Sunday, May 28, 2017

Premium Beautiful Expert Masuk Dapur

Alhamdulillah senang rupanya masak ni. Lagi senang bila suami sendiri yang rajin belikan bahan-bahan untuk masak berbuka hari ni.


Asalnya en suami la berbunyi sebelum zuhor tadi. Dengan muka serius dia, dia tanya "Sayang, awak tak de idea ke nak masak" 


Hahahahahahaha... So sebagai isteri yang dah 11 tahun duduk satu bumbung dengan si suami, maka sal faham la apa maksud suami tu. Maksud dia, dia nak suruh kita masak la tu! Sebab selalunya dia yang masuk dapur and sal tau order je. Hari ni nak lepas geram la tu suh kita masak.


Potong stim betul.
Baru je masa tu sal dok buat research kat mana la nak pergi berbuka puasa hari ni. Sebab tak mau masuk Bazar. Konon nye nak cari la club house ke, restaurant ke untuk berbuka kat Area Shah Alam or Klang petang ni.


Alih-alih tak pasal-pasal kena tukar topic research pulak. Dah nak kena search tentang resipi pulak. Masa ni terus fikir yang simple je la. Yang memang kena dengan tekak sendiri.


Terus 1st sekali memang search cara nak buat sambal belacan paling simple. Hahaha! Jangan gelak tau. Nampak tak, sampai sambal belacan pun nak kena google.

Kedua nak buat sayur bayam goreng. Tapi lepas zuhur, habis dah sayur bayam kat supermarket. Ramai betul orang shopping buat stok untuk Ramadhan ni. So en husband pun beli la sawi. Dah ada sawi depan mata, santan pun memang dah ada dalam freeze, so buat la sawi masak lemak. Sebab kena sikit belacan ngan kuah lemak.


Then bergado pulak nak beli ikan jenis apa. Haha. Suami nak Siakap. Sal nak Ikan Merah. So last sekali beli je dua-dua. Yang bestnya, kat Area rumah sal ni ikan dia fresh tau. Memang ikan dari Kuala Selangor. Isi Putih putih lagi. So ikan tu kita buat goreng aje la senang.


Jom la tengok macam mana rupa air tangan Salleha Roslan ni.


 Bukan gambar dari Google. Sendiri ambik ni.

Ok la kan Sambal Belacan sal ni. 1st try tau seumur hidup ni. Hahaha. Yang tolong tumbuk, tu, anak dara Nur Damia Shafiqa. Tumbuk sambil pakai spek mata hitam :D


Bukan gambar dari Google jugak.
Ni la rupa sawi masak lemak. Nak resipi ke? 
Ala uol lagi power masak. So tak payah la kan.... Tapi dalam sawi masak lemak ni sal tumbuk sekali ikan merah tau. Tak tau la apa rasa dia.


Ikan Merah Goreng.

Ya Allah best rupanya masuk dapur ni kan. Menitik-nitik peluh Ratu Premium Beautiful ni. Hahaa. Honestly sal cakap, sal memang jarang masak. Masuk dapur tu memangla hari-hari. Tapi part masak ni memang liat ya Rabbi. Tu yang sampai suami pun bagi Hint tadi. 


Suami request suh masak kul 12.30 tengahari, sal mula masak kul 3.30... Kul 4.30 Alhamdulillah dah siap semua dan terus boleh Asar awal waktu.


Share la sikit uol masak apa hari ni. Mana tau resipi uol tu boleh sal gunakan esok lusa ke.



SELAMAT BERBUKA PUASA
dan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN.


2 comments:

  1. Wwooww kak sal nampak menyelerakan.. nasib dah malam baru nampak post ni...hihihi... td yana berbuka nasi ayam mak masak. Mmg kenyang makan bila kene air tangan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa kak sal pulak terbaca post yana ni kul 10:56 pagi... sedapnya masakan mak.

      Delete