Tuesday, July 25, 2017

SHOM CDM Raya 2017

Million Dollar Round Table!
Ramai kan Jutawan Bisnes Corset ni.
So Biar gambar yang berbicara.


Dalam gambar ni semuanya The HIGHEST ACHIEVERS dalam SHOM. Syarikat yang dah 25 Tahun Bertapak KUKUH di pasaran. Berniaga pulak tanpa Hutang. So Confirm In shaa Allah tak kan ada kes gulung tikar dan Bonus tak di bayar.


Yang dalam gambar ni semua dah buat sales lebih 2 juta. Siap ada yang dah buat belas juta sales sebulan

Tak percaya? Tolong jangan percaya. Sebab sal pun tak percaya. Sebab tak percaya la Alhamdulillah dah 5 tahun sal dalam bisness ni. Sal mula dengan VERY SKEPTIKAL tentang bisnes ni, Bagi sal bisnes macam ni MENIPU je lebih. Ingat senang nak senang!

Sebabkan tak percaya la sal masih buat bisnes ni. Dan bila Makin Buat, Makin meleset dan melecet pulak anggapan sal pada Bisnes ni. Sebab SHOM ni memang telus tau dalam jalankan bisnes ikut syariah.

Yang selama ni orang dok canang bisnes ni tak bagus, menipu, kaut untung lebih-lebih, tu semua sebenarnya bukan dari syarikat. Tapi tu semua datang dari SIKAP tamak mereka yang bergelar agent yang nawaitunya terlari dari niat kerana Allah. Bila sikap terlalu nak kaya dunia tu merasuk dalam diri, tu yang jadi Hook By Crook pun diorang sanggup buat apa je dan janji manis apa je asalkan segala Dream Come True.

Memang betul bisnez ni satu tarbiyah. Sebab tu Allah angkat tinggi Darjat orang yang berniaga, tapi dengan syarat berniaga bawa Tawakal bukan bawa akal yang nak menipu daya dan menyusahkan orang lain yang memang tengah susah nak membina.

Plan yang syarikat tekankan sangat la relevan dan cantik sangat flow dia untuk kami follow. Jadi, pada anda yang tercari cari peluang untuk jana pendapatan dengan produk kesihatan dan kecantikkan, memang SHOM la tempat yang paling tepat untuk asah skill berniaga kita.

Kita jual product orang dulu. Masterkan selok belok Marketing dan Kehendak semasa pelanggan. Dah power boleh buat juta-juta sales sebulan nanti, boleh la fikirkan pulak untuk usahakan PRODUK SENDIRI. Jadi selagi tak cuba dan belum berjaya jual product orang, JANGAN BERANI-BERANI nak buat produk sendiri. Kita khatamkan bab yang basic dulu. Nanti dah super power, boleh je nak buat 100 jenis product sendiri pun. Sekarang ni kita ambil peluang untuk berniaga di Platform yang SHOM dah sediakan. Lagi mudah. Sebab segala product, dari segi sijil halal, KKM, Marketing besar besaran di Billboard, Radio, TV, Surat Khabar semuanya SHOM yang sediakan. Tugas kita pulak siapkan Personal Branding kita dan master ilmu marketing social media yang tengah hot sekarang ni.

NAK BELAJAR Buat DUA JUTA SALES macam sal dan usahawan-usahawan jutawan dalam gambar kat atas ni? Jom DAFTAR SEKARANG!

Bab modal tak payah serabutkan diri sangat. Yang penting jom terus mula je. Sebab syarat nak berjaya ni adalah BERMULA! 

Klik Number Fon ni je, SENANG






 Pandai jugak kan En suami tolong ikatkan riben kat belakang baju sal ni. Pagi-pagi lagi dah bersiap nak ke Event SHOM CDM Raya 2017. Alhamdulillah ni adalah jemputan kali ke 2 untuk majlis Open House yang dianjurkan Syarikat untuk usahawan mereka yang dah complete Dua Juta Sales.


 Sampai dah Setia Alam. Alhamdulillah rumah pun tak jauh mana dengan Setia Alam ni. Dalam 25 minit sampai dah.


 Tapi...........

 Sal tak keseorangan. Huhu. Kena angkut sekali Damia Danisha Danish ke Setia Alam ni dulu. Sebab majlis mula pukul 10.30 pagi. Jadi siapkan diorang sekali untuk masuk sekolah sesi petang. Lepas hantar mama, en suami kena bergegas pulak untuk patah balik ke rumah hantar diorang masuk sekolah. Baik sangat suami sal ni. Dia tak pernah merungut pun ulang alik patah pinggang nak bantu uruskan isteri dan anak-anak. Tolong doakan suami sal Panjang Umur dan sihat selalu ye untuk terus jadi ketua keluarga yang baik untuk kami. Terima Kasih.


 Jom Daftar.

 Warna warni outfit Jutawan semua di Setia Alam pagi ni. Seawal jam 10.30 pagi dah ramai yang hadir. Memang sal perhatikan, orang berjaya ni mereka sangat hargai masa dan tepati masa. 

 Kali ni daftar dengan my Protege. Pewaris Dua Juta dari No 1 Certified Premium Beautiful Expert team kami. Best kan bisnes ni sebab kita tak kan kaya sorang-sorang, tapi kita boleh bantu sama-sama kayakan orang lain jugak.


 Dah register nama, jom masuk ballroom untuk panaskan diri dengan Happy News dan makanan sedap-sedap dari syarikat.


 With Miss Jyann Tan. Head Marketing Manager of Sahajidah HOM


 Dalam Grand Ballroom Setia City Convention Centre

 With CDM Otai dalam business SHOM ni. CDM otai dalam business ni income masing-masing memang cecah RM50,000 ke atas sebulan. Ya Allah besttttnya bila income macam tu. Memang Nikmat hidup bila Bebas Masa sekali pakej dengan Bebas Hutang dan Bebas belanja.

Bab Zakat diorang ni kita tak payah pertikaikan. Sebab orang berjaya ni dia tahu tanggungjawab dia untuk part Zakat. 

Bukan apa, sal memang akan senyum je bila setiap kali jumpa orang yang sinis dengan orang berniaga ni, soalan kegemaran diorang adalah "dah bayar zakat?" "Zakat jangan lupa"
Hahhh :)

Terima kasih sebab ingat dan mengingatkan. Tapi kenapa perlu nak mention issue ZAKAT pada orang berniaga? Sedangkan SETIAP ORANG PERLU BERLUMBA-LUMBA ADA RASA TANGGUNGJAWAB untuk buat perkara tersebut. Bukan just orang berniaga je. Tapi awak yang tak berniaga tu pun perlu tanamkan impian untuk jadi usahawan jutawan. Biar kita sama-sama jadi penyumbang zakat negara.

Kalau tengok dalam senarai Forbes pun, dalam 10 orang kaya kat Malaysia ni, 1 orang je yang Solat, 1 orang je yang pergi haji, 1 orang je yang puasa. Lagi 9 tu semua bukan islam. Jadi nampak tak maruah kita sebagai orang islam ni dalam bidang ekonomi kat mana? Sedangkan Berniaga ni SUNNAH Rasulullah. Kata Cinta Nabi, Sayang Nabi, jadi sunnah nabi dalam berniaga ni memang kita kena usahakan untuk buat. Bukan harapkan orang lain yang bantu agama bangsa kita untuk sumbangan ekonomi.




With My beloved friend CDM Isma dan CDM Izyan  


 With my husband my My Very Humble Mentor CDM Haji Azlan Deraman.

Maffkan husband sal yang berjersey tu. Bajet nak pegi stadium tengok bola tapi pagi ni kena singgah hantar wife jap ke Majlis Open House Shom ni.



Ni pulak wife CDM Haji Azlan Deraman. CDM Hajah Siti Rohana. Bayangkan suami isteri berniaga bawah satu bumbung dengan income setiap sorang 6 angka sebulan. Pengsan!


Hari ni OOTD CDM Salleha Roslan adalah seperti berikut :)

Dress : Jelita Gallery
Boleh cari kat instagram atau pergi terus kat butik Jelita Gallery di Seksyen 7 Shah Alam.
Shawl : Mia Ziora
Boleh ke Instagram dan Facebook Mia Ziora untuk dapatkan shawl shawl menarik




Berangan Che Ta la sat.
Tapi nak jadi Che Ta, Jangan lupa sarung Premium Beautiful Corset dulu kat badan. Banyak sangat dah kan viral pasal Premium Beautiful Corset ni. Semuanya cakap Bengkung PB ni memang Power.






 
Thank you sayang tolong hantar mama. Sebelum pergi sekolah jom kita posing sakan dulu anak beranak. Anak dara sal tu pun pakai Premium Beautiful tau. Means Premium Beautiful Corset ni boleh dipakai oleh setiap orang tak kira umur dan jantina. Sebab antara kelebihan Premium Beautiful ni adalah dia sangat menjaga POSTURE BADAN dan Menja Pinggang kita dari sakit sakit dan masalah Slip Disc serta Scoliosis. Budak sekarang bawa buku banyak kan dalam bag, so solution dia, belanja la diorang pakai Bengkung Viral Premium Beautiful yang dah keluar dalam Siakap Keli tu. Thanks Team Siakap Keli sebab tolong sharekan kelebihan Premium Beautiful ni pada 22 juta pengguna internet di Malaysia.















Babai.. Kena masuk sekolah dah.


 Sample new product dari Syarikat.

 With CDM Farhana.

 Yeahhhh He's Back!

 Dah siap hantar kakak Damia dan Danisha masuk sekolah lah tu.

 Kids Talent. Sape perlukan model iklan kanak-kanak boleh cari Muhammad Danish Shafiq. Budak kenid ni memang pandai buat drama.




With my mentor lepas turun stage amik Bonus Extra 2% company. Hebat sangat SHOM ni sebab dah la tiap-tiap bulan bagi bonus tepat masa pada usahawan, lepas tu siap ada extra bonus lagi dua kali setahun pada CDM CDM yang cukup syarat. 2% Yang ada ni bukan dua ke tiga angka tau. Tapi majoriti dapat 5-6 Angka. Alhamdulillah la dah mulakan bisnez ni dari dulu. Kalau tak memang tak merasa langsung pegang 5 angka setiap bulan.


 Dah la dapat bonus, siap dapat personal coaching lagi dari Top Multimillionaire Mentor.



Gambar dia lagi.

 Amboi siap cekak pinggang.

Merempit buat sales 


 Terima Kasih CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Alfaath untuk sharing yang menusuk jiwa. Antara kata-kata Bekas Cover Majalah Personal Money ni "Jimat la macam mana pun, belanja komitmen kita setiap bulan sama je, tak boleh lari, memang banyak tu je malahan makin bertambah nanti, sedangkan income bulanan yang kita kena besarkan dan tambahkan, biar saving setiap anak cecah juta"

Bestnya dapat berguru dengan prpoven success mentor. Memang income mentor sal ni dah cecah juta ringgit setiap 2-3 bulan. dan Saving anak-anak mentor sal ni pun dah cecah jutaan ringgit nilai dia. No wonder la anak beranak ni setiap tahun pasti akan jejak ke Kota Mekah dan Madinah.


 Balik Dari Event Jom Raya dengan SHOM, terus je ke Premium Beautiful Outlet Shah Alam untuk dapatkan Cash Set Premium Beautiful dan ready nak di beri pada tuan punya badan.


 Uol yang nak berniaga dengan produk premium yang boleh beri 4-5 angka sebulan, boleh la cuba risik-risik bisnes Premium Beautiful ni. Sebab Premium Beautiful ni dah hampir 25 tahun kat pasaran dengan permintaan tak PERNAH PADAM.


 Berniaga pulak memang dalam keadaan best je, Sebab boleh bebas masa. Bebas nak pergi mana, bebas nak buat apa ikut masa yang kita dah tentukan sendiri.


 Mak happy, anak confirm lagi happy! Happy sebab lepas siap kerja boleh bodek mama toys dan cekelat.


 Lepas Damia Danisha balik sekolah sambung pulak keluar rumah ke pejabat pelanggan. Boleh eh, jadi best friend pulak dengan customer. Sampaikan pejabat customer ni dah jadi pejabat diorang pulak.


 Ni la di my regular customer. Puan Azlina Hashim. Ibu anak tiga jugak ni dan pengguna tegar premium beautiful yang sangat puas hati dengan hasil yang PB dah beri kesihatan dan kecantikkannya.


 Yang bestnya dalam bisnes ni, semua di beri tunjuk ajar asalkan kita sendiri bersungguh nak belajar. ILMU FREE MENTOR bagi.

 Dari nak dapatkan pelanggan sampaikan ke ayat close pelanggan pun mentor ajar FREE. Siap duduk sebelah sampai jadi.
Dengan syarat awak nak belajar
sedia di ajar
dan konsisten buat apa yang di ajar.

Sebab pernanan mentor ni bukan la BUATKAN untuk kita. Tapi peranan mentor ni adalah bantu beri tunjuk dan ajar pada kita sahaja. Even uol bayar mentor kat luar sana puluhan ribu pun, diorg tak buatkan bisnes untuk uol, mereka hanya bantu beri tunjuk ajar sahaja untuk kita keluar dari belenggu "tak boleh tembus pasaran"




 Tak tahu la kenapa Allah hadiahkan pelanggan yang baik-baik pada kami. Sebab Puan Azlina ni kalau ikutkan memang dah ada bisness architecture sendiri. dah ada income puluh ribu sendiri. Tapi dengan rendah hatinya beliau sedia untuk belajar, megajar dan di ajar. 


Semoga anda semua yang meluangkan masa follow blog sal di dilimpahi Rahmat dan Rezeki melimpah ruah dari Allah.


No comments:

Post a Comment