Monday, July 24, 2017

Cara Membuat Slime

Terajin pulak nak buat video cara-cara buat Slime ni.

Yang ada anak kecik umur 3-12 tahun mesti familiar kan dengan apa Itu Slime?

Nak tau apa tu slime? Boleh la click kat video yang Sal share kan kat atas ni. Boleh dikatakan Damia Danisha ni memang dah cecah ratus kali la rasanya dok ulang buat slime sejak dari tahun lepas lagi. Tak faham apa motif dia. Haha coz i can't brain this kind of slime. Tapi sebagai mak-mak, kita layankan aje la hobby anak-anak kita ni asalkan diorg bahagia dan senang nak dengar cakap.

Bila tanya apa best nya slime ni, diorang sendiri tak berapa boleh nak describe. 

Ala... macam kita la dulu-dulu, main guli, main teng teng, main galah panjang, main konda kondi, main baling selipar, main batu seremban, main penutup botol la, lawan pemadam, tiup batang ais krim, main getah bagai. So sama la jugak macam diorang ni... Ni kiranya mainan zaman diorang la ni. 

Trend main outdoor tu dah makin kurang dan tak berapa sesuai dah pun disebabkan perubahan social dan cuaca kan. Kalau dulu keluar rumah tanpa mak ayah teman tu memang rasa biasa je. Budak-budak umur 3-12 tahun keluar main macam tu je ngan kawan-kawan. Tak de issue culik budak ke apa. Tapi zaman dah berubah, syaitonirojim makin beranak pinak. So, tu yang kurang dah pendedahan untuk diorang experience mainan yang kita main masa dulu. Ya Allah terus rindu zaman bebudak baru nak up dulu. Siap main mak-mak dalam longkang lagi. Pastu gi cari batu diamond kat dalam bukit yang berhutan kat area Taman Bukit Anggerik Cheras tu. Memang aktif sepanjang hari tak lekat rumah. Kejenya asik main ngan kawan-kawan je. Nampak ayah balik rumah baru semua mencicit lari balik.

So jom la sal tuliskan kat sini apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Slime.

1. Gam
2. Dynamo
3. Pewarna

Very simple.

Cara-cara nak buat Slime ni pulak uol boleh tengok kat video yang Damia Danisha buat ni ye.

Selamat Mencuba.
Mata Kat Atas Tangan Kat Bahu.
Tak fahammmm la nape Slime........... Hahaa.




No comments:

Post a Comment