Wednesday, September 19, 2018

Perkelahan Di Kledang Saiong, Meru Perak.

Nyaris cermin kereta kena pecah.

Dengar macam suspen je kan.
16 September merupakan hari Malaysia buat kami rakyat Malaysia. Dan untuk sal, 16 September merupakan hari bersejarah buat kami.





Sejarah di mana, plan untuk berkelah santai-santai di Eco Park Kledang Saiong, Meru Perak, bertukar jadi perkelahan yang adventure buat kami.

 Kerja gila bermula bila kunci kereta stuck dalam bonet. Bukan setakat kunci kereta je yang ada dalam bonet yang terkunci tu. Fon, ic, duit cash, kad, baju pun ada sekali dalam tu. Termasuk yang suami punya. Ngko rasa? 😂

Masa ni kami memang selai sepinggang. Segala harta duniawi Allah tarik sekejap. Yang ada, hanya anak-anak, dan Allah pinjamkan sahabat sejati yang ikhlas membantu di saat kami di uji dengan keadaan kecemasan macam ni.

Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi, in shaa Allah mudah jalan ke syurga abadi. Terima kasih Allah hadirkan Tuan Hafieez dan Yanie sekeluarga buat kami. Mereka la yang banyak sangat membantu dari awal, sampai habis misi untuk buka kereta untuk dapatkan semula kunci. Percutian kami untuk sejukkan badan jadi hangat. Tapi alhamdulillah, bukan hangat yang buatkan kami berbalah. Tapi hangat yang buatkan kami makin merenung hikmah.

Bila dah selai sepinggang ni, mula tu stuck jugak. Sebab fon dua-dua tak de. Nak call minta bantuan macam mana. Tapi jangan lupa, kita ada talian bebas toll. La hawlawalla quwatailabillah. Kami ada bantuan dari DIA. Iaitu melalui sahabat kami berdua tadi. Fon mereka la yang kami gunakan untuk call minta bantuan. Kami call towing. Call towing tu, call towing ni, Towing tak boleh nak bantu. Sebab nak dapatkan towing yang ada baby tayar susah waktu ni. Kenapa perlu towing yang ada baby tayar? Sebab tayar 4-4 dah lock. Tak boleh pusing. Kenapa nak kena towing? Sebab nak bawa kereta balik ke rumah Tuan Hafieez dan Yanie, sementara kami ikhtiar unlock pintu kereta.

Sambil tu, try jugak search tukang kunci. Bila call, jawapan mereka lebih kepada "tak boleh bikin" sebab kereta continental. 

Arghhhhh buntu.
Nak nangis. Tapi relax. Budak kecik tengah perati. En suami pun tengah susah hati. So, jangan sebarkan energy lemah negetif pada orang lain.


Majoriti yang kami call, memang bagi idea untuk pecah kan je cermin kereta.

Tapi,
Tu pilihan terakhir. Sebab mikir jugak. Kalau pecah cermin kereta, pecah jugak kepala nak tunggu dapatkan cermin pengganti. Takut dapat cermin yang tak sama macam cermin ori. Lagipun ni musim hujan. Kang jadi macam tikus baiki labu pulak. Nak dapatkan yang lain, yang lain pulak yang teruk kena ganti.

Tuhan bagi ujian, bukan untuk kita merenung masalah. 
Tuhan bagi dugaan, bukan untuk kita berbalah.
Tapi tuhan bagi ujian, sebab Dia nak tengok kita ni yakin tak dengan kata-kata janji Dia yang, "dalam setiap kesulitan, pasti ada kemudahan"

Dan yess!
Alhamdulillah.
Allah hadirkan pulak sorang tukang kunci yang expert.
Dengan confidentnya tukang kunci tu kata, "pintu depan i Gerenti boleh buka. Tapi mahal sikit la boss. Tapi itu bonet, i boleh kasi cuba saja. Kita tengok macam mana" 

Dengar tukang kunci tu boleh buka pintu depan pun, sal dah lega. Sekurang-kurangnya, kami dah dapat ambik kunci rumah. So tak de la pecah kepala mikir cara nak pecahkan rumah pulak. Sebab kunci kereta kat bonet tu, 50-50 je jaminan dia untuk dapatkan semula. Ada kunci rumah, kami boleh ikhtiar balik KL dari Ipoh untuk dapatkan kunci spare.

Dan akhirnya, Alhamdulillah, tukang kunci berjaya buka pintu pemandu. Amik masa juga nak buka pintu C200 tanpa sebarang calar balar. Memang expert la chinese tu.



Ingatkan dah buka pintu depan, boleh la buka bonet.
 Tapi tak boleh! 
Huwaaaaaaa.
Sebab kereta ni safety first. Dia tak kan benarkan sistem kereta unlock bonet, jika pintu dibuka tanpa alarm atau key dia sendiri. 

Pintu depan dah boleh buka, mesti dah boleh masuk kereta kan. Dah boleh masuk kereta, mesti boleh buka kerusi belakang kan untuk tembus bonet?

Macam tu la kononnya kami fikir.
Tapi, tak semudah yang difikirkan. Berangan aje la nak tembus bonet melalui seat belakang. Sebab, kat lapisan seat tu rupanya ada satu lagi besi penghadang. Memang tak boleh tembus bonet. Keras. Padat.


Maka, cabaran seterusnya bermula. Misi membuka pintu bonet pulak. Part ni memang sangat mencabar kepakaran tukang kunci. Dekat sejam usaha unlock bonet, akhirnya tukang kunci kata "tak bole la boss" ni bukan biasa biasa punya lock ni. Master key pun tak lepas.

Kami redha aje la.
At least kunci rumah yang ada dalam dash board kereta, dah ada dalam genggaman.



Next plan, 
Balik KL.
Dapatkan kunci spare dekat rumah.

Sebelum nak balik KL, 
Kena plan mana nak susun anak pulak.
Haruuuuuu.

Timbul idea untuk letak sekejap 5 ke 6 jam Damia, Danisha, Hakim dan Hannah kat rumah mak sedara Tuan Hafieez di Manjoi.

Alhamdulillah.
Mak sedara Tuan Hafieez sudi terima 4 orang anak kami ni, sementara kami meredah highway yang penuh cabaran untuk ke KL, dan patah semula ke Ipoh pada hari yang sama. Memang kerja gile. 😂 Terima kasih aunty Intan.

Tapi, dalam fikiran kami masa ni, hanya nak cari solution je. Tak perlu fikir masalah. Sebab lagi fikir masalah, lagi banyak masalah yang akan kita tarik. Jadi, bila ada masalah, pastikan kita hanya ligat firkirkan solusi je.

Alhamdulillah sahabat kami sangat positive. Tak ada ayat-ayat yang mengkritik pun keluar dari mulut mereka. Mereka yang nampak lagi bersungguh nak membantu. Mereka la yang drive kan sal, suami dan Muhammad balik ke rumah. Perjalanan ke KL, yanie drive. Perjalanan balik, Tuan hafieez drive. Bayangkan, pergi dari IPOH-KL-IPOH hanya amik masa 4 jam setengah sahaja. Termasuk solat, minum Min Kaffe, dan makan kismis hitam kat rumah kami. Allah mudahkan cara. Allah mudahkan perjalanan. Allah pelihara kami dalam kereta dan anak-anak yang kami tinggalkan. Allah Ya Bari, Ya Wadud.

Kami perlu selesaikan cabaran ni malam ni jugak. Tak kira apa cara sekali pun. Kena selesaikan sebelum tengah malam. Sebab kawasan Perkelahan Kledang Saiong ni, kawasan baru. Operasi eco park ni sampai pukul 6 petang je. Masuk malam, dah gelap gelita. Tak de bekalan tenaga letrik disalurkan di sini pada waktu malam. Memang gelap.





Kami sampai semula di tapak parking Kledang Saiong, pada jam 10.35 malam. Memang seram kalau hanya berdua. Gelap pekat. Dan hanya kereta kami yang stuck tu je ada kat situ waktu malam pekat di hutan rekreasi ni.

Masa ni, baru semua rasa lapar.
Bayangkan, lepas selesai semua, baru kami ada selera nak makan. Last makan, breakfast tadi.

Rasa malu dengan sahabat yang banyak membantu.
Sepanjang jalan bermusafir, sal hanya doakan sesuatu untuk mereka. Hanya Allah yang tahu. Bukan mudah nak dapat sahabat yang sudi bantu di saat kita diuji macam ni. Selai sepinggang. Semua kami tak de masa ni. Tapi, Mereka yang dulu kan cash pada tukang kunci. Mereka yang start enjin, isi minyak, bayar tol, beli air untuk bawa kami balik rumah untuk dapatkan kunci spare. Ya Allah, hebatnya aturanMu. Kami hanya mampu merancang. Dan hanya engkau yang memberi izin semua ni berlaku.

Banyak kami belajar.
Belajar menghargai waktu senang.
Belajar menghargai orang yang membantu.
Belajar bersyukur dengan walau di saat buntu. 
Belajar untuk sentiasa bersatu.
Alhamdulillah semuanya selamat.
Syukur atas ujian.


Ni gambar-gambar masa proses mendapatkan bantuan towing dan tukang kunci. Sempat kami pasang khemah. Masak megi. Buat sandwich. Budak-budak asik tanya bila nak mandi. Tapi disebabkan hari hujan, dan kami pun tak boleh focus untuk sentiasa peratikan diorang dalam air, maka, khemah di darat aje la yang jadi bahan mereka waktu ni.















Sunday, September 9, 2018

Fitting Premium Beautiful Pada Czer Mom Di Salam Hospital Senawang

Alhamdulillah another Premium Beautiful cash buyer. Premium Beautiful buyer ni dari Jempol. Bersalin czer di Senawang Specialist Hospital.

Ibu anak dua ni, dah book set Premium Beautiful Classic yang warna hitam tu dari sal since a month ago. Dia bayar cash macam tu je. Alhamdulillah and thanks for your trust.

Dah sebulan deal.
Date operation lahirkan baby pun dah ada.
Jadi seperti dijanjikan, sehari lepas adik manis anak dua ni bersalin, sal ke Senawang Specialist Hospital. Sebab dah janji nak bagi set Premium Beautiful pada dia di Salam Hospital ni je.

Perjalanan dari rumah ke Salam Hospital Senawang ni ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Sal gerak pagi dari rumah. Bawa semua anak. Jejak je bandar Senawang, kami cari makan dulu untuk lunch. Risau budak-budak lapar. Jadi isi perut dulu kat Medan Selera yang jarak dia 5 minit je dari Hospital. Bandar Senawang ni pun banyak je kemudahan. Dah kategori bandar. Nak makan apa pun semua ada. 

Ada satu tempat depan Giant Senawang tu, sedap sangat goreng pisang dia. Pandai akak tu goreng. Tak berlendir dengan minyak. Pisang dia pun cantik rangup je.

Dah dapat parking. Perut pun dah kenyang. So let's sharing and fitting the best ever korset Premium Beautiful.

Oh oh tee dee Sal hari ni,
Tudung bawal RM20. Beli kat area rumah.
Inner pink yang RM15 tu.
Blaze H&M RM219. Dah lama beli. Jarang pakai je. Sebab glitter baju tu suka jatuh kat kerusi kete.
Skirt putih tu memang favret sal.Beli kat Time Square RM80
Kalau uol perasan kat Facebook, memang sal banyak ootd dengan skirt putih A shape ni.
Dan part paling penting, sarung Premium Beautiful. Baru pakai apa pun cantik terletak je. Dan semestinya, confident tu kita akan dapat 100%. Sebab tu pakai la baju mahal ke tak mahal ke, orang yang pakai Premium Beautiful ni, memang diorang hi konfiden bila bergaya. Sebab PB korset bantu cantikkan shape badan dan jaga posture badan.

Berjalan mencari lift untuk ke bilik client.


Alhamdulillah dapat jugak buat door to door service pada pelanggan yang duduk beratus batu dari kita. Suka sangat service customer secara face to face macam ni. Sebab senang nak bagi penerangan jelas tentang fungsi Premium Beautiful ni.

Untuk yang berminat nak dapat Premium Beautiful, boleh wasap.my/601116311641 sal sekarang dan dapatkan Harga Diskaun yang memang anda gosok mata punya.






Fitting underweight Adik Cantik Di Gamuda Mall Klang



With Aisyah Zazuri. Our trained and certified agent.


Sebelum fitting, kami beri penerangan dulu tentang Premiumm beautiful. Kami explainkan cara nak pakai, cara nak alih lemak, cara nak basuh. Sebab perlu tahu sikit sebanyak ilmu ni. Supaya pemakai boleh amalkan cara pemakaian dan cara penjagaan yang betul. Cara jaga Premium Beautiful ni pun simple je. Tak renyah mana.



Our Premium Beautiful expert sedang menunjukkan cara yang betul untuk pakai Korset legend.