Monday, June 25, 2018

Kepentingan Workout di Musim Raya


Let's workout.

Apa kepentingan workout di musim raya ni? Musim open house. Musim makan segala macam lemang, rendang, ketupat, kuih muih dan macam-macam makanan manis, berlemak dan tak menyihatkan badan.

Kepentingan workout di musim raya ni, bagi sal, at least dia membantu bakar lebihan kalori. Jangan simpan banyak sangat kalori badan. Sebab lebihan kalori yang tak diperlukan, akan di tukar jadi lemak. Jadi, dari lemak bersarang dalam badan, baik la kita gegarkan lemak-lemak yang ada dengan bersenam. Terpulang anda nak bersenam cara macam mana. Ikut kemampuan diri. Macam sal sendiri pun memang tak de la sepanjang hari ke gym. Sometime just berjoget kat rumah je. Kadang tu memang sal jadikan aktiviti berjalan atas urusan bisnez tu sebagai senaman. Nak pulak kalau appointment bisnez tu memang di buat di shopping mall. Maka lagi rancak la langkah ku ini.



Shake and Shape together

Nak selit sharing dari Kevin Zahari. 

Adalah suatu tindakan yang sangat merugikan jika anda tidak minum air yang mencukupi dan tidak minum jenis air yang sepatutnya.

Jom lihat apa yang perlu anda tahu tentang kepentingan air dalam aktiviti senaman.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Perkara pertama, kita perlu tahu berapa banyak pengambilan air yang diperlukan. Adalah mustahak untuk anda meminum air yang mencukupi, tetapi awas jika anda minum terlalu banyak, ini akan menyebabkan kekejangan berlaku, dan menggugat kualiti prestasi latihan senaman anda.

Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu anda minum ialah dengan menimbang berat anda sebelum dan selepas sesi latihan senaman. Lihat berapa banyak berat yang kurang, dan itulah jumlah air yang perlu anda minum.

Namun, bagi kebanyakkan ahli sukan, cara ini tidak wajar untuk dipraktikkan. Oleh itu satu garis panduan perlu diletakkan.
  • 2 jam sebelum senaman: Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum bersenam: Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam senaman anda.
  • Semasa latihan senaman: Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.

Nak minum air pun ada cara dia kan. Sebelum ni sal main bedal je. Memang jenis tak kuat minum air pun. Jadi bila baca tips dari pakar ni, memang sal nak kena alert la setiap kali buat senaman.


Kan best. Bangun tido terus kurus. 🏃‍♀️

Sal ni sebenarnya spesis malas bersenam. Serius pemalas. Sekarang ni jadi rajin sebab faktor usia. Bila makin banyak umur ni, kena pelbagaikan cara untuk up kan metabolisme. Terpulang nak upkan macam mana. Buat keje umah ke, berjalan kat shopping mall ke. Kejar anak kecik ke. Kejar suami ke. Tapi pastikan suami sendiri la. Dan yang paling senang sebenarnya, relakan diri dipeluk-peluk oleh cik Premium Beautiful. Shape badan confirm cantik walau berapa kg pun badan kita. Tak perlu pakai ketat kat luar. Pakai jubah pun tetap cantik bila cik PB melekap kat badan. Yang kurus jadi cantik melentik. Yang berisi nampak lebih exclusive bila lemak badan tersusun.


Masuk gym hari ni atas desakan Damia ngan Danisha. beriya diorang ajak mama exercise. Macam la tak boleh buat kat rumah kan.

So malas nak fikif nak pakai apa,maka mama pakai la baju yang dah bergosok dari dobi ni. Baju askar. Tudung bawal tu pulak Damia punya. Bawak color hijau pucuk pisang. 

Seluar track tu en suami punya. Dia beli kat Puma Setia Alam kalau tak silap. Beli masa nak pergi Tangalooma August tahun lepas. Hari ni isteri dia kaut dan pakai. Hehe.

Kasut putih tu sal beli kat Ioi Mall January 2018 tu. Suka pulak kasut bling bling putih ni. Ringan. Memang boleh buat pakai lari. Beli kasut putih bling bling ni pun sebab nak join fun run The Running Diva Malaysia bulan 1 tu. Tak update pun lagi entry kisah fun run tu. Sal dapat best dress masa tu. Kalau nak tengok, gi la dulu page FB The Running Diva Malaysia.

Dalaman sal wajib melekap Premium Beautiful corset. bukan corset biasa. Tapi ni corset yang jaga posture badan kita. Meman elok sangat buat pakai sepanjang zumba dan workout. So badan tak kan sakit sakit lepas buat aktiviti lasak. Anak-anak sal tu memang sal pakaikan siap-siap. Sebab Premium Beautiful ni tak kira usia. Semua peringkat umur boleh pakai. Laki pompuan pun boleh je sarung. Tak kisah la anak dara ke, mak dara ke, pak dara ke, asalkan kita ada pinggang, memang boleh sarung Premium Beautiful. Korset paling selesa dan paling menjaga posture badan manusia. Especially untuk yang ada masalah Slip Disc dan Scoliosis, anda lagi digalakkan untuk pakai Premium Beautiful. Tak pakai full set pun, anda boleh pakai bengkung dia je. Confirm selesa. Confirm rasa bahagia je bila posture badan lain dari biasa.

Untuk mak yang dah beranak satu atau beranak pinak, sal sarankan pakai bengkung Premium Beautiful ni untuk hilangkan sakit belakang. Tak kira la kita bersalin normal atau ceaser, sakit belakang mesti ada punya. Bila pakai bengkung Premium Beautiful, sure sedap je rasa badan. Rasa macam di urut-urut atas kerusi Ogawa.








Bila pakai waist nipper Premium Beautiful, dah la pinggang tak sakit. Jadi makin ramping pulak tu. Ramping tau. Bukan keremping. Cantik macam pinggang Che Ta tu.



Badan pun jadi ringan. Tu yang berjalan lajuuuu je. Lagi laju bila dapat berjalan dalam shopping mall kan. Tak rasa penat langsung.


Ni hasil larian atas treadmill selama 30 minit. Fun run je. Tapi peluh macam empangan pecah.


Ni yang paling mencabar ni. Bila kedai kek paling sedap ada berhampiram dengan kawasan gym. Tapi alhamdulillah kami berjaya control selera makan. Satu slice kek Chocolate Moist Secret Recipe tu, kami share 3 orang makan. Terkulat-kulat je rasa. Sal tanya Damia ngan Danisha, nak tambah lagi tak? Diorang kata tak nak. Nak makan buat rasa je.

Bagusnya. Sejuk perut mama mengandung.

Kepentingan workout ni bergantung pada keperluan individu. Macam kami, kami tak konsisten pun workout sebenarnya. Sedangkan kalau diikutkan, sebaiknya kena workout at least 3 kali seminggu. 

Bagusnya bersenam ni, dia bantu detox badan melalui peluh. Bila badan kerap berpeluh, penyakit kronik susah nak hinggap. Tapi kena make sure, makan nak kena jaga. Sebab pemakanan tu yang mainkan peranan paling utama untuk buatkan badan kita sihat dan cergas.





No comments:

Post a Comment