Tuesday, July 18, 2017

Nikmat Sebuah Ketenangan

Kalau orang tanya apa matlamat hidup sal sekarang?
Matlamat hidup paling utama sal adalah nak capai KETENANGAN. 
Ketenangan dalam hidup sekarang dan hidup dunia akan datang.

Ketenangan tak boleh di beli.
Ketenangan tak kan datang kalau kita tak usaha cari.
Ketenangan jugak tak boleh diwarisi.

Jadi diri sendiri yang kena ada usaha untuk dapatkan Nikmat Tenang.

Tenang bila hidup bebas hutang.
Tenang bila punyai masa yang panjang.
Tenang bila tak bergaduh berperang untuk buktikan siapa hebat siapa kuat.
Tenang bila hati dan mulut hanya menyebut kalimat Allah.
Tenang bila boleh memberi tanpa syarat.

Ketenangan bukan datang dari Pangkat, Kereta Mewah, Rumah Besar, Pakaian Berjenama, Handbag LV Chanel, Income Puluh Ribu. Dengar macam cliche je kan. Tapi ni adalah hakikat. Ketenangan bukan dari Material yang kita ada mahupun tak de. 

Tapi,
Ketenangan adalah bila orang perlekehkan kita, kita boleh bersabar,
Ketenangan adalah Bila orang marah kita, kita tak rasa nak balas dengan kemarahan pun.
ketenangan adalah bila kita boleh sedekahkan senyuman pada setiap orang tanpa mengira latar belakang dan dalam keadaan kita di uji penuh tekanan.

Semoga Allah Kurniakan sal dan semua yang membaca ni sebuah ketenangan yang berpanjang.


 

No comments:

Post a Comment