memang gila makan ais.

Kopi yang di jadikan air sedap rasa tu, di tanam belakang kedai je. Semua a to z makcik tu usahakan anak beranak. Dah 20 tahun katanya. Dari kecil-kecilan sampai dah jadi komersial. Hasil bantuan dari MARA juga. Terbaik la makcik dan pakcik. Sikit sikit lama lama dah makin membukit. Siap dah ada brand sendiri dah. Tu yang jadinya "Kopi Ladang"

Sal tak tau la harga kopi dia berapa. Sebab tau datang order je. Suami bayar. Rasanya dalam RM5-6 juga secawan.

Nasi ayam dan sup sup dia pun sedap. Sup ayam, sup kambing. Memang maveles. Tu yang kami dok teringat je nak naik makan kat sini.

Uol yang teringin nak cuba, boleh waze je KOPI LADANG RESTOREN in shaa Allah jumpa dan sampai tepat ke lokasi.

Waktu urus niaga kopi ladang ni, setiap Jumaat Sabtu Ahad je. Hari lain tutup. Buka dari pagi sampai pukul 8 malam macam tu.

So boleh la try bawa family ke sini.

Ni ringkasan video perjalanan kami ke Janda Baik petang jumaat lepas. Semuanya unplan. Tapi sal memang sentiasa standby luggage kat bonet. Sebab keja kami memang banyak travel. Kami pulak travel ikut mode. Rasa tak nak balik, memang terus check in je mana-mana hotel. Tu antara cara untuk kami setiasa bertenaga untuk buat bisnez.



Yess.
Just make the best u have

Siang tadi tumbuk sambal belacan. Petang tetiba ada kat Janda Baik.

Yang magiknya, dalam dok fikir mana nak cari baju ganti lepas kena percikan cili dan belacan, tetiba pin pin. Bunyi abang posmen depan pintu rumah mak mertua. Suami dah gi solat jumaat. So sal la yang keluar. Amik bungkusan pos laju tu. Dan tau tak apa ada dalam bungkusan tu. Baju baru! Ya Allah. Dalam saat saat sal perlukan baju, terus dapat baju yang pertama kali dalam seumur hidup sal order online. Tu yang
terus melompat macam nak petik bintang.



Ni kawasan parking Cheringin Hill. Hotel ni memang sentiasa ramai orang. Kebanyakkan nye akan jadikan hotel ni sebagai tempat seminar dan team building.




















Jika anda ada impian untuk jadi surirumah berkerjaya, yang punyai bebas masa dan bebas tekanan kewangan, jom sal guide cara untuk mulakan perniagaan dengan modal yang tak membebankan, dan gerak kerja marketing yang sesuai dengan anda yang masih berkerja. Plan yang kami buat ni, sesuai untuk yang ada impian nak pencen muda.

Klik terus link ni:
Saya Nak Bisnez
wasap.my/601116311641

No comments:

Post a Comment