Tuesday, October 30, 2018

Usahawan Sejati

Nak berjaya ni, kena banyak buat benda gila. Benda yang ko tak suka nak buat pun sebenarnya. Benda yang kadang tu rasa muak nak buat.

Tapi, nak berjaya kan?
Maka, kena la buat apa yang perlu.

Contoh,
cari ilmu.

Beza dengan orang yang berjaya dan masih belum berjaya ni ada dua.
Satu, ilmu
Yang kedua, adab.

Banyak ilmu tapi adab tak ada pun, memang kita agak lambat nak berjaya. Berjaya ni maksudnya, bukan la dapat kumpul duit juta ringgit dalam masa setahun ke, dapat pakai kete mahal ke, dapat beli rumah besar ke. Term kejayaan kat sini, yang sal maksudnya, bila kita boleh achieve what's next kita. Bila kita boleh upgrade satu persatu pencapaian yang kita sendiri nak. Contoh, nak dapat sales 2000 sebulan ke, nak 10k sebulan ke, nak naik pangkat ke next level ke. Macam tu la.

Nak capai what's next kita tu, semua kena ada ilmu. Ilmu dari teori, dan ilmu dari tindakan kita sendiri. Tak boleh buat satu je. kena ada dua-dua.

Dalam term business yang sal tengah buah ni, memang agak sukar orang nak menjadi bila mereka tak konsisten kejar ilmu teori dan praktikal.

Ada yang pilih topic.
Ada yang pilih hari.
Ada yang pilih destinasi.
Ada yang tak sanggup nak korban masa cuti.
Ada yang tak sanggup nak spend masa pagi.
Ada yang lebih rela ke kenduri.
Macam-macam.

Semua tu pilihan.

Sedangkan kita tau,
Nak berjaya perlu ilmu.
Nak berjaya perlu cari guru.
Nak berjaya hati kena kalis peluru.

Kadang tu kita rasa, "ok apa aku dah dah datang sebulan sekali."

Kadang pulak, kita rasa, "alaaa ilmu tu dah selalu dah aku dengar."

Kadang lagi fantastic, bila kita rasa, "ala dia la yang kena datang cari aku ajar aku." Spesis macam ni, elok buat business sendiri. Dari situ dia akan belajar menghargai nikmat yang sebelum ni dia pernah dapat. Bila buat bisnez sendiri, baru dia akan tersedar yang tak ada satu jenis benda senang pun nak berjaya dalam apa jenis business sekalipun. Dah tu kenapa nak business. Kerja je la. Huhu. Tak payah pening-pening buat busines. Cukup bulan dapat gaji.

Ye. Memang betul. Tapi betul-betul cukup ke?
Tu je persoalannya.

Banyak dah sal peratikan,
majoriti yang mulanya cakap cukup, after 3 to 4 years, hidup mereka mula berubah. Dah tak secukup macam zaman mereka mula rasa "cukup" dulu.

Jangan sombong dengan apa yang kita ada sekarang dik. Jangan terperdaya dengan kemanisan hidup sekarang. Sebab hidup memang macam roda. Roda bulat yang jap kat atas, jap kat bawah. Masa kita kata cukup dulu tu, mungkin masa tu kita tengah solo. Cinta manis leting. Kentut dia pun bau wangi lagi masa tu. Tapi kehidupan lepas 3 ke 4 tahun kita, kita tak boleh jangka. Dan percayalah, jarang-jarang ada yang bertambah baik bilamana kita masih selesa buat apa yang kita suka buat sekarang. Contoh, suka tengok wayang, suka layan kawan huhahuha cuti sana cuti sini, tengok drama melayu korea hindustan, jalan soping sana soping sini, makan sana makan sini, check in sana check in sini. 

Boleh nak buat semua tu, tapi bila kita dah mula korbankan sikit masa kita untuk ada backup income. If not, bersedia la untuk meminjam.

Jika tak konsisten buat dari sekarang, bersedia lah untuk tidur malam dengan mata tak lena pejam.

If banyak bagi alasan sekarang, bersedialah untuk bertabah dengan dugaan kewangan kita di masa akan datang.

Kewangan mula terganggu bila kita mula di duga dengan masalah kesihatan, anak-anak makin membesar, harga barang makin meningkat, kenaikkan gaji tak sebesar kita punya kudrat, kereta mula minta nyawa dan macam-macam lagi.

Orang yang berniaga ni, bukan la semuanya sebab tak ada duit. Tapi ada antara mereka yang berniaga kerana ingin bersedia untuk segala kemungkinan yang kita tak boleh nak jangka.

Tu je bebel sal untuk hari ni.
Lama tak menulis.
Jari rasa kematu.
Idea pun macam buntu.
Sal doakan kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersedia untuk terima apa jua jenis dugaan dalam kehidupan. Tenang tenang hadapi cabaran. Sebab nikmat ganjaran tu, tak ternilai dengan wang. Never give up in your life. Tak dapat kat sini, kat sana saving juta ringgit kita in shaa Allah setia menanti.

Love,
Salleha Roslan

Monday, October 22, 2018

Premium Beautiful Promo Oktober 2018


Mindset sal dulu, bila sebut korset je, mesti fikir untuk sorok lemak je. Nak sorok bonggol-bonggol yang ada kat badan. Paling nak sorok, perut bertingkat. Lepas tu punggung kembang, peha berlaga sampai melecet. Eeeeee, murung tau bila pakai jubah pun, tetap ada bahagian yang sendat.

Macam-macam korset beli. Beli yang belas ringgit je. Sanggup seksa diri sepanjang kenduri kendara. Pening, sesak nafas, melecet badan gara-gara nak cantik.

Bila kawan offer pakai corset Premium Beautiful, sebelah mata pun sal tak pandang. Eksyen. Sebab rasa ntah apa-apa ntah, harga korset cecah sampai macam tu sekali. Rupanya, ni corset Mercedez. Lain feel dia. Lain safety dia. Lain kelajuan dia. Laju sangat tau Premium Beautiful ni shape kan badan. Dalam masa 24 jam je dah hilang lemak kat tepi pinggang. Paling best, bila lenyap sakit pinggang. 

Sebenarnya, tukar baju dalam aje pun, boleh buatkan kita nampak lebih muda. Sebab bentuk badan pun mempengaruhi usia. 😉






Repeat order from Dubai. Alhamdulillah. Bukan sekali dua Premium Beautiful tembus United Arab Emirates. 






Ni betul-betul satisfied client ni. Sampai macam tu sekali dia jerit panggil kita kan. Heheh. Siapa tak teruja, bila badan yang kembang mula tunjukkan perubahan ketara. Bukan mudah nak slim kan badan lepas bersalin czer. Dengan tukar baju dalam biasa anda kepada baju dalam Premium Beautiful, tak ada yang mustahil. Jika dulu pinggang dan perut membulat, bila sarung Premium Beautiful, bahagian pinggang jadi ramping, bahagian perut jadi kempis. Premium Beautiful ni juga merupakan kaedah berkesan untuk hilangkan masalah peha berlaga. Paling tak best bila berlaga sampai hitam melecet.



Latest testimoni from our client. And now she is our top agent. Baru sangat lagi gambar ni. Tak sampai 2 bulan bersalin shape dah cantik, Gar-gara berpantang dengan Premium Beautiful je.













Dapat Premium Beautiful dengan harga murah sekarang. Set original. Service after sales.
Ada Free gift
Ada Diskaun tambahan
Ada Free Delivery
Free postage.

www.salleharoslan.com
Wasap.my/601116311641


Monday, October 15, 2018

Pengalaman Berkelah Di Lubuk Timah WaterFall And Hot Spring, Simpang Pulai Perak

Salah satu cara untuk maintainkan perasaan, adalah dengan mendekatkan diri dengan alam. Alam dah semestinya ciptaan tuhan. Sal suka belajar dengan alam. Banyak hikmah disebalik ciptaan tuhan ni. Sungai. Batu. Pokok-pokok. Serangga. Dan orang sekeliling. Alam berbicara tanpa suara. Tapi kita boleh menjiwai, apa yang ia cuba sampaikan. Banyak kita boleh belajar dari Alam.

Contoh, macam sungai. Sungai tetap mengalirkan. Walau apa halangan tiba. Ada batu besar ke, batu kecik kecik ke. Ia tetap mengalir sampai ke laut nanti. Jadi sama la juga macam masa kita. Masa juga kan berlalu, tak menunggu kita. Gunakan lah sepenuhnya, jangan leka.

Semalam perkelahan kami terbantut. 
Sebab kunci kereta stuck dalam kereta kan.
Boleh Klik Link Ni Untuk Tahu Cerita Di Kledang Saiong

Jadi, hari ni kami repeat. 
Tapi bukan ke Kledang Saiong dah.
Kali ni ke tempat yang lebih menarik dan sesuai untuk yang bawa banyak barang dan bawa tentera perang sekali. Sebab boleh parking dekat dengan tempat yang kita nak lepaks. Dan tapak bersimen pun ada disediakan. Cuma perlu bayarla.

Untuk tempat berbumbung yang ada meja dan kerusi, RM10 je kalau tak silap.
Untuk gazebo, tempat dia agak besar. Tapi kita perlu bersila la.
Yang Gazebo ni dalam RM30 hari biasa. Dan RM50 untuk peak season.

Disebabkan tempat semua dah full, maka kami amik tempat yang tak perlu bayar. Bentang tikar. Buka meja plastik. Pasang khemah. Siap. Lagi senang. Siap boleh pilih tempat mana yang kami suka. Dan semestinya kami amik tempat yang dekat dengan gigi sungai. Senang nak tenung anak-anak yang seronok main pasir sungai. Semua kelengkapan ni, Tuan Hafieez dan Yanie yang sediakan. Dasyat diorang ni. Lengkap semua. Memang jenis yang dah prepare semua kemudahab berkelah.

Apa yang menarik kat Lubuk Timah Waterfall And Hot Spring ni?

Ada 8 perkara menarik kat Lubuk Timah ni.

1. Sungai bersih. Siap boleh jala ikan lagi. Untuk yang suka menjala, boleh la bawa jala dan baldi.

2. Ada kemudahan surau yang selesa. Telekung juga disediakan. Cuma tempat wudhu aje la macam open sangat untuk perempuan. Jadi anda perlu cecover sikit jika nak ambil wudhu.

3. Kemudahan tempat makan. Cuma Kafe dia buka waktu petang je. Jadi jika anda sampai ke Lubuk Timah ni lepas subuh ke zuhor, sila la bawa bekal siap-siap. Atau bawa peralatan masak sendiri.

4. Ada Kiosk. Dalam kiosk ni ada jual T-shirt Lubuk Timah. Ada jual air, ais krim, roti. Yang ringan-ringan aje la. Macam beras ke, telor ke, sayur ke, memang tak ada disediakan. Huhu.

5. Ada Chalet. Mana la tau nak menginap terus kat situ. So boleh la terus check in je. Cantik chalet dia.

6. Parking tak jauh dengan tempat mandi. Cuma nak masuk tu kena bayar. Bayaran masuk antara RM3 ke RM5 satu kepala. Kena la bayar kan. Sebab duit tu la nanti Lubuk Timah ni nak buat kerja selenggara sungai dan hot spring dia.

7. Toilet yang bersih

8. Ada tempat naik little poney eh nama dia. Budak-budak suka la ni.






Sebelum sampai ke Larut Timah ni, kami ke Taman Botani Ipoh Perak. Nak tapau Laksa Sarang Setinggan dulu. Lama ngidam dah. Alhamdulillah dapat jugak rezeki nak makan lagi Laksa Sarang paling sedap buat masa ni.

Untung la orang Ipoh. Boleh makan laksa sarang bila-bila masa pun. Rasa nak makan, pergi je cari kat Taman Botani, Perak. Kuah dia pekat. Cuma lagi best kalau pergi beli dah petang-petang sikit. Sebab dapat kuah yang lagi pekat.

Terima kasih Tuan Hafieez dan Puan Yanie. Melayan kami sepanjang di Utara.



Dah kenyang makan Laksa Sarang, Pastikan minum Min Kaffe. Min Kaffe ni pun dah mula femes kat area Perak ni. Jadi jika ada orang Perak nak try Min Kaffe kopi robusta bergaram buluh ni, boleh dapatkan dari www.noharyani.com





Sedap betul layan Min Kaffe kat tepi sungai Lubuk Timah ni. Dan lagi best bila kami berdua tetap sarung Premium Beautiful korset walau tengah cuaca panas. 

Best tau Premium Beautiful ni. Selesa je pakai tak kira cuaca. Sebab Premium Beautiful ada fungsi neutralkan suhu badan.



Bersih je kan sungai dia. Uol boleh la letak khemah ke, tikar ke kat tepi-tepi tu.


Ok la sungai ni. Larut Timah ni bersih dah dijaga. Kalau boleh, kita pun mainkan peranan jugak. Please jangan la buang sampah merata. Kadang tu rasa pelik dengan attitude sesetengah Malaysian ni. Tong sampah depan mata dah. Tapi sikap Malas nak buang sampai kat dalam tong sampah tu tetap ada. Lagi geram bila ada yang tergamak buang plastik makanan dan minuman dalam sungai. Yang lagi pelik, yang biasa buat tu adalah mak bapak sendiri. Cam mana ni? Kita adalah cermin tau. Berpeluh tengok sampah dicampak macam tu aje.



Budak-budak mesti la seronok dapat main air sepuas-puas nya. Semalam kaki pun tak dapat celup. Haha. Kesian sangat. So hari ni biarkan diorang berendam sampai kecut.



Both mama duduk tepi je. Jadi CCTV.











Ada chalet juga jika anda nak menginap kat Larut Timah Waterfall ni. Dan kat sini ada kolam air panas.

















Ready for dinner Sambil tu sembang Premium Beautiful, Shake Me, Min Kaffe dan business dengan owner kedai. Owner ni ada slip disc. Alhamdulillah sejak pakai Premium Beautiful, slip disc kak ni dah lega. Tak de lagi rasa menyucuk untuk bergerak. Ni kedai makan dia. Teskono nama dia. Ada laksa johor, asam pedas dan masakan goreng-goreng sekali. Yang baju purple tu yang Pakai Premium Beautiful untuk kurangkan sakit Slip Disc. Tapi dalam masa yang sama, bentuk badan pun cantik terbentuk walau bersize L. Dan siap nak belanja anak dara dia pakai sekali. Sebab selesa untuk badan dan kemaskan bentuk badan. Orang perak, jom la sarung Premium Beautiful. Kami bagi special price untuk orang Perak yang teringin nak dapatkan bentuk badan cantik dengan hanya sarung corset je. Corset kami pulak bukan corset biasa. Korset Premium Beautiful ni corset yang ber Far Infra Red FIR. Fir banyak benefits dia untuk badan. Antaranya, cekap melancarkan peredaran darah. Jom wasap sekarang untuk harga murah Premium Beautiful. Dan jika berminat nak jana at least 1000 ke 5000 sebulan, pun boleh di beri tunjuk ajar. 011-1631 1641
Salleha

Saturday, October 13, 2018

Premium Beautiful Expert Ke Tempat Makan Best Di Janda Baik


Tetiba Premium Beautiful Expert ni teringin nak pekena kopi kat Janda Baik.

Memang siapa yang pernah singgah kedai makan yang di beri nama Kopi Ladang ni, confirm teringin nak repeat lagi.

Ni kali ketiga kami ulang ke sini dalam tempoh 6 bulan ni. First time jejak kaki kat Kopi Ladang ni pada April 2018. Masa tu ada Seminar Diamond kat Cheringin Hills.

Kali kedua datang, awal bulan 8. Duduk kat Cheringin Hill jugak. Memang style kami, kalau dah suka sesuatu tu, kami akan stick lama. Setia sampai bila.

Ni kali ketiga sampai Janda Baik. Padahal siang tadi sebelum semayang jumaat, dah siap tolong mertua tumbuk bahan buat masak lemak ikan dengan siap tumbuh sambal belacan lagi. Memang keje hari ni menumbuk aje la. Tu yang sal rasa masak ni satu terapi. Sebab kita boleh lepaskan tekanan dengan menumbuk. Nak tumbuk orang dosa. Jadi kita tumbuk cabai, belacan, kunyit, serai tak apa.

Lepas solat jumaat, makan tengahari kat rumah mak mertua. Lepas tu kul 3.30 petang ke pos laju pulak. Lepas pos laju, rasa awal lagi nak balik rumah ni. Lagipun jumaat hari ni. Kul 4 dah banyak kete atas jalan. Jadi, sal pun cakap la kat suami mithali sal tu, yang kami nak minum kopi kat Janda Baik. Baik punya kopi selepa Min Kaffe kopi kami tu.

Suami pun on aje la. Ikutkan dia tak nak pergi sebab malam ni dia ada appointment kat Kuang. Tapi bila tau appointment cancel, tu yang terus on aje la ke Janda Baik. Lagipun kami kat tengah dah. Dah tak jauh nak naik ke Janda Baik tu. Kalau dari rumah tu ye la jugak, mau dekat sejam setengah nak sampai. Ni dalam 40 minit sampai dah.

Kami sampai dalam pukul 4.30

Terus singgah masjid bawah Cheringin Hill tu dulu untuk solat asar. Malas nak tangguh-tangguh. Sebab waktu solat kena jaga. Solat tak betul, habis amalan lain pun lintang pukang. Ni cara sal sembang dengan diri sendiri la. Kadang tu terlajak jugak ke hujung waktu. Tapi memang hati tak menentu bila solat lewat lewatkan ni.

Dah habis solat, baru naik ke Cheringin Hill Resort pulak. Cheringin ni memang best. Relax. View cantik. Bersih. Layanan baik. Parking pun senang. Range harga memang tak pernah dapat bawah 250

Dah stay kat sini, memang kami dok ulang makan kat Kopi Ladang Restoren aje la.

Kopi buatan sendiri makcik ni memang sedap. Sal suka kopi panas. Anak-anak suka yang sejuk. Tengah muda kan. Sal sebelum dapat semput dulu pun, memang gila makan ais.

Kopi yang di jadikan air sedap rasa tu, di tanam belakang kedai je. Semua a to z makcik tu usahakan anak beranak. Dah 20 tahun katanya. Dari kecil-kecilan sampai dah jadi komersial. Hasil bantuan dari MARA juga. Terbaik la makcik dan pakcik. Sikit sikit lama lama dah makin membukit. Siap dah ada brand sendiri dah. Tu yang jadinya "Kopi Ladang"

Sal tak tau la harga kopi dia berapa. Sebab tau datang order je. Suami bayar. Rasanya dalam RM5-6 juga secawan.

Nasi ayam dan sup sup dia pun sedap. Sup ayam, sup kambing. Memang maveles. Tu yang kami dok teringat je nak naik makan kat sini.

Uol yang teringin nak cuba, boleh waze je KOPI LADANG RESTOREN in shaa Allah jumpa dan sampai tepat ke lokasi.

Waktu urus niaga kopi ladang ni, setiap Jumaat Sabtu Ahad je. Hari lain tutup. Buka dari pagi sampai pukul 8 malam macam tu.

So boleh la try bawa family ke sini.

Ni ringkasan video perjalanan kami ke Janda Baik petang jumaat lepas. Semuanya unplan. Tapi sal memang sentiasa standby luggage kat bonet. Sebab keja kami memang banyak travel. Kami pulak travel ikut mode. Rasa tak nak balik, memang terus check in je mana-mana hotel. Tu antara cara untuk kami setiasa bertenaga untuk buat bisnez.



Yess.
Just make the best u have

Siang tadi tumbuk sambal belacan. Petang tetiba ada kat Janda Baik.

Yang magiknya, dalam dok fikir mana nak cari baju ganti lepas kena percikan cili dan belacan, tetiba pin pin. Bunyi abang posmen depan pintu rumah mak mertua. Suami dah gi solat jumaat. So sal la yang keluar. Amik bungkusan pos laju tu. Dan tau tak apa ada dalam bungkusan tu. Baju baru! Ya Allah. Dalam saat saat sal perlukan baju, terus dapat baju yang pertama kali dalam seumur hidup sal order online. Tu yang
terus melompat macam nak petik bintang.



Ni kawasan parking Cheringin Hill. Hotel ni memang sentiasa ramai orang. Kebanyakkan nye akan jadikan hotel ni sebagai tempat seminar dan team building.




















Jika anda ada impian untuk jadi surirumah berkerjaya, yang punyai bebas masa dan bebas tekanan kewangan, jom sal guide cara untuk mulakan perniagaan dengan modal yang tak membebankan, dan gerak kerja marketing yang sesuai dengan anda yang masih berkerja. Plan yang kami buat ni, sesuai untuk yang ada impian nak pencen muda.

Klik terus link ni:
Saya Nak Bisnez
wasap.my/601116311641