Wednesday, October 25, 2017

Geng STOB PB 2017 - Ilmu Personal Branding by Cikgu June Mohd Som

Semuanya Allah dah aturkan.

Benar. Tu la yang sal cuba sampaikan pada diri sendiri. Semua yang sedang kita lalui hari ni, semuanya adalah datang dari Allah. Ada masa, dalam hati tetiba rasa sayu. Ada masa, menangis tak berlagu bila dahi dan sejadah bertemu dengan yang satu. Sedih. Tapi Alhamdulillah tak terasa pedih. 

Orang yang ada iman, dia tak kan marah. Dia takkan cepat menggelabah. Buat apa nak rasa rebah bila kita masih berkiblatkan kaabah. Ignore je manusia lidah bercabang. Amik pengajaran. Jadi kan modul pembelajaran buat diri sendiri. Lesson learned. SILENT IS THE BEST REPLY TO A FOOL. Remember that.

Yess. Sal buat silap. Kesilapan paling besar. Kesilapan yang tak mungkin sal ulang sampai habis hayat. Hati di siat-siat. Tapi kena terima la, sebab setan tu rajin. Dia rajin bantu untuk sesatkan keturunan Adam. 


Tak apa Sal awak nampak bodoh, tak apa sal awak nampak macam real punya bersalah. It's ok sebab kebenaran akan hapus kebatilan. Tu je cara sal pujuk hati untuk sentiasa tenang dengan qada qadar ilahi.



Bacalah selalu "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" Kerana kalimat ni dapat menghilangkan segala kesusahan dan kesedihan.


Alhamdulillah tak de dendam yang tersimpan dalam setiap kejadian yang berlaku. Mungkin redha tu dah mula sebati dalam diri. Redha dengan apa je yang berlaku tanpa di kawal. Sebab perjalanan hidup kita ni, semuanya adalah ujian. Kita sedang di uji. Kita sedang diajar dan kita sedang di tegur melalui satu demi satu kejadian. Jadi jangan sesekali hidup di puji, mati dek keji.

Jangan salah kan orang lain. Sebab hidup kita, kita yang pilih. 


Sal sentiasa ingat suara Ustazah. "LIFE IS A TEST."
Jadi bersabar la. Sabar bila di hina. Sabar bila ditertawa. Sabar bila gagal membina. Sabar sal, sabar. Sebab hidup memang tak ada yang sempurna. Kita perlu terima kenyataan ni. Nobody's perfect. Dan tak kan ada keadaan yang buatkan kita rasa sempurna. Kita tak gagal selagi kita masih mencuba.

Life Is Beautiful
.
.
.
.
.

Ishhh. Sal nak share kisah  bertemu jodoh dengan The Real Cikgu Personal Branding ni sebenarnya. Cikgu June Mohd Som. Ala cikgu yang ajar cara huru hara kan sales merimbun kat facebook tu. Yang ada orang kata ilmu kampung cap ayam tu. Tak baik tau. Ilmu ni la yang buatkan wall korang tak tepu, dan ilmu ni la yang buatkan korang berniaga dengan fun-fun je. Jangan pandang rendah dengan ilmu sesiapa pun. Sebab segala ilmu mereka, Allah yang pinjamkan. Walau berbeza pendapatan dan fahaman, tak perlu keluarkan ayat-ayat sinis merendahkan ilmu orang lain.


Berniaga kalau stress sangat pun tak boleh. Susah nak pergi jauh. Nak pulak kita tak di bayar gaji pun untuk buat kerja orang lain kan. Jadi chill la. Tak payah nak straight macam boss, sampai buatkan orang lain rasa terhina sangat dengan cara kita berniaga.


Sebenarnya dulu sal pun sombong. Rasa ntah apa benda ntah nak belajar ilmu huha kan personal FB ni. Bukan boleh buat sales pun. Tapi orang sombong memang akan rugi. Rupanya bila tau teknik proven, memang boleh subur periuk nasi kita sekali dengan periuk nasi orang lain yang nak berniaga kat luar sana tu.







Ni la rupa sal selama Dua hari masuk STOB.
Storytelling untuk Orang Bisnes.



Panahan PETIR Cikgu June masih sabung menyabung lagi. Dua hari berkampung dalam Class. Dari subuh ke malam untuk merenehkan otak yang beku dan melembutkan jari jemari yang kurang pandai menari.

Dua hari ni jugak la satu persatu RAHSIA mudah Femes Berstrategi di BONGKARKAN kaw-kaw!
Dari BOP Online ke BOP Worksyop. Tak sampai sebulan terus rakus nak belajar advance lagi dalam STOB.


Sal kenal cikgu since 2015. Tu pun kawan yang inbox ajak gi class cikgu. Masa tu memang malas la nak layan class bayar-bayar ni. Lagi pun nampak macam tak best je cikgu ni. Hahaa. Ampun Cikgu. 🙏🏻
Selang dua tahun, datang kot mana la pulak saka-saka Cikgu ni mengekor. Kita masuk google ada muka cikgu. Kita masuk youtube, ada muka cikgu. Kita masuk Facebook, dah confirm la ada muka cikgu jugak. Eeee merata tau ikut orang. Memang membela sungguh.

Sebab rimas, terus klik wall cikgu. Nak tau la jugak apa yang best sangatnya Cikgu June Mohd Som ni?! Seteressss. Cer citer cer citer apa best nau cikgu ni 🙄
Bila dah klik tu, hamik kau. Terus check mate. Terus sign up BOP FB dan dan tu jugak. Masa tu lepas raya. Then buka pulak worksyop BOP. Terus attend class. Sebab style sal memang suka belajar berdepan. Dah attend BOP and apply beberapa tips, ketagih pulak nak masuk STOB. MasukSTOB memang bagai ditikam-tikam jemari halus bak bidadari ni.
Berbaloi la pejam mata keluarkan 4 angka. Siap usung 3 anak dan check in kan kat hotel sebelah class untuk dua hari.

Ilmu marketing berstrategi dengan zero cost. In shaa Allah konsisten amalkan Confirm menjadi. Ilmu ni ada masa matang. Dah matang nanti, in shaa Allah 7 keturunan makan tak berenti. Aamiin.

Ada sesiapa tak yang nak tahu apa dia Senjata untuk buat sales merimbun dan cara mudah kembangkan business? Sila tinggalkan jejak di bahagian comment.


 Kenangan hari pertama class STOB. Sabtu. Kelas mula pukul 9.30 sampai 10.30 malam.

And the journey begin.
Sejarah yang tak mungkin sal lupa kan. One day, i will reveal it. I will let the world know what the story behind all of this journey.


 Banyak nya strategi perang yang tersusun dibongkarkan secara mendalam.


Memang gerun duduk depan ni. Sesenang je akan di petir. I is takut.


Waktu lunch break tangkap Cikgu June ajak berselfie jap. Alhamdulillah Cikgu panggil sal team "Jejuts" Amiin. Semoga mudahkan segalanya.


 Ni founder MMG minyak urut yang yang tengah hot viral sekarang ni. Cik Lily Wahab nama dia.

Gile ngko. Buat Personal Branding aje pun dah boleh develop juta sales. Dah la still keje lagi. Macam mana tu? Nampak sangat kesungguhan dan effort Lily Wahab ni luar biasa hebat. Suka founder-founder dalam ni. Semua jenis Walk The Talk. Founder yang memang ada ilmu dan buat ilmu yang di canang-canangkan tu. Bila buat, baru la tau apa perlu improve dan lagi senang nak mengajar pada team. Lain la kalau sales dah konsisten juta-juta sebulan, nak bawa lagak the real CEO pun tak kisah dah. Selagi sales masih semput, nak cecah 100k pun sangkut-sangkut, Sal cadangkan, cuba rendahkan dulu sikap bossy kita tu. Bawa-bawa bersabar, bawa-bawa sedar diri sikit yang kita masih perlu belajar ilmu mendaki tangga dengan step by step.



 Bersama Mameen and Kak Umie. Founder Fateema Shawl and Founder cake power Kak Umie ni.


 Second day STOB August 2017








Masa tadika belajar 1 tahun.
Sekolah rendah 6 tahun.
Sekolah menengah 5 tahun.
Degree 4 tahun.

16 tahun belajar. Tapi tembam je masa dulu. Payahnya nak Kurus!

Ni baru dua hari Belajar, tapi rasa macam dah kurus sangat pulak. Sebab dua hari ni memang selera makan 3-4 suap nasi je. Mesti sebab kenyang sangat makan ilmu strategi power class STOB ni.

Sal ni kuat makan tau. So kalau uol nak kurus cepat, rerajin la belajar ye. Dan amalkan makan nasi 3-4 suap je 😅

Sebenarnya nak bagi tau, happy sangat hari ni bila ada someone hadiahkan baju ni pada sal. Happy sampai termenangis. Sebab sal dapat baju ni masa hari beliau naik stage award sebab berjaya lengkapkan 60,000 sales. Boleh pulak dia tau kan, sal pakai size apa?





Sepanjang dua hari bertapa dalam class STOB ni, kami anak beranak di hangkut untuk sama-sama bermalam kat sini. Hotel Bangi Gateway. Senang nak ulang alik. Sebab class dengan hotel sebelah-sebelah je. Kalau tak jenuh juga en suami nak ulang alik dari rumah ke bangi yang makan masa sejam perjalan pergi dan sejam perjalanan balik.

Rate harga untuk bilik 4 orang ni dalam RM150 Kalau tak silap. Ok la bilik dia. Luas. Nak makan pun senang. Tapi tu la, bila dah bawa tetiga Damia Danisha Danish ni sekali, memang total cost sara hidup diorang tu cecah almost 1,000 duduk dalam Bangi Gateway ni je. Dengan beli mainan nye lagi, beli baju bagai. Peluh tiak ayah ko nak. 

Ok in shaa Allah nanti sal sambung lagi.
Apa pun, jaga niat, raikan perbezaan. Tak perlu berbalah dan tak perlu mempengaruhi orang lain untuk berbalah. Hidup tak lama pun, biar ilmu yang kita belajar ni adalah ilmu yang membawa kita jelas ke arah hala tuju hidup yang paling utama. 

1 comment:

  1. I think your blog is in Indonesian language.I really want to read this article as I found it super attractive but unfortunately I could not. Please try English for your blog. :)

    ReplyDelete