Friday, June 2, 2017

Cukai Oh Cukai : Renew Road Tax Mercedez Benz C200

Alhamdulillah Rezeki Lagi Dapat Renew Our Baby M C200 untuk kali kedua.

Mencurah-curah rezeki Allah bagi. Memang berkesan sangat bila kita amalkan Syukur dalam hidup. Syukur dengan yang sikit, in shaa Allah tanpa di duga Allah bagi LEBIH lagi.

Just nak share experience Sal dan suami dari koyak rabak sampai boleh mula ada tapak. Even belum boleh dikategorikan macam Diva business Dato Sri Vida dan Dato' Aliff, Tapi Alhamdulillah sangat bila kepercayaan tentang siapa USAHA LEBIH DAPAT LEBIH tu memang betul sangat-sangat.


Disebalik SENANG nya kita lihat seseorang tu, pasti ada kisah pahit getir mereka sebelum sampai ke tahap tersebut. Tak perlu iri hati tengok orang lain senang, sebab kita tak pernah tau apa kesusahan dan cabaran yang dah mereka lalui hingga sampai ke tahap sekarang. Yang kita perlu buat adalah Kuatkan hati untuk capai seperti apa yang mereka capai. Sebab tak de kesenangan tanpa di uji.



Bukan senang nak senang.
Cakap memang senang, tapi nak laksanakan tu memang sangat menguji kesabaran dan keimanan. Sebab tu berniaga ni Sunnah. Sebab kat sini la sikap kita dapat dibentuk. Dibentuk samada makin bersyukur atau makin kuat mengutuk takdir sendiri.


Sebenarnya kesusahan kita bukan disebabkan Takdir. Tapi disebabkab diri sendiri tak ada kesungguhan dalam meminta minta dari DIA YANG MAHA MEMBERI, YANG MAHA KAYA! Kita sendiri yang create rasa nak jadi kaya tu sesuatu yang mustahil. Kaya tu sesuatu yang merosakkan jiwa. Dan kaya tu akan buat kita lupa diri.

Betul la tu.
Sebab apa yang kita fikir, itu lah yang kita akan dapat.

Bila makin buat, makin dapat, sal perasan yang sebenarnya ramainya orang kaya yang sangat menghormati orang lain. Habluminanas mereka sangat baik. Tentang mereka dengan tuhan, itu bukan urusan kita. Itu urusan mereka dengan tuhan. Yang kita pandai-pandai nak menilai orang lain kenapa? Kita lupa ke yang kesalahan dengan tuhan, tuhan boleh ampunkan. Tapi kalau kita buat salah dengan orang dan orang tu tak boleh nak maafkan kita maka hilanglah ketenangan hidup dunia akhirat.


1St time renew cukai jalan Merc C200 ni tahun lepas adalah dekat RM4,000 jugak kami kena keluarkan. Tahun Ni Dah Turun Sikit. Almost 3,000 Je Perlu bayar untuk Road Tax sekali Insured.


Pernah je masa dulu, masa Ego sangat nak ubah hidup, kereta kami berkali di tarik. Masa tu guna Proton Putra. Bajet hebat sangat dah guna kereta sport buatan tempatan. Tapi duit kereta tak boleh nak bayar.

Duit kerete dah la tak bayar, siap Cukai Jalan pun kami buat dek je tak renew. Tak renew of coz la sebab tak de duit. Pakai kereta 1.8 dengan insurance 4 angka. Bila insurance kereta dah sama banyak dengan gaji, agak-agak mampu ke nak bayar road tax? Memang tak mampu. Sebab tu pernah je Setahun kami ke hulu ke hilir tanpa cukai jalan. 


'Sebab tu sal ko jangan sombong sangat bila ada someone share peluang berniaga pada ko. Sebab apa tau, sebab kan ko yang selalu doa minta murah rezeki, minta luas pintu rezeki. Ko ingat rezeki turun dari langit macam tu je ke? Tak! Jangan mimpi. Rezeki memang datang dalam bentuk peluang sebelum bertukar jadi wang.'


Issue road tax satu hal, belum masuk lagi issue kereta buat hal. Meragam dengan gearbox automatik jem, dressup (Entah la macam mana spell dia) yang tunggu masa je nak terkeluar dari tempat asal dia, Absorber lagi... Macam-macam la ragam kereta dah lebih 10 Tahun ni.


Memang logik la kan kita memang tak boleh rasa selesa dengan gaji dan Aset (la sangat) yang kita ada sekrang ni. Sebab walau sekarang kita baru je beli kereta baru, percaya lah, jejak je tahun ke 4-5 confirm kereta dah mula keluarkan macam-macam ragam yang perlukan kita keluar belanja tiap-tiap bulan untuk maintain kos kereta. Kereta tak habis bayar lagi tu, tapi dah nak kena tambah bayar kos baik pulih yang lain-lain.


With My Team.
TLC Fast and Furious!

Alhamdulillah dari Zero kami bermula, dari bawah hingga boleh jejak kaki ke atas. Tapi tak baik tau kalau uol fikir nak dapat senang macam ni kami just goyang kaki je ;)


Buat la business apa sekali pun, memang tak kan ada cara senang untuk dapat senang. Semuanya perlu bermula dengan Kesedihan, Kesusahan, Kritikan, Kecaman, Kecewa, Kalut, Asalkan jangan Ke Laut sudah. Sebab semua yang negetive tu sekejap je. Yang Sabar dan teruskan usaha confirm akan makin capai apa yang diimpikan.




No comments:

Post a Comment