Tuesday, July 18, 2017

Doktor Gigi Paling Best Klinik Pergigian Azwinda

Every Smile Makes You A Day Younger.
Nak lagi younger jom jaga gigi dengan kerap buat appointment dengan doctor gigi. Best tau jumpa doktor gigi ni. Tak payah takut. Mitos je semua tu yang kata doktor gigi ni mengerikan.

Tak caya jom baca sharing sal ni. Sejak pertama kali jumpa doctor gigi, terus rasa nak jumpa selalu. Sebab lepas jumpa doktor gigi, mulut rasa bersih je sebab kerak gigi di kikis, gigi jadi lebih putih dan licin.



 Good Morning. Yang ni pulak masa pagi-pagi keluar nak jumpa doktor gigi untuk bersihkan gigi Damia Danisha and mama sekali. Sebelum tu jom breakfast dulu.


Doktor Azwinda ni best tau. Damia Danisha pun tak takut nak nganga mulut untuk check apa yang perlu di buat dengan gigi diorang ni.


Nampak tak. Relax je kan. So memang tak payah risau la dengan doktor gigi. Uol yang area Shah Alam ke Puncak Alam ke, boleh la try cuci gigi ke, buat braces ke kat sini. Price pun ok la. Sebab masa cuci 3 orang ni just RM200++ Tak ingat pulak exactly price dia.
 Tapi lebih kurang macam tu la harga cuci gigi bersih kan kerak kat Klinik Gigi Murah Area Selangor ni.


Suka doktor ni sebab cekap dan senang nak sembang.


Tadaaa.. Happy Danisha bila gigi dia dah putih cantik.


video


 Ni antara senarai harga rawatan gigi kat klinik swasta. Ni yang sal snap kat Klinik Pergigian Azwinda Saujana Utama ni.

Sambil bersihkan gigi, sal buat rawatan akar. Root Canal Therapy nama dia. 


 Ni senarai harga rawatan gigi yang lebih jelas lagi kalau uol tengah tercari-cari klinik gigi swasta untuk buat rawatan gigi. Yup rawatan gigi memang agak high cost skit. Sebab tu sebaik-baiknya jaga pemakanan dan kerap bersihkan gigi supaya cost jumpa doktor tu dapat dikurangkan.


 Happy la tu gigi dah cantik bersih. Kat klinik pergigian Azwinda ni pun ada ruang mainan kanak-kanak yang boleh buatkan anda tak bosan menunggu. Banyak majalah boleh baca dan budak-budak pun leka dengan mainan yang disediakan.

 The Best Dental Surgery in Selangor.




Ready for 1st Root Canal Therapy. Hari ni terus check dah buat RCT untuk gigi geraham bawah belah kanan. Alhamdulillah buat masa gigi tengah tak sakit-sakit mudah kerja dan kita pun tak sengsara. So sal sarankan, kalau dentist uol kata buat RCT cepat-cepat, buat aje la. Sebab kalau dah timbul sakit-sakit baru nak buat confirm lain pulak jadi dia. 

Macam sal, actually datang hari ni just nak check je. Tapi doctor check kata geraham bawah tu ada nanah. Memang betuk pun rasa ada gelembung kat area akar tu. So better buat Root Canal Therapy cepat sementara belum rasa sakit lagi.


 Memandangkan patient cancel appointment, jadi boleh la terus buat 1st treatment hari yang sama. Lepas dah keluarkan nanah yang ada, doktor buat Xray untuk tengok 4 akar yang ada kat geraham bawah tu. Ada satu akar tu doktor nak kan kepastian sebab macam pendek sangat akar dia.


 Yang ni second treatment untuk Root Canal Therapy. Kira yang ni buat finishing la. Kalau uol nak tau apa tu Root Canal Treatment, uol google la sendiri ye ;)

Masa buat RCT ni memang sal tak pakai bius apa pun. Dan alhamdulillah proses RCT Berjalan lancar.

Kos rawatan akar kat Klinik Pergigian Azwinda ni RM900 je. Sal kan ada dua sesi rawatan. So setiap kali rawatan just bayar RM45O.


 Thank Doktor Azwinda. Doktor Pakar Gigi yang sangat berpengalaman.

Uol boleh contact Klinik Gigi Azwinda ni untuk dapatkan appointment dan khidmat runding nasihat.

Ni lokasi dan No Telefon Klinik Pergigian Azwinda
AddressNo. 34-1, Jalan Bidara 6/3, 47000, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia, 47000 Sungai Buloh, Malaysia

Ni la antara landmark yang uol boleh cari atau waze untuk ke lokasi klinik pergigian area Selangor ni.

Semoga info sal ni sikit sebanyak membantu uol yang tengah survey-survey mana nak buat gigi dan mana nak dapat doktor pakar gigi wanita.



No comments:

Post a Comment