Monday, December 18, 2017

Free Blogging Class by CDM Salleha Roslan

Penting ke BLOG ni untuk peniaga online?

Memandangkan sekarang ni sal merupakan salah sorang dari peniaga online tegar, ni je keje sal sekarang. Lepas dah hantar surat resign pada boss masa July 2014 hari tu. So sekarang, bisnez online adalah kerjaya sepenuh masa sal. Jadi kalau uol tanya penting ke tak blog ni untuk orang yang buat  bisnez online, jawapan sal DAH SEMESTINYA PENTING YAKMAT.

Kenapa nak kena ada blog?
Wajib ada blog kalau uol nak bina trust dalam kerjaya online ni. Nak pulak macam sal ni jual product 4 angka. Jadi lagi la nak kena kuatkan personal branding melalui blog. So mudah nak bina kepercayaan orang luar untuk dapatkan product dan service kami. Sebab product utama sal adalah Premium Beautiful. Harga Premium Beautiful ni pun orang dah sedia maklum dah, harga sebulan gaji majoriti rakyat Malaysia.

 Dan service yang sal sediakan adalah service mengajar orang untuk berniaga. Yang berminat nak jana pendapatan geli-geli RM1,000 ke RM10,000 sebulan tu sesuai sangat belajar berniaga dengan kami. Sebab modal bisnez ni mampu mula. Tak de paksaan buat loan. Boleh mula dengan apa yang ada di tangan. Asalkan nak belajar dan sedia di ajar, in shaa Allah makin mudah untuk anda berjaya. 


Jadi kali ni, sal sediakan free group coaching untuk bina blog percuma pada team. Kalau uol search kat google perkataan "Premium Beautiful' sekarang, boleh dikatakan page 1 sampai 3 kat  google tu, semua adalah teammate sal. Sebab usahawan team kami dah disuntik minda mereka untuk menggerakkan medium marketing percuma ni selain di facebook dan instagram. Sebab serius buyer adalah 70% datangnya dari blog. Orang luar suka tanya Mr Google kalau diorang teringin nak beli sesuatu yang diorang memang nak. Jadi ni la peluang kita untuk kedepankan blog kita supaya kita jadi pilihan utama pembeli yang ada kuasa membeli product yang tinggi value nya.


Untuk sesi free coaching hari ni ada muka baru, jadi mereka perlu sign up dulu. Sebab nak guna bilik perbincangan di Library Shah Alam ni, perlu daftarkan maklumat peribadi terlebih dulu. Dah register as member, baru boleh guna kemudahan yang ada.


Free Coaching. 
It's ok bila orang kata kalau kita bagi ilmu free ni orang akan anggap macam sampah je. Tak apa. Itu terpulang pada diri masing-masing. Tugas sal, beri je apa yang ada. Tengah ada ilmu yang boleh dikongsikan ni, sal share je sepenuh hati pada orang lain. Mana tau ilmu ni la esok yang bantu berat kan timbangan sal kat sana nanti. Sebab nak ajar ilmu baca quran sal tak pandai. Jadi sal share je ilmu blogging ni secara percuma pada team sal.



 Sal jugak redha je andaikata kita ajar, ajar dan ajar, mereka yang kita ajar ni, pergi buat bisnez lain. Tu pun it's ok.... ;)

Redha je. Kita beri je apa yang kita ada. Hati manusia Allah yang pegang. Kita pulak, pegang tanggungjawab kita untuk berkongsi ilmu pada orang lain. Bayarannya mungkin tak ada sekarang, tapi in shaa Allah bayaran dia kita akan dapat masa hari timbangan. In shaa Allah mudah-mudahan. Jadi tak perlu persoalkan bab rezeki ni. Sebab apa yang Allah dah aturkan untuk kita tu semua nya adalah yang terbaik. Didik hati untuk sentiasa berlapang dada dan pandang hikmah di setiap kejadiaan yang berlaku.


Sebelum mulakan sesi free coaching untuk blogging, kita amik feel musim sejuk dengan penguin yang diimport dari Antartika ni.

























 Bila tak tau nak pilih gambar yang mana, kita letak je semua gambar. Kan senang. 


 3 hours bertapa dalam discussion room ni.


 In shaa Allah ilmu blogging ni bila konsisten buat, hasil dia memang luar biasa hebat. Uol tido pun order boleh masuk. Blog ni ibarat tanam pokok durian. Uol nak tanam musang king ke, udang merah ke, tu terpulang, Sebab memang bina blog ibarat tanam pokok durian. Perlu kan kesabaran sementara nak tunggu pokok matang dan subur.

Kalau nak result yang cepat, maybe uol boleh invest untuk e-commerce. Masuk la Ali baba ke, tapi besar jugak la belanja nya. So terpulang. Yang sal share ni memang teknik untuk yang bajet tak berapa nak besar. So kita main strategi macam ni dulu. Bila pulangan dah makin berbuah, boleh la tukar strategi marketing pada bajet yang lebih besar.










Nothing worth having comes easy.
Success is simple, do what's right, the right way, at the right time.



No comments:

Post a Comment