Saturday, June 23, 2018

Nasi Lemak Salleha

Terajin pulak dua hari ni buat nasi lemak untuk bagi suami dan anak-anak makan sarapan pagi.


Sal buat ikut resipi sendiri je. Alhamdulillah somi memang banyak membantu kerja dapur. Tak pernah dia biarkan sal sorang sorang buat semua.


Macam semalam, dia masak nasi lemak. Rebus telur. Sal buat sambal je. Hari ni sal buat semua.


Bahan-bahan buat nasi lemak cara kami ni simple sangat. 

1. Kami guna santan Ayam brand yang dalam kotak tu. Sekotak dalam RM2.60
2. Daun pandan. Nak bagi wangi nasi
3. Daun limau. Jangan pelik pulak. Sal suka daun limau ni. Tu yang untuk setiap masakan, sal akan letak daun limau ni. Rasa dia pun sedap.
4. Hiris bawang dan tabur dalam periuk nasi.
5. Letak garam sikit


So cara sal untuk sediakan nasi yang berlemak, bahan yang sal gunakan adalah :
Beras
Santan sekotak
Daun pandan
Daun limau
Bawang
Garam

Sambil masak nasi, rebus telur. Untuk isi rumah kami, biasanya kami rebus 10 biji sekali makan. Rebus telur tak yah lama. Letak garam sikit.

Sambil tunggu nasi dan telur siap, boleh la sediakan bahan untuk menumis sambal. 

Ni cara sal buat sambal tumis

Sal buat sambal ikan bilis.
Ikan bilis tu hari pertama rajin sangat, beli yang kena kopek. Bercinta nak kopek sesatu ikan bilis haluih. Tu yang the next day, terus beli yang siap kopek je. Senang. Tinggal nak bersihkan sikit-sikit je. Ikan bilis ni pastikan basuh dulu. Baru sedap menggoreng. Lagi pun bila basuh tu, bersih la ikan tu. Kita tak tau kan sebelum ni macam mana cara pengeluar handle ikan bilis tu. Jadi sebaiknya, basuh dulu dan toskan air dia sebelum goreng.

Bab goreng ikan bilis ni, sal suka en suami yang goreng. Dia goreng rangup. Lagipun ikut taste dia la nak macam mana. Macam sal ni bedal aje.

Lepas dah goreng ikan bilis, angkat letak tepi. Masukkan bahan tumis yang di tumbuk dan di hiris.

Bab tumbuk ni, memang sal bagi job ni kat anak dara, diorang la yang suka menumbuk. Sal minta diorang tolong tumbuk bahan-bahan ni:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Ikan bilis

Tumiskan bahan tumbuk. Dalam masa yang sama sal add lagi bawang. Sebab sejenis yang suka bawang banyak. Bawang kan baik untuk kesihatan. Membawang je yang tak dibenarkan.

Dalam tumisan ni pun, sal suka letak daun limau. Eee tak tau la nape suka sangat bau daun limau ni.

Bawang dah kuning kuning, masukkan cili. Cili ni pun mak mertua yang blenderkan. Dia tau kot anak menantu tak dan buat. Huhuu. Thank you mak.

Dalam sambal tumis ni, sal letak jugak sos thai sikit, sos tomato sikit, kicap sikit, air asam sikit. Gula ngan garam pun letak sikit je. Macam garam tu sal suka letak Garam Buluh. Sebab garam buluh ni bersifat alkali yng baik untuk nyahkan racun dalam badan.
Uol nak try garam buluh, boleh wasap sal ye. Boleh try beli by sachet dulu pun ok. Buat rasa. Rasa ok nanti boleh beli terus sekotak. Sure puas hati bila badan hari-hari kena detox.

Nanti dah naik minyak, masukkan petai dan ikan bilis. Terus tutup api dan kacau rata. Tak nak letak petai pun ok je. Ikut selera masing-masing.

Siap dah nasi lemak Salleha.

Minum dengan kopi citarasa antarabangsa Min Kaffe, confirm terangkat.


Nasi lemak Salleha

Ni portion makan sal. Ni gambar je. Yang real punya jangan terkejut tengok. Sal kuat makan tau. Huhu. Tu yang kena berbengkung masa makan. Bengkung untuk elak makan berlebihan.




Nak lagi mudah, makan je dengan sambal nasi lemak ni. Sedap, mudah dan murah. Jimat masa. Koyakkan je pek dan terus makan dengan nasi panas-panas. So yummy anak sal kata. Sambal nasi lemak D'Chef. Ready to eat. Boleh order dari sal jugak wasap.my/601116311641

No comments:

Post a Comment