Tuesday, October 31, 2017

Resipi Wadai Kipeng




Siapa sini geng Banjar #Kulaan

Arai mak mertua bila sal request nak buat video cara buat Wadaikipeng ni. Bersungguh gi kedai cari barang. Pastu siap susunkan bahan-bahan. Hehee. Mau tak seronok, sebab resipi warisan ni kalau tak diwariskan, hilang pulak nanti.

Ni la dia resipi warisan turun temurun orang Banjar. Dibuat dengan penuh kasih sayang.

Sal bukan orang Banjar, tapi sejak kawin, baru merasa makan kuih warisan ni. Sebab family suami orang belah Banjar.

Mesti ada yang kerut dahi bila nak menyebut Wadai Kipeng tu kan. Apa ke bende la pulak Wadai Kipeng ni. Sebenarnya Wadai tu maknanya kuih dan Kipeng tu adalah benda yang di tekan. Kalau ikutkan, cara nak sediakannya lebih kurang sama je dengan Puteri Mandi. Memang sama sangat. Cuma kuahnya tak sama.

Jom tengok apa Bahan-bahan dan cara nak buat Wadai Kipeng ni.

Bahan-bahan  
(Boleh makan untuk 15-20 0rang)
1. Santan Sebiji
2. Gula Melaka Seketul
3. Nangka di potong dadu (Tak nak pun tak apa)
4. Tepung Pulut 500 gram
5. Gula Perang 200 gram
6. Kapur sikit dan Garam secubit

Cara buat Wadai Kipeng:
1. Basuh gula keras. Rebus gula keras dan gula perang berasingan. Tak boleh geng masa rebus. Biar hancur sebati.

Sambil tunggu gula sebati, boleh la buat bahan uli dulu.
2. Campur secubit garam dan sedikit kapur dalam semangkuk air suam. Kacau sampai larut.
3. Tuang sikit-sikit air campuran garam dan kapur tu dalam tepung pulut.
4. Sambil uli, sambil letak sikit air. Tak boleh letak sekali harung, sebab nak tepung betul-betul sebati
5. Lepas tu gentel kecik-kecik sampai habis tepung yang di uli tadi

Dah siap uli, next :
6. Masak santan pekat bersama gula merah, gula melaka dan garam secukup rasa
7. Rebus sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang di uli, masukkan nangka dan tunggu tepung timbul

Senang sangat. Selamat mencuba.

Boleh #SHARE kalau tak nak hilang resipi ni.

Makan panas-panas memang SEDAP. Nak pulak tengah musim hujan ni kan :D

No comments:

Post a Comment