Monday, October 15, 2018

Pengalaman Berkelah Di Lubuk Timah WaterFall And Hot Spring, Simpang Pulai Perak

Salah satu cara untuk maintainkan perasaan, adalah dengan mendekatkan diri dengan alam. Alam dah semestinya ciptaan tuhan. Sal suka belajar dengan alam. Banyak hikmah disebalik ciptaan tuhan ni. Sungai. Batu. Pokok-pokok. Serangga. Dan orang sekeliling. Alam berbicara tanpa suara. Tapi kita boleh menjiwai, apa yang ia cuba sampaikan. Banyak kita boleh belajar dari Alam.

Contoh, macam sungai. Sungai tetap mengalirkan. Walau apa halangan tiba. Ada batu besar ke, batu kecik kecik ke. Ia tetap mengalir sampai ke laut nanti. Jadi sama la juga macam masa kita. Masa juga kan berlalu, tak menunggu kita. Gunakan lah sepenuhnya, jangan leka.

Semalam perkelahan kami terbantut. 
Sebab kunci kereta stuck dalam kereta kan.
Boleh Klik Link Ni Untuk Tahu Cerita Di Kledang Saiong

Jadi, hari ni kami repeat. 
Tapi bukan ke Kledang Saiong dah.
Kali ni ke tempat yang lebih menarik dan sesuai untuk yang bawa banyak barang dan bawa tentera perang sekali. Sebab boleh parking dekat dengan tempat yang kita nak lepaks. Dan tapak bersimen pun ada disediakan. Cuma perlu bayarla.

Untuk tempat berbumbung yang ada meja dan kerusi, RM10 je kalau tak silap.
Untuk gazebo, tempat dia agak besar. Tapi kita perlu bersila la.
Yang Gazebo ni dalam RM30 hari biasa. Dan RM50 untuk peak season.

Disebabkan tempat semua dah full, maka kami amik tempat yang tak perlu bayar. Bentang tikar. Buka meja plastik. Pasang khemah. Siap. Lagi senang. Siap boleh pilih tempat mana yang kami suka. Dan semestinya kami amik tempat yang dekat dengan gigi sungai. Senang nak tenung anak-anak yang seronok main pasir sungai. Semua kelengkapan ni, Tuan Hafieez dan Yanie yang sediakan. Dasyat diorang ni. Lengkap semua. Memang jenis yang dah prepare semua kemudahab berkelah.

Apa yang menarik kat Lubuk Timah Waterfall And Hot Spring ni?

Ada 8 perkara menarik kat Lubuk Timah ni.

1. Sungai bersih. Siap boleh jala ikan lagi. Untuk yang suka menjala, boleh la bawa jala dan baldi.

2. Ada kemudahan surau yang selesa. Telekung juga disediakan. Cuma tempat wudhu aje la macam open sangat untuk perempuan. Jadi anda perlu cecover sikit jika nak ambil wudhu.

3. Kemudahan tempat makan. Cuma Kafe dia buka waktu petang je. Jadi jika anda sampai ke Lubuk Timah ni lepas subuh ke zuhor, sila la bawa bekal siap-siap. Atau bawa peralatan masak sendiri.

4. Ada Kiosk. Dalam kiosk ni ada jual T-shirt Lubuk Timah. Ada jual air, ais krim, roti. Yang ringan-ringan aje la. Macam beras ke, telor ke, sayur ke, memang tak ada disediakan. Huhu.

5. Ada Chalet. Mana la tau nak menginap terus kat situ. So boleh la terus check in je. Cantik chalet dia.

6. Parking tak jauh dengan tempat mandi. Cuma nak masuk tu kena bayar. Bayaran masuk antara RM3 ke RM5 satu kepala. Kena la bayar kan. Sebab duit tu la nanti Lubuk Timah ni nak buat kerja selenggara sungai dan hot spring dia.

7. Toilet yang bersih

8. Ada tempat naik little poney eh nama dia. Budak-budak suka la ni.






Sebelum sampai ke Larut Timah ni, kami ke Taman Botani Ipoh Perak. Nak tapau Laksa Sarang Setinggan dulu. Lama ngidam dah. Alhamdulillah dapat jugak rezeki nak makan lagi Laksa Sarang paling sedap buat masa ni.

Untung la orang Ipoh. Boleh makan laksa sarang bila-bila masa pun. Rasa nak makan, pergi je cari kat Taman Botani, Perak. Kuah dia pekat. Cuma lagi best kalau pergi beli dah petang-petang sikit. Sebab dapat kuah yang lagi pekat.

Terima kasih Tuan Hafieez dan Puan Yanie. Melayan kami sepanjang di Utara.



Dah kenyang makan Laksa Sarang, Pastikan minum Min Kaffe. Min Kaffe ni pun dah mula femes kat area Perak ni. Jadi jika ada orang Perak nak try Min Kaffe kopi robusta bergaram buluh ni, boleh dapatkan dari www.noharyani.com





Sedap betul layan Min Kaffe kat tepi sungai Lubuk Timah ni. Dan lagi best bila kami berdua tetap sarung Premium Beautiful korset walau tengah cuaca panas. 

Best tau Premium Beautiful ni. Selesa je pakai tak kira cuaca. Sebab Premium Beautiful ada fungsi neutralkan suhu badan.



Bersih je kan sungai dia. Uol boleh la letak khemah ke, tikar ke kat tepi-tepi tu.


Ok la sungai ni. Larut Timah ni bersih dah dijaga. Kalau boleh, kita pun mainkan peranan jugak. Please jangan la buang sampah merata. Kadang tu rasa pelik dengan attitude sesetengah Malaysian ni. Tong sampah depan mata dah. Tapi sikap Malas nak buang sampai kat dalam tong sampah tu tetap ada. Lagi geram bila ada yang tergamak buang plastik makanan dan minuman dalam sungai. Yang lagi pelik, yang biasa buat tu adalah mak bapak sendiri. Cam mana ni? Kita adalah cermin tau. Berpeluh tengok sampah dicampak macam tu aje.



Budak-budak mesti la seronok dapat main air sepuas-puas nya. Semalam kaki pun tak dapat celup. Haha. Kesian sangat. So hari ni biarkan diorang berendam sampai kecut.



Both mama duduk tepi je. Jadi CCTV.











Ada chalet juga jika anda nak menginap kat Larut Timah Waterfall ni. Dan kat sini ada kolam air panas.

















Ready for dinner Sambil tu sembang Premium Beautiful, Shake Me, Min Kaffe dan business dengan owner kedai. Owner ni ada slip disc. Alhamdulillah sejak pakai Premium Beautiful, slip disc kak ni dah lega. Tak de lagi rasa menyucuk untuk bergerak. Ni kedai makan dia. Teskono nama dia. Ada laksa johor, asam pedas dan masakan goreng-goreng sekali. Yang baju purple tu yang Pakai Premium Beautiful untuk kurangkan sakit Slip Disc. Tapi dalam masa yang sama, bentuk badan pun cantik terbentuk walau bersize L. Dan siap nak belanja anak dara dia pakai sekali. Sebab selesa untuk badan dan kemaskan bentuk badan. Orang perak, jom la sarung Premium Beautiful. Kami bagi special price untuk orang Perak yang teringin nak dapatkan bentuk badan cantik dengan hanya sarung corset je. Corset kami pulak bukan corset biasa. Korset Premium Beautiful ni corset yang ber Far Infra Red FIR. Fir banyak benefits dia untuk badan. Antaranya, cekap melancarkan peredaran darah. Jom wasap sekarang untuk harga murah Premium Beautiful. Dan jika berminat nak jana at least 1000 ke 5000 sebulan, pun boleh di beri tunjuk ajar. 011-1631 1641
Salleha

No comments:

Post a Comment