Saturday, April 21, 2018

Premium Beautiful Expert At University Malaya, Bangsar.


Eh buat apa sal kat sini? 
Sambung Master ke?

Tak la. Sal kat sini atas urusan memenuhi permintaan pelanggan. Sebelum ke sini. Sal ke Hospital University dulu. Rasa cantiknya susunan Allah bagi ni. Memula ada ibu yang baru bersalin order Sabun Marine Essence. Dia minta tolong hantar kat University Hospital. Then selang beberapa minit ada pulak someone dari University Malaya ni nak jumpa.

Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat.


Maka macam itik la kami berjalan. Terkedek-kedek dengan bodyguard tiga orang ni masuk UM. 





Sal tak kenal customer ni. Dan semestinya customer ni pun kenal sal dari Internet je. 
Kat sini la kami berjanji untuk bertemu. Di University Of Malaya Entrepreneur Centre UMEC.

Bertemankan Premium Beautiful di badan, dan Baju Black Grey Pink ni dari House Of Doll By Fazura. Tak tau la nape suka baju-baju fazura ni. Masa ni Fazura belum jadi Duta Premium Beautiful lagi. 


Sambil mama jumpa client, Damia Danisha Danish memain kat perkarangan UMEC ni.


Thank You Kakak, adik and Muhammad Danish Shafiq sabar teman mama n ayah work. Hehee work ke?


Bestnya sesekali dapat masuk U ni. Rasa macam student pulak. Rindu zaman buat degree dulu.


Ngam-ngam jumpa client hujan lebat turun kat UM ni. Kami stuck jap kat area Auditorium ni. Sebab nak ke parking confirm lencun semua. Nampak hujan dah reda sikit, sal minta pinjam payung one of student kat sini. Terima kasih dik tolong kakak anak tiga ni. Semoga capai Anugerah Dekan la awak setiap tahun.


Ni aktiviti kegemaran setiap kali lepas appointment. Sopping.


Nak pulak buat kerja kat Bangsar. Maka, ke Bangsar Shopping Village la kita. Solat and Makan kat sini.




Sambil tu jangan lepaskan peluang jejak kan kaki ke Fashion Valet. Dapatkan seketul dua barang untuk reward diri.



Suka shopping bag. Tapi lepas tu tak pakai. Bag ni macam bag wajib untuk peminat Vivy atau Duck. Satu bag ni rege dia RM499. Ada dua warna je. Hitam dan Putih. Limited Edition.








Muhammad pulak kalau datang BSV ni memang dia akan ajak masuk lego ni. Siap hafal jalan lagi macam mana nak pergi sini. Kuat betul ingatan budak kecik ni.


Siap solat dan spend time at Fashion Valet, kami dinner dulu sebelum balik.


3 orang anak, 3 macam makanan. Semua taste tak sama. Danisha perut dia tak boleh lapar. Huhu. Kang habis semua orang dia makan.


Mee kari kot yang Damia makan ni.


Kami makan kat Citrus dalam Bangsar Shopping Village ni.










Danisha memang tekak western. Dia prefer makan macam ni.







Alhamdulillah untuk segala nikmat. Thank You Allah. Dah jom balik. 

Friday, April 20, 2018

Premium Beautiful Expert At Sungai Inki Kalumpang




First time jejak kaki kat Sungai Inki Kalumpang ni. Memang SUPERB Sungai Inki ni.  Sebelum ni ayah selalu je sebut, kalau nak mandi sungai, try pergi Kalumpang, Sungai dia bersih, jernih, terjaga lagi.


Tempat menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Kami pergi ni bulan March 2018. Masa ni kat area Selangor banyak tempat tak de air. Sebab empangan pecah. Alhamdulillah area kami tak terjejas pun. Cuma tetiba je Puan Yani mesej tanya tak ke mana ke hari ni. Kitorg ni memang suka cari aktiviti kalau tak de aktiviti business. So, tu yang terkeluar idea nak mandi sungai petang-petang ni.

Musim tak ada air ni, sesuai sangat nak bawa family ke sini. Dapat celup kaki atau rendam badan paras pinggang pun jadi la. Terus sejuk satu badan dan hilang jem dalam kepala lepas berhari-hari berkerja.

Tempat ni nama dia Sungai Inki, Kalumpang. Dekat Hulu Selangor. Berhampiran dengan Bandar Tanjung Malim. Geng-geng cikgu UPSI mesti familiar kan dengan sungai ni. Kalau dari Shah Alam, amik masa 45 minit je untuk sampai ke sini.

Ni pengalaman kali pertama kami ke Sungai Inki, Kalumpang. Bayangkan, dah berpuluh tahun hidup kat Lembah Klang ni, ni la kali pertama kami jejakkan kaki kat tempat yang sejuk dan sangat tenang ni.

Air sungai dia Masha Allah, Jernih. Bersih. Nak kata sejuk, tak ada la sampai sejuk beku. Just nice.

Environment kat sini pun terbaik. Parking RM1 je satu kereta. Nak mandi pun masih FREE lagi. Cuma kalau uol pergi ke kawasan yang melepasi jambatan gantung tu, memang kena bayar ikut kepala. RM5 Dewasa, RM3 untuk budak-budak. Tapi tempat yang kena bayar tu complete semua ada. Nak salin baju senang, nak solat pun mudah, nak buat bbq pun dah ada arang dan tempat dia, pondok-pondok nak melepak pun disediakan.

Kalau rasa malas nak bawa makanan, dalam kawasan Kampung Kalumpang ni ada warung makan. So boleh la duduk makan kat situ atau bungkus je bawa naik ke area sungai. Tapi makesure bekas makanan yang kita makan tu, tak di buang merata. Kita sama-sama jaga sungai yang masih belum tercemar lagi ni.

Kalau suka adventure, nak bermalam, boleh je book tapak khemah dengan penjaga kawasan sungai ni. Sewa tapak khemah RM50. Tu kalau nak berkhemah la. Tapi banyak je homestay, chalet dan resort kat dalam ni. Pilih je nak yang mana. Range harga mula dari RM150

Kot la stress sebab tengah musim tak ada air ni kan, bole la plan bawa anak-anak mandi air sungai yang jenih bersih ni. Boleh la datang sini. Boleh je kalau nak tag nama or share tempat ni dengan pasangan uol, Sabtu ahad ni boleh la pergi.


We love this beautiful place.


Our geng dari Ipoh mali.


Orang Kalumpang yang berminat nak jaga badan dengan Premium Beautiful, boleh la hello-hello kami ye 011-1631 1641


OOTD kekonon Vivy.




Damia dengan baju Bella Ammara nya. Beli guna duit sendiri tau. Hehe. Dia kumpul RM219 sebab nak beli baju renang muslimah ni.


Awat muka adik so serius. Mama kacau dia mandi sungai la tu. Sabar ye. Jap lagi rendam la puas-puas.


Berdarahnya sikit je. Tapi dia punya over tu, Masha Allah.


Siap suruh mama ubatkan guna daun lagi.




Baju renang adik dia beli kat Jusco Maluri. Masa jejalan hari tu. Tak sampai hati nak bagi dia pakai baju mandi ketat seksi dah. Jadi, belanja la dia beli baju Ogival baru. Adik ni simple je, asal ada. Baju renang macam ni kat Jusco dalam RM120 je.


Rendam Premium Beautiful sekali. Best tau swimming dengan PB. Posture badan terjaga.


Baju biru fish tail sampai kaki ni, baju dari House Of Doll by Fazura. Sal beli tahun lepas kalau tak silap. Beli kat butik Fazura di The Stand Mall. Tau tak berapa harga baju ni? Ya Allah murah sangat. Baiknya Fazura buat sales masa tu. Baju ni RM30 je satu. Dia siap balut dalam bag yang tersangat cantik macam Fazura sendiri. Tak sangka pulak sekarang Fazura pun dah pakai baju dalam sal, Premium Beautiful.


Diorang berdua ni main air kat tepi-tepi je. Elok lah, tak de la risau sangat dia duk tengah sungai tu.



Bila duduk macam ni, tak sah kalau tak sembang pasal plan for our team.

Kami ada kat Sungai Inki ni tak lama. Datang pun dah petang. Dalam pukul 3 macam tu. Memang diorang tak puas mandi. Means memang nak kena repeat again. Pukul 6 area ni dah tutup. Melainkan kalau kita adda amik pakej camping kat sini la.

Sekian sharing sal untuk Sungai Inki Kalumpang ni. Boleh tengok video yang sal share kat atas entry ni ye. Mana tau membantu uol untuk reach area sungai jernih kat Kalumpang ni.









Wednesday, April 18, 2018

Fitting Premium Beautiful Lovers Di Puncak Alam

Hari ni hari sabtu. Tuptup ada yang wasap tanya kan tentang cara nak pakai Premium Beautiful. PB Lovers ni dah pernah beli Premium Beautiful dari someone else since 2015.

Sekali dah masuk April 2018 ni, PB Lovers ni teringin nak maintain shape semula dengan Premium Beautiful yang ada. Cuma dia tak pasti ok lagi tak pakai Premium Beautiful yang dah almost 3 years tak di pakai tu.

Ok je pakai semula. Lagi bagus. Sebab Premium Beautiful ni pun kan sama je macam baju dalam. Cuma PB Corset ni adalah baju dalam yang ada kesan positif untuk kesihatan dan semestinya untuk bagi impak cantik serta merta secara selamat pada pemakai.

So sal pun advice la PB Lovers ni. Base on my 7 years experience dengan Premium Beautiful ni, in shaa Allah sal akan berikan consultation secara percuma sehabis baik.

Then, client ni pun cakap nak second set Premium Beautiful. Senang nak tukar-tukar nanti. So tak de la bila satu tu basuh, dia ter skip sehari pakai PB Corset ni. 

Actually just ada satu corset PB ni aje pun dah ok. Sebab Premium Beautiful ni kalau basuh pun, dia sangat cepat kering. Cara macam mana nak basuh Premium Beautiful A-Z pun, sal boleh share secara detail dengan uol yang nak tahu cara penjagaan Premium Beautiful yang simple dan betul.

Dah deal tak sampai seharian, kami pun setuju nak buat door to door service. Sal boleh ajarkan PB Lovers ni cara pakai Premium Beautiful yang betul. Nak tengok jugak ok tak Premium Beautiful yang ada di tangan client tu dengan badan dia sekarang. Sebab Premium Beautiful ni tak sesuai di pakai senak badan. Kalau senak tu memang nak kena tukar size.


Hari isnin kami jumpa. Lepas amik anak balik sekolah, sal terus minta tolong husband drive ke rumah Premium Beautiful Lovers di Puncak Alam.

Masa jumpa ni sal explain kan balik apa kelebihan Premium Beautiful ni. Selain dari instant shape, Premium Beautiful jugak terbaik dalam membantu kita untuk minimumkan masalah kesihatan badan. Mean masa kita tengah sihat ni la nak kena prevent dari penyakit. Sebab bila dah mula diagnose sakit nanti, banyak sangat rawatan lain yang terpaksa kita buat.

Hi Mok Cun. 
Jom Fitting Premium Beautiful bersama kami, No 1 Certified Premium Beautiful Expert


Aksi Premium Beautiful Expert bermula. Ni la reaksi muka yang berjaya di rakam oleh anakrazi. 


 Tangan tu wajib bergerak ikut irama bila bercakap.


 First set client ni sebelum ni adalah Premium Beautiful Elegance


Kali ni PB Lovers ni nak try Premium Beautiful Classic.


 Ada yang tanya apa beza Elegance yang grey tu,dengan Classic yang hitam tu.


 Bagi sal, dedua fungsi lebih kurang sama je. Yang Hitam untuk alihkan lemak dengan cepat, yang elegance untuk lock lemak.


 Untuk yang first time nak pakai corset, sal sarankan pakai Premium Beautiful Hitam tu dulu. Biar cepat sikit lemak badan kita dialihkan.


So clear tak apa beza Premium Beautiful Elegance dan Premium Beautiful Classic? Tak clear jugak, wasap sal ye 011-1631 1641 sekarang. Free consultation je. In shaa Allah segala soalan akan dijawab dengan penuh kasih sayang gitew.


 Dah habis potpet potpet pasal Premium Beautiful, jom kita ukur. Ikutkan pengalaman 7 tahun pegang tali tape, dan 7 tahun non stop pakai kan orang Premium Beautiful, tanpa ukur pun Alhamdulillah sal dah confident nak tentukan size Premium Beautiful seseorang. Dah boleh baca size corset individu dengan hanya tau berat, tinggi atau tengok fizikal dia je.


Tapi disebabkan nak buat rekod ukuran pelanggan, jadi sal ukur juga la. Supaya next time bila PB Lovers tanya beza ukuran lama dan terkini, sal boleh bagi rekod mereka siap-siap.


 Alhamdulillah sangat rezeki sal dapat client yang baik baik aje.


 Gitu gaya ukur Premium Beautiful kan. Cara ukur PB Corset ni ada 4 bahagian yang kami perlu ambil kira. Nak bagi sedap-sedap pakai, mesti nak kena expert cara convert size PB ni. Sebab tu, sebaiknya, jika anda berminat nak beli Premium Beautiful, pastikan agent yang anda nak deal tu, adalah agent yang aktif buat sharing PB di social media mereka. MESTI amik kisah aktiviti mereka. Especially aktiviti mengukur dan fitting client. Sebab tak semua agent di bawah bumbung Sahajidah Hai-o ni memiliki kepakaran untuk tentukan size Premium Beautiful yang tepat untuk anda.


Teringin nak cuba Premium Beautiful corset x Fazura?
Free Fitting and Free Consultation 
Klik terus link ni:


 The Real Premium Beautiful Expert