Thursday, June 21, 2018

Selamat Hari Raya 2018

Ya Allah banyaknya gambar dan video yang tak sempat nak upload masuk blog. Tak menang tangan nak gerakkan semua social media yang ada. Instagram, Facebook, Youtube. Alhamdulillah rezeki sihat dan macam-macam nikmat rezeki lagi Allah belanja kami sepanjang hari. Sampaikan nak raya ni lagi la busy dengan memenuhi permintaan pelanggan, dan dalam masa yang sama, team juga semakin rancak terima rezeki masing-masing. Alhamdulillah. Makin tenang berniaga bila Syukur tu kita letak paling depan. Syukur tak kira rezeki besar atau kecik sekalipun. Syukur samada terima good news atau berita yang kurang menyenangkan sekalipun. Syukur is the key. Sentiasa pandang hikmah dengan apa yang kita terima, especially something yang menguji kesabaran kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
Maaf Zahir dan Batin.

Sal minta maaf atas segala salah silap yang tak disengajakan. Dan sal jugak sentiasa memaafkan semua orang. Tak guna simpan dendam. Isu berkaitan fitnah, mengaibkan dan adu domba yang sal pernah terima sebelum ni pun, sal maafkan semuanya. Cuma, untuk berbaik sebaik baiknya macam keluarga, berbaik macam sahabat sehidup semati tu memang tak mungkin sejarah berulang lagi. That is me. Once broken consider sold la kira nya. Sebab bila memberi, sal memang akan beri sepenuh hati. Tapi bila berkali-kali di toreh, di hiris, di bodo-bodo kan, dilaga-lagakan, sal tak boleh berdiri lama lagi. Kena move on.

Bila dalam situasi kita di hina. Di kecam. Di keluarkan kata-kata yang menjatuhkan maruah kita, sabar je. Diam je. Tak payah buang masa balas. Biar nampak bodoh dengan berdiam diri. Biar nampak ko tak power pun tak pe. Tak pe nampak ko macam bersalah giler pun masa tu. IGNORE JE. JUST CHILL. Istighfar dan zikir untuk Allah tunjukkan kebenaran. Tak guna tunjuk hebat sesama manusia. Takkan ke mana pun akhirnya. Jangan buang masa pengaruhi orang lain untuk membenci. Tak perlu buang masa jadikan social media tempat untuk tegakkan benang yang basah. Sebab kebenaran tu akan terjawab sendiri, tanpa perlu kita pung pang mengadu dan heboh kecoh tarik perhatian orang lain sana sini. Tak perlu pengaruhi orang lain untuk minta sokongan simpati. Tak perlu. Sebab kebenaran akan hapus kebatilan. Orang yang ego ni sekejap je. Orang yang kaki fitnah tabur cerita, buka aib, menyampai-nyampai ni hidup takkan tenang.

Untuk orang bisnez, this is the real life. Real situation yang kita perlu lalui bila bergelar usahawan. Cabaran di fitnah tu pasti ada. Andaikata tak buat bisnez pun, benda yang sama tetap kita akan jumpa. Cabaran di aibkan pasti ada, Cabaran di tikam dari belakang, lagi lah ada. Cuma, tak perlu takut dengan cabaran macam ni. Tak perlu kusut bin serabut. Tak perlu putus asa sampai hanyut. Sebab yakin je, Allah pasti bantu. Dan yakin je semua yang berlaku ni, semuanya ada hikmah yang lebih baik untuk kita dapat sesuatu yang lebih baik. Dugaan tanda Allah sayang. Dugaan tanda Allah nak bantu kita untuk sentiasa ingat pada Dia. Bersyukur saat diuji. Sebab ujian tu adalah hadiah dari Dia untuk kita yang sering lupa.

Lesson learned. Trust Nobody!

Ok full stop.
Jom sambung layan kisah raya pertama kami untuk tahun 2018 ni.















I dengan dua orang 'adik' i ni, semua berbengkung. Bengkung paling sedap dipakai sebelum makan makanan sedap-sedap




Dia yang makin besar ke, atau mama yang makin kecik. Raya kali ni mama banyak duduk. Semua minta tolong kakak amik kan.

"Kakak, tolong amikkan mama air.
Kakak, tolong amikkan mama kuih tu.
Kakak, tolong amikkan adik air.
Kakak, tolong teman adik nak gi toilet."

Makin slow metabolisme, makin tak rajin bergerak ni macam mana.

#DuluRambutMamaTocangkan
#SekarangTudungMamaPakaikan

Damia dan Danisha 2010

Damia dan Danisha 2018
Mama ayah love both of u.

This year sal like previous year juga. Sal prefer pakai baju yang dah pernah pakai sebelumnya. Mode soping raya sal jarang muncul di bulan puasa. Yang berbaju baru, hanya Damia Danisha dan Muhammad je. Kami suami isteri prefer pakai baju sedia ada.

Outfit of the day hari ni, sal pakai baju House Of Doll by Fazura. Match kan dengan anak-anak punya baju, Ikutkan nak jugak pakai baju polka dot hitam putih tu. Tapi size untuk mak budak ni dah habis. 

 Men And Women in black. Bukan black magic tau. Baju je Black Theme.
Budak-budak ni diorang bukan kisah baju mahal ke murah. Asalkan diorang ada baju baru je cukup. Tu pun dah happy. And Damia Danisha pun, bila makin besar ni, diorang tak excited sangat nak shopping baju. Kita ajak soping pun diorang malas-malas je nak ikut. Baju polka dot Damia Danisha ni pun RM15 sepasang. Best kan. Tak ralat beli baju harga macam ni untuk budak yang tengah membesar. Banyak dah baju diorang sebelum ni yang harga lebih 10 kali ganda dari ni. Bila di fikir balik, ya Allah sayangnya. Rasa takut pun ada. Sebab banyak membazir untuk baju yang diorang boleh pakai setahun sekali je. Ye la, sebab diorang kan membesar. Jadi banyak sangat baju lama yang dah tak boleh pakai dah. Nanti la, ada masa sal akan open for pre-loved mana-mana baju yang diorang pakai sekali dua tu. Dah berkurun nak buat preloved items. Tapi tak pandai la nak menjual preloved item ni.







Untuk tontonan Damia Danisha Danish dan cousins nye. Dah besar nanti bila korang tengok balik, mesti gelak pecah perut punya. :D

Cc: Afrina Munirah, Amir, Adam, Hafiz, Hariz, Raesa, Kayla, Mahirah, Malika.

No comments:

Post a Comment