Friday, February 9, 2018

Mendekati Duta Premium Beautiful Fazura


Apa yang mendorong Fazura untuk terima tawaran menjadi Duta kami?

Jawapan Fazura yang cantik jelita ni:
Apa bila saya menerima sesuatu tawaran untuk menjadi duta produk, saya akan berfikir dulu dengan mengkaji latar belakang syarikat tersebut, especially dari segi reputasi, kualiti produk, rancangan masa hadapan mereka, serta keterlibatan mereka dalam program kebajikan dan kemasyarakatan. 

Saya tak mahu terburu-buru kerana ingin berikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang dilakukan.


Sebagai duta syarikat, saya adalah sebahagian dari syarikat tersebut. Maka, saya perlu pastikan bahawa saya mewakili syarikat yang berwibawa dan berhemah.


Secara peribadi, syarikat yang berprestasi tinggi tapi aktif dalam aktiviti kebajikan, sangat menarik hati saya. Maka, ciri-ciri yang saya sebutkan tadi perlu dititikberatkan. Dan saya pastikan mereka memenuhi kriteria yang saya sebutkan sebelum saya terima tawaran mereka.


Saya teruja bila mengetahui majoriti usahawan Sahajidah adalah wanita. Ramai usahawan wanita yang berjaya mengubah kehidupan dan dapat tingkatkan taraf ekonomi mereka bila menjadi usahawan Sahajidah. Ia satu pencapaian yang membanggakan.


Saya sangat tertarik dengan progran memperkasakan wanita yang dijalankan oleh syarikat. Hingga mendapat ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI di bawah kategori Memperkasakan Wanita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Selain tu, syarikat ni unik kerana ia satu-satunya syarikat yang mengisytiharkan cuti khas pada semua kakitangan sempena Sambutah Hari Wanita Sedunia! Secara ringkasnya, saya melihat Sahajidah Hai-O Marketing sebagai syarikat Dinamik dan "Exciting" kerana didominasi oleh generasi muda.




Ramai yang ingin tahu tentang peranan dan penglibatan Fazura sebagai Duta Sahajidah Hai-O Marketing.

Jawapan Fazura yang paling manis ni:
Saya kini terlibat dalam kerja-kerja mempromosikan Produk Min Cha dan koleksi Kasut dan beg tangan di bawah kenama Infinence untuk product premium dan lifestyle Sahajidah Hai-O.


Selain tu, promosi produk lain akan menyusul. Seperti siri pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful, produk makanan dan minuman kesihatan, produk kecantikan, dan penjagaan diri.


Sebagaimana yang diketahui ramai, saya juga usahawan. Jadi, saya gembira dapat berkerjasama dengan Usahawan Sahajidah Hai-o selain berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan saling memberikan motivasi supaya kita sama-sama berjaya dalam bidang keusahawanan.


Saya berharap, dapat berkongsi kisah pengalaman saya sebagai usahawan dan juga dapat belajar dengan usahawan Sahajidah Hai-o tentang strategi dan teknik perniagaan yang kontemporari dan berkesan.


Menjadi duta kebajikan adalah suatu pengalaman baru buat saya Jadi, saya teruja untuk memberikan yang terbaik sebagai duta kebajikan dan menjayakan aktiviti kemasyarakatan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Jom sal belanja gambar-gambar best sepanjang sesi Meet And Greet bersama Fazura.

Event meet and greet with Fazura ni by invitation sahaja. Sempena majlis rasmi memperkenalkan Fazura sebagai Duta Premium Beautiful. Eh paling tepat, Duta Syarikat.


 Diadakan di One World Hotel. Ala hotel yang betul-betul sebelah One Utama tu. 


 Best betul tak pasal-pasal dapat free invitation dari syarikat. Dapat la peluang laga pipi dengan Duta Premium Beautiful, Fazura ni jap lagi.


 Sambil tu, ada official Launch our new product, Min Cha Tea nama dia. Teh ni teh favret Fazura. Mula-mula tak berkenan jugak sal dengan Tea Hitam bergaram buluh ni. Tapi sal percaya, setiap produk yang syarikat keluarkan, semuanya ada la hasil dari R&D yang terbaik. Dan bila dah mula rasa, terus jatuh cinta. Sehari, sal boleh minum 3-4 sachet terus. Rasa Min Cha Tea ni memang lemak berkrim. Tapi sangat berkhasiat. Especially untuk orang yang high kolestrol macam sal ni. Antara khasiat utama Min Cha, Min Cha bantu reduce kan tahap kolestrol dalam darah. Kalau uol nak FREE SAMPLE, boleh cari sal ;)


 Eh Alvin Chong pun ada. Dah la tak jawap awak suka saya tak? Hehe. Sal baru terjebak tengok cerita Alvin Chong dengan Emma Maembong dalam saya suka awak tu. Best cite dia. Perasan remaja pulak bila layan cerita tu. Dua-dua kiut. Eh korang, couple la betul-betul.


 Cantik macam baby doll Fazura ni. 


 Ready for lunch

 Majlis rasmi sebagai Duta Syarikat yang sangat kukuh di pasaran. Betul la Fazura ni Intelligent. Sebab Fazura decide untuk jadi Duta pada syarikat gergasi yang banyak menyumbang pada aktiviti kemasyarakatan.


 Don't worry Fazura. We Love u. Selamat Datang dalam keluarga kami. This is the proof yang Syarikat ni memang kukuh untuk dinaungi sebagai usahawan. Sebab nama-nama besar dalam dan luar negara mula melibatkan diri untuk sama-sama membangun bersama syarikat. Antaranya Prof Datuk Jimmy Choo, Rizman Ruzaini dan hari ni Fazura. Dan lagi sorang, Salleha. Eh. Nak jugak.


 Touching pulak dengar lagu-lagu motivasi dari new album Fazura.


Nah. Amik tisu. Sapu la airmata mu itu.


Ada la tu yang Fazura renungkan. Sampai mengalir air mata dia masa ni. Kita tak duduk kat kasut dia. Dan dia pun tak duduk kat kasut kita. Masing-masing ada kasut sendiri. Size pun tak sama. Jadi, tu memang lumrah kehidupan. Setiap orang tak kan lari dari terima cabaran hidup. Kena ingat, kita bukan nya duduk kat syurga lagi. Sebab tu tak boleh berangan nak hidup senang tanpa kena uji dulu. Setiap orang, setiap keadaan yang kita jumpa, kita tak kan lari dari di uji bertubi-tubi. Tu syarat untuk berjaya kat last check point kita nanti. Tengah menulis pun ni sebenarnya sal di uji, dan uol yang tengah membaca ni pun sebenarnya tengah di uji. Sal di uji untuk menulis benda yang baik-baik, walau kalau ikutkan nak tulis je benda yang caci maki dan perli memerli orang. Dan uol pulak di uji dengan ujian bersangka baik setiap kali membaca apa yang sal tuliskan.


Tahniah Fazura atas pelancaran album baru.


 Makeup mahal tak pe teriak lama pun. I feel u Fazura. Tangisan kejayaan nama nya kan.


2 November 2017 adalah tarikh keramat Fazura bergelar Duta kami.


Premium Beautiful Expert Ready for registration. 


 OOTD. Ada jugak yang pernah tanya sal OOTD tu apa? OOTD tu stand for Outfit Of The Day.
So hari ni sal pakai baju Jovian. Tak ingat dah bila beli, Sebab memang beli tapi tak pakai lagi. So bila ada event dengan Fazura ni, senang keja tak payah nak struggle keluar cari baju. Pakai je Baju Jovian Mandagie dari Shah Alam ni. 

Shawl pulak, shawl lama dah. Sal suka shawl ni. Beli kat butik Azalea. Butik Kawan sal yang cantik jelita macam fazura jugak. Nama dia Aliah Rashid. Mesti ada yang kenal. Isteri Doktor yang dulu penyanyi kumpulan Saujana.

Rantai bulus tu beli kat Vendor Scha Alyahya. Garderobe.


Nak dapat invitation red carpet Syarikat ni pun ada term and condition dia tau. Syarikat utama, kita adalah seorang CDM. Dan kena achieve personal sales dan group sales yang dah ditetapkan.


 A cup of tea makes everything better.


Do it with passion, or not at all.


 Both of us wearing Premium Beautiful and drink Min Cha Celebri-Tea. You all must try both of this Luxury Lingerie Corset and Premium Tea ya.


Yang ni Dr Rosma. Doktor Pakar bius. Pun one of otai dalam Premium Beautiful. Mula-mula berniaga dulu, ternganga mulut bila dengar perkongsian ilmu dari senior-senior PB Expert ni.


Ni yang best ni bila event ni by jemputan khas je. Sebab tak payah rebut-rebut nak bergambar dengan Alvin Chong. Alvin ni fasih cakap melayu. And dia juga singer. Masa jumpa ni sal terus tanya "Awak suka saya tak?" Tanya depan husband pulak tu. Memang cari nahas namanya ko Salleha. Huhu. Tu gimik je saje nak sakat Alvin. 


 Thanks SHOM sebab belanja kami lunch Chinese Cuisine yang sedap. Rege lunch ni kalau makan sendiri mau telan-telan air liur nak membayar. Tapi alhamdulilla dapat rezeki makan free dari event meet and greet bersama Fazura. Kuda tengah tu tak boleh makan rasanya. Just for decoration.


Alvin Chong pun nyanyi masa ni. Yang sal tau ni lagu cerita saya suka awak tu. Baby baby baby jangan tinggalkan aku.


Event kami dari pukul 10 sampai 3 petang. Jangan risau, tiada aktiviti membawang sepanjang majlis. Yang duduk sebelah ni bukan calang-calang orang tau. Beliau adalah seorang Doktor. Doktor Tentera. Dr Huda Ibrahim. Veru down to earth person, sama macam Fazura dan mentor kami CDM Haji Azlan dan CDM Hajah Siti Rohana.


Solat jap. And sambil tunggu turn suami, lepaks la dulu kat depan surau ni.


Bestnya Fazura ni. Aura tak sombong dia tu dapat rasa.


Siap sal ajak buat muka kiss pun dia ok je.


Hhahaha. Cian Fazura. Terpaksa layan kan aje Sal ni. 


Sila jeles. Huhu ngengada nak laga pipi dengan Fazura.

Untuk uol yang teringin nak belajar mula kan bisnez, jom try mula kan dengan jual product orang dulu. In shaa Allah sal and team boleh guide uol untuk jadi suka, dan faham dengan jelas perjalanan bisnez ni macam mana. Cuma kejayaan perlukan proses. Jangan la expect boleh cepat sangat dapat result. Yang penting terus mula dan terus buat sampai dapat.


Salleha Roslan,
Business Mentor and The Real Premium Beautiful Expert.





No comments:

Post a Comment