Monday, December 18, 2017

Free Group Coaching by CDM Salleha Roslan

Kepuasan akan datang bila kita buat sesuatu yang datang dari jiwa. Bukan senang nak membina. Bukan sekelip mata, dan ada ketika, kita ibarat di hina dan diperguna. Bukan tak de pengorbanan masa, tenaga dan wang. Semua tu diperlukan untuk kita lebih berjaya lagi. Jangan declare kita ni orang berjaya, bila kita tak sekuat usaha menjayakan orang lain juga. Jangan declare kita orang berjaya bila kita pandang orang lain hanya sebelah mata. 


Orang kata sal dah berjaya. Hakikatnya sal sendiri masih rasa kecik sangat diri sal ni jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat lagi dari sal. Sal masih bertatih lagi. Masih banyak yang perlu dibaiki untuk sampai ke tahap jutawan dermawan budiman. In shaa Allah semoga Allah izinkan hajat untuk bergelar jutawan muda. Siapa tak nak kaya dunia, syurga akhirat? Tu semua dream setiap orang kan.

Tapi hakikatnya, nak capai kedua-dua puncak kejayaan dunia akhirat ni, perlu mujahadah. Mujahadah tu tak mudah. Tapi pengakhiran nye jika kita laksanakan ikut perintah Allah dan Rasul, dah semestinya ganjaran dia sangat Indah. Ya Allah kuatkan kami, bimbinglah kami, bantu kami supaya tak terpesong untuk ke dunia hakiki.



Hari ni sal ada buat special group coaching. Group coaching ni FREE je, Sal memang suka belanja coaching percuma pada team sal. Sebab nak belanja duit cash tak berapa sesuai. Jadi kita belanja skills yang ada. Tak de la skills power pun. Just ilmu yang ada dari pengalaman sal je. Means apa yang sal dah buat, dan sal dah dapat, ilmu tu la yang sal turunkan pada mereka.

Group coaching hari ni sal pilih untuk buat kat tempat favourite kami. Bukan apa, kat sini lengkap kemudahan. Semua ada. Surau setiap tingkat. Toilet besar dan bersih. Nak makan pun senag dan murah. Parking pun ok la walau kena naik buggy kan. As long as kemudahan parking tu tersedia.

Group coaching hari ni sal book satu bilik perbincangan kat Library Shah Alam ni. Alhamdulillah mudah sesi booking discussion room di Perpustakaan Tun Uda hari ni.  Kami dapat bilik perbincangan di aras 1. Bilik untuk 8 orang. Besar dan selesa bilik perbincangan dia. Thanks ya Kerajaan Negeri Selangor sebab sediakan kemudahan terbaik ni untuk semua rakyat jelata.

Rate sewa bilik perbincangan ni RM5.30 je sejam. Sal amik 3-4 jam.Berbaloi sangat rate dia. Dah la facilities terbaik.


Group coaching ni ada 6 orang yang terpilih. Sal pilih bukan sebab pilih kasih. Tapi sal pilih ikut komitmen mereka. Komitmen yang paling sal suka peratikan adalah:
1. Mereka jenis datang class fizikal
2. Rajin respond 
3. Wall social media mereka sentiasa bergerak aktif


Senang kata, mereka rajin bertempat.
So sekarang kita bantu untuk tambah 'smart' pada tindakan mereka pula.


 Bagus diorang ni. Bukan takat komited je. Tapi siap punctual. Jaga masa. Ni antara ciri orang yang mudah berjaya. Mereka faham cara urus masa.

Ada yang datang dari utara pun iye. Yang ni memang luar biasa hebatnya. In shaa Allah semoga kejayaan mudah menghampiri mereka semua yang sentiasa gigih berusaha untuk berjaya. 

Team sal ni datang dari berbeza latar belakang. Ada yang memang senang dari segi kewangan. Ada juga yang merangkak untuk bergerak. Bukan merangkak apa, dari segi belanja minyak dan tol tu. Ye la, duduk lembah klang ni, pergi la mana pun, semuanya nak kena tembus toll. Dan minyak pulak dah semestinya kena isi.

Sal bukannya tak pernah merasa pahit getir  masa tak de duit banyak dulu. Jadi sal faham sangat situasi mereka yang tersekat-sekat pergerakkan untuk ke majlis ilmu. Sebab tu sal teruskan je buat bisnez ni sampai siap CDM. Sebab sal tak nak ulang buat kerja penat sepanjang hayat. Biar kita penat sekejap je. Penat tau bila tak cukup duit ni. Jadi dah alang-alang buat, biar kita focus dan buat sampai duit bukan lagi jadi halangan pergerakkan kita untuk ke mana saje.


 Syarat nak guna bilik perbincangan di Perpustakaan Raja Tun Uda ni, Kita kena sign up sebagai ahli library. Percuma je registration dia. Boleh daftar terus kat computer yang di sediakan di kaunter library. Macam sal sewa bilik yang untuk 8 orang kan, jadi 8-8 orang tu perlu register as a member. Baru la boleh guna kemudahan yang ada di bilik perbincangan.


 Hehee serius kan mereka fill up the form.


 Yang ni sarat-sarat mengandung pun datang jugak. Tabik spring untuk Hasikin Ali.



 Raja Siti Suhaida ni pun sal kagum jugak. Dalam ahli keluarga kurang sihat pun, ida sanggup luangkan masa sekejap untuk belajar sesuatu hari ni. Semoga mudah segala urusan Ida sekeluarga. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk ida hari ni, hingga Allah izinkan Ida untuk hadir ke majlis ilmu hari ni.


Lepas dah register, baru la boleh masuk ke discussion room.




Tau tak apa motif gambar ni di ambil?
Gambar yang background nya kosong. Sebaiknya Background putih?

Ni tujuan dia adalah untuk bina Trust jugak. 
Trust melalui "Gambar Profile" kita. Sebab nak buat bisnez, nak orang beli dengan kita, elakkan letak gambar bunga ke, gambar kartun ke, gambar artis korea ke, quotes ke, gambar pak atan ada kocing ke sebagai Profile Picture kita. Sama sekali kena elakkan. Jadi, profile picture adalah perkara utama yang sal akan tekankan pada team sal setiap kali berpeluang untuk berkongsi pengalaman.

Jadi untuk usahawan baru, yang belum sempat nak buat photoshoot kat studio, kita boleh guna teknik paling mudah ni. Teknik amik gambar profile dengan jadikan dinding cerah dan kosong sebagai background. Atau maybe uol boleh tampal kerja mahjong yang warna putih tu ke masa nak bergambar kan. Dan profile picture mesti la separuh badan je. Tak perlu nampakkan keseluruhan badan kita. Amik dari pinggang ke atas sahaja. Make sure crop mana-mana bahagian yang tak diperlukan. Biar nampak kita dan background kosong kat belakang je.












 Mencurah-curah idea dan tenaga bila duduk dalam circle yang tinggi kemahuan macam ni. Terima kasih uol sebab energy uol sangat positif hari ni. Tak rasa stuck pun untuk keluarkan ilmu pengalaman yang ada, bila aura positif semua bergabung.








Mentor cakap apa yang kita beri akan buatkan kita kaya, bukan apa yang kita terima. Terima kasih sahabat usahawan semua atas komitmen anda. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat bersama. In shaa Allah kita jadi usahawan berilmu pyang rajin menuntut ilmu dan amalkan ilmu tanpa jemu.
















Premium Beautiful Trusted Agent Ampang.

Skill posing pun diperturunkan :D



Habis group coaching terus cari anak-anak. 

Ya Allah anak ku.

Ni la dia rupa anak bila 2 jam ayah jaga :D


 Dah macam cermin pulak. 


Jika anda teringin nak jadi sebahagian dari family members kami, teringin nak belajar berniaga, boleh tetapkan niat dan terus hubungi sal sekarang untuk kita terus mulakan tanpa nanti. Sebab nak berjaya ni sekejap je. Yang buat kan kejayaan tu jadi lama, adalah sebab kita banyak sangat menunda masa. Lebih banyak berfikir dari terus bertindak. Jadi teruskan tindakan anda untuk whatsapp sal di wasap.my/601116311641 SEKARANG.

No comments:

Post a Comment