Thursday, March 29, 2018

Apa Perlu Buat Untuk Naikkan Semangat Yang Susah UP Tapi Cepat Down


Up and down dalam hidup tu normal. Itu adalah fitrah. Semua yang bernyawa tak terlepas dari mengalami emosi Up and Down. Yang jadi halangan nya sekarang, emosi down tu yang kita suka layan berpanjangan. 

Untuk orang bisnez, mereka mudah rasa down bila sales down. Sedangkan kita terlupa, saat kita down tu la sebenarnya peluang untuk kita bangkit dengan lebih tinggi lagi. Down tu akan buat kita lebih kreatif dari sebelumnya. Jangan terus layan emosi bila kita sedang down. Lawan emosi negetif tu. Sebaiknya, bila kita tengah rasa emosi terganggu, jangan pulak kita pergi kacau emosi orang lain. Sebaliknya, biar kita naikkan semangat mereka. Dan secara tak langsung, percayalah, semangat kita pasti akan naik mencanak semula. 

Bila dalam keadaan murung, down, tertekan atau yang sewaktu dengannya, sebaik-baiknya kita cuba terapkan budaya ni :

First sekali BERSYUKUR
Bersyukur kita masih ada peluang untuk hidup dan berusaha. Bersyukur dengan sempurnanya sifat yang Allah berikan pada kita. Bersyukur yang kita masih ada orang-orang sekeliling kita. Untuk yang berniaga, bersyukur la dengan peluang perniagaan yang masih ada. Masih ada peluang untuk kita jana pendapatan melalui bisnez yang kita ceburi. Lagipun Allah kata "Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat ke atas kamu"

Kenapa susah nak capai kejayaan?

1. Suka komplain. 
Suka amik perkara luaran sampai kita tak nak buat sesuatu. Kuat komplain ni adalah bila kita terlalu focus pada masalah, bukan pada solution. Problem memang selalu ada. Tapi jangan analyst masalah, tapi cari solusi untuk selaikan masalah.

2. Suka bagi alasan.
Alasan pulak lebih pada dalaman. Kalau tadi kita komplen, komplen adalah sesuatu yang berkaitan persekitaran kita, something yang luar dari diri kita, iaitu yang susah untuk kita kawal. Tapi, alasan kita boleh kawal, sebab alasan ni biasanya datang dari dalam diri kita sendiri. Kita selalu bagi alasan sebab kita tak nak bagi tanggungjawab. So kita come up dengan alasan.  Bila kita ada banyak sangat benda negetif dalam diri kita sendiri, kita mesti nak bagi alasan sebab kita tak nak pikul tanggungjawab tersebut. Jadi, Stop giving reason jika kita memang nak sangat berjaya.

3. Suka melengahkan masa.
Contoh, asik layan penat. Hari ni penat la. Esok aje la buat. Esok pulak, pun kata benda yang sama. Kita selalu nak tunggu waktu yang paling sesuai, waktu yang terbaik, selalu nak relax dulu. Sebenarnya memang takkan ada waktu yang paling sempurna. The perfect time adalah bila anda mula lakukan. Jangan tunggu waktu terbaik untuk bermula, sebab that waktu takkan sampai punya. Don't wait for the perfect time, Make it your perfect time dengan cara bermula. 



Memandangkan ni blog sal, jadi tak salah rasanya sal share kan antara cara sal tangani rasa lemau. Rasa sedih, rasa murung. Tipu sangat la kalau sebagai manusia biasa, sal tak pernah ada rasa macam tu. Mesti ada punya. Ni kan fitrah manusia. Mudah dipengaruhi emosi. Lagi teruk bila layan emosi sampai syaitan boleh tumpang sekaki. Nauzubillahminzalik.

Bila down, tak kan la kita sikit-sikit nak luahkan kat social media yang kita sedang down. Wei aku tengah sedih ni. Tak sesuai. Jangan sesekali bercerita pada manusia lain bila kita sedang bersedih dengan sesuatu cabaran. Nak cerita pun, tunggu emosi mula stabil dan keadaan mula reda. Sebaiknya luahkan pada jalan yang betul iaitu cari DIA dulu. Sebab Dia yang izinkan rasa tu wujud dalam diri kita. Wujud sebab nak test kita ni manusia bersyukur atau manusia kufur. Yang kuat komplain, yang kuat mengadu sana sini tu, biasanya sah-sah memang kurang bersyukur. Sebab cari manusia berbanding luahkan pada pencipta manusia tu sendiri.


 Biasanya sal memang akan paksa diri cari majlis ilmu agama. Cari persekitaran yang berunsurkan majlis ilmu yang ingatkan kita pada Quran dan Sunnah. Ni paling simple. Tapi yang ni la yang paling susah nye nak buat Ya Allah.



Nak sampai sini ni, banyak nye setan bergayut kat hati suh malas-malas nak pergi.

 Sebab jarak nak cari ilmu ni bukan dekat. Memang sekali pergi, amik masa lebih kurang sejam perjalanan.



Dengan nak usung anak-anak lagi. Dan biasanya sal memang akan cuti kan diorang je dari sekolah. Sebab tak terkejar nak ulang alik amik diorang kat sekolah.


 Sambil tu anak-anak pun boleh duduk dan dengar sekali ilmu paling wajib belajar ni.


 Sal suka datang awal. Sebab suka duduk depan. Nak tengok muka guru jelas-jelas. Dari zaman sekolah lagi, memang sal suka rebut seat depan. Sebab sal sedar diri, sal ni jenis lambat pick up. Jadi memang nak kena betul betul focus masa belajar. Dan duduk depan adalah antara cara untuk mudah focus dalam majlis ilmu.



 Yang sal tengah sembang-sembang ni bukan calang-calang orang.



 Maksud bukan calang-calang ni bukan la sebab beliau somebody ke apa.



 Tapi sebab kisah bagaimana beliau kuat dan bersabar dengan ujian Allah untuk teruskan hidup.



 Kakak ni umur dah cecah 60 tahun. Tapi Masha Allah berseri lagi muka dan nampak gagah.



 Bila tanya, dia jawab semuanya amalan dari ayat al-quran. Dari muda lagi beliau dah berguru dengan ustazah untuk surah-surah amalan. Kak Nor ni pernah mengidap ketumbuhan otak. Stage dua jugak katanya. Dan siap tunjuk lagi pada sal kesan lekuk di kepalanya yang dah selamat dari pembedahan. Subhanallah. Besar nya rahmat Allah buat hambaNya yang sentiasa yakin dan percaya bahawa setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan.



 Alhamdulillah bila kita kejar ilmu akhirat, rezeki dunia pasti ada.



 Besar kecik semuanya dari dia. Kena besyukur dengan apa yang di beri. Dan jangan kufur setiap kali di beri rezeki yang melimpah ruah. Sebab ujian dalam kesenangan tu lebih bahaya berbanding dengan ujian dalam kesukaran.



 Alhamdulillah. Suami yang baik juga merupakan rezeki terbaik buat sal dan anak-anak.



 Habis tafseer class dan urusan stokis juga postage, kita makan kat tempat favret kami.



 Anak-anak suka barli suam. Memang sal dah amalkan supaya diorang ni biasakan minum air tanpa ais. Sebab sal dah alami macam mana buruknya kesan bila pagi petang siang malam tegur air sejuk. Jadi, biar kita jaga pemakanan anak-anak kita supaya tak jadi macam kita.



 Asam pedas paling power kat KL Selangor. Uol wajib cuba. Nama tempat ni GEROBOK DANGA CAFE, yang terletak di Damansara Damai. Wazw je nama Gerobok Danga Cafe tu in shaa Allah mesti akan jumpa. Atau boleh call 011-23727729 untuk dapatkan landmark atau buat confirmation tempat.


 Rasa nya setiap bulan memang akan jejak kaki kat sini. Masa mula-mula dulu, boleh dikatankan setiap 3 kali seminggu pasti akan menjamu selera kat sini.



 Dan menu wajib kami semestinya Asam Pedas Ikan Merah atau Ikan Jenahak. Siap minta kuah lebih untuk buat hirup. 



Makan puas-puas. Dan yang bestnya esok confirm lawas.








No comments:

Post a Comment