Thursday, October 4, 2018

Premium Beautiful Expert dan Loket Emas 916

Alhamdulillah
Syukur pada Allah. Setahun perjalanan untuk new chapter sal dan team, Allah permudahkan.

Setahun lepas, bulan august dan september adalah detik bermulanya sejarah baru pembinaan sal bersama team. I'm not leaving. Tak ada siapa yang disingkirkan. Tak ada siapa yang ditinggalkan. Semuanya aturan DIA. Subhanallah cantik sangat susunan Allah aturkan untuk kami sebenarnya.

Rasa sedih,
Menangis dalam hati,
Dan ada masa sesekali meluahkan pada suami disisi, mengalir juga air mata. Air mata untuk kuat bangun teruskan lagi membina. Dari situ sal banyak belajar. Don't trust anybody. Don't spend to much time for someone yang akhirnya akan hancur luluhkan hati.

Betul la usatazah Fatma selalu pesan, don't love something or someone more than Allah. Semuanya perlu bersederhana.

Pengalaman mengajar sal untuk buat baik mesti berpada. Buat jahat jangan sekali. Takpe la orang jahat ke kita pesan ustazah. Kita sabar je. Sebab orang tenang pasti menang. Dan end up, satu persatu kebenaran Allah tunjukkan. Satu persatu jalan Allah mudahkan. Allahu. Malunya dengan Allah. Banyak pertolongan yang DIA beri sampai ke hari ni.

Sebab tu sal makin cinta buat business. Business banyak ajar tentang realiti kehidupan. Bisnez banyak ajar cara keluar dari kebuntuan. Bisnez banyak bimbing untuk sentiasa dekat dengan tuhan.

Semuanya dari DIA
Bangun kita
Jatuh kita
Kejayaan kita
Kegagalan kita
Ketenangan kita
Kebahagiaan kita
Semua DIA yang beri


Jadi, jom la sal share kan tentang reward Loket Emas 916 untuk team kami.

Tahniah buat mereka.
Alhamdulillah rezeki sal dapat team yang sangat baik dalam menerima teguran membina. Yang mana, hasilnya mereka yang capai. 

Sal ada buat booster reward. Untuk yang achieve target selama 5 bulan yang di beri. Alhamdulillah. Ada 10 orang yang berjaya menggengam reward loket emas 916 ni. Rezeki mereka hasil kecekalan mereka berusaha.

Tujuan buat reward ni pun, sebagai menghargai semangat mereka. Sebab nak berjaya, semangat kena letak depan. Kena kuat semangat baru mudah nak terima dan buat.

Reward ni kira dari poket sal sendiri la. Puas hati sebenarnya walau kena keluar bajet sendiri pun. Yang penting, seronok bila mereka happy dan nak buat lagi. Just fikir macam ni je, kita beri je. Sebab in shaa Allah part kita akan ada nanti. Sebab bila banyak memberi, pasti kita akan terima kembali. Tak terima cash pun, maybe Allah beri sihat. Beri anak anak soleh solehah. Beri keluarga aman damai. Beri kemudahan untuk setiap cabaran. Peranan kita, beri. Sebab dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Beri je walau kita belum kaya raya lagi. Sebab resepi nak kaya, kena memberi dulu walaupun kita tengah tak ada. Kita sendiri pun tengah tak cukup. Just beri.


Ni la dia 10 orang penerima Excellent award team kami. 

Diorg ni kaki bakar tau. Ada je aktiviti berapi yang diorg kongsikan setiap hari.

Cer korang tengok. Kot ada yang uol kenal ke kan. Kalau kenal, boleh la piyem tepi minta resepi. Resipi untuk berjaya buat side income. Ni geng dua kali gaji ni. Masing-masing ada kerja hakiki. Tapi dalam masa yang sama, masih sempat jana income tambahan.

Ibu-ibu hebat juga semua ni. 
Sebab masing-masing 9/10 dah ada anak. Sorang je yang masih single. Nak berkenalan sila datang interview dulu ye.

Our baby blue team

Yang hujung kiri ni Ieka Kimieka. Orang Sabah. Orang sabah sentiasa boleh bha. Hebat. Tak pernah kata tak boleh untuk capai every check point yang di beri. Mother of three yang gaya macam anak dara gitu. Semua gara-gara Premium Beautiful, Maharani dan produk SHOM yang diamalkan dengan izin Allah.






This is Elsa. Eh bukan.
This is Suzy Hendricca. Orang Sabah. Menetap di Ampang. Suzy ni antara yang sal sendiri pun tertanya-tanya, bateri apa dia guna. Sebab semua kerja dia buat. Dia ada bisnez dengal. Ada dua anak. Tak ada bibik. Ada team bisnez. Tapi dia boleh manage masa untuk setiap bulan achieve target sales. Memang hebat sangat.


One of my sentimental value. My precious diamond Hasikin Ali. Tak nak cerita banyak. Nak cakap, kin ni hebat je. Nak tau macam mana hebatnya kin, follow la facebook Hasikin Ali. Confirm geram tengok dia hari-hari ada daily cash sales.


Ni Jamilah Ismail nama di beri. 
Datang dari hujung Perlis. Mashaa Allah. Duduk jauh dari team pun boleh buat 5 angka sales kan. Hebat sangat mother of three ni.


Huwaaa. Kagum semangat Cikgu Mimi. Harmimi Ibrahim ni tengah sarat ngandung anak ke-4

Tapi gigih jugak dia bersiap untuk bina profilenya tersendiri. Masa sal dulu, sarat macam ni dah terbaring dah kat sofa. Tapi Cikgu Mimi ni kuat, dia heret juga badan dan perut sekali untuk mendaki stage 20,000 sales beliau hari ni.


Ya Allah ni mak anak lima. Tapi dia kata nak lagi. Huhu. Hebatnya awak miss lien. Anak 5 tu la yang buatkan Mazlin Shohimi ni gigih buat bisnez. Bagi la tugasan apa pun, semua dia buat sehabis baik. Buat business ni bukan sebab gila duit, tapi buat bisnez ni banyak pembelajaran dia yang kita boleh dapat. Cabaran bisnez, mampu untuk ubah sikap kita ke arah yang lebih positid lagi. Business banyak didik kesabaran kita. 



Ni my twin orang kata. Zaza nama dia. Still single. Kecik molek. Cantik je orang dia. Lembut. Gelak pun tutup mulut. Beza ngan sal. Gelak sebesar alam kalau boleh. Kalau kak limah dengar pun, lemah semangat juang dia. 


Ni kak Neng. Umur 57 tahun. Kami pinjam semangat kak Neng. Dari Singapore. 


Ni Yanie. 
Orang Terengganu. Tapi menetap dan berkerja di Ipoh Perak. Mother of Three yang tak tau la dia pakai energy apa untuk kekal cergas dan positif.


Ni Munirah. Dari Kelantan. Muda remaja je nampakkan. Tapi dah ada anak tau. Aish nama dia. Aish antara kekuatan Muni. Sebab tu Muni ni macam mana sekalipun, dia pasti tak kan berenti. Orang Kelantan yang nak berniaga, cari la Muni. Mesti awk happy dapat bantuan ilmu dan tunjuk ajar dari Muni.


Ni tengah buat apa ni.

Kita curi curi amik gambar diorg. Macam orang tengah bercinta. Kemain berpelukan di khalayak ramai 😂

Short video from the bottom of my heart.
We are No 1 Certified Premium Beautiful Expert.


Alhamdulillah after a year ❤️

No comments:

Post a Comment