Tuesday, March 7, 2017

Surprise Birthday For Husband At Palace Of The Golden Horses

BAHAGIA.
Tak sulit di cari, just mulakan dengan diri kita dan orang-orang yang terdekat dengan kita ;)

Orang yang bahagia bukan lah orang yang hebat dalam segala hal. Tapi orang yang bahagia adalah orang yang mudah terima kesederhanaan dan rasa bersyukur dengan hidupnya.


Tu link celebration yang lepas.

Kali ni plan kami adalah di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.


Before that singgah beli MamyPoko Muhammad Danish Shafiq dulu dan stok makanan. Budak-budak ni bukan boleh tau, jap-jap kang diorang lapar je. 


Budak over excited memang macam ni. Dia takkan duduk diam punya selagi tak nampak bayang hotel yang kita dah sebut-sebut sebelum tu.


Dah sampai memang jakun la kan tengok Golden Horses yang ada depan main entrance hotel antarabangsa ni.


Minta husband park je dulu kete kat tepi ni then kami nak berposing dengan Kuda Emas ni dulu sebelum check in hotel.


I do not exist to impress the world, I exist to live my life in a way that will make me happy.
- CDM SALLEHA ROSLAN-

DREAM BIG, WORK HARD, STAY HUMBLE


Kalau nak tau, Damia and Danisha tu pakai baju mama tu. Muat dah diorang sarung all the baju. Siap happy lagi bila muat dah pakai baju-baju mama.

Busy susun atur  perabot  anak


Kalau zaman ada kodal dulu, rasanya habis dah satu roll film bergambar kat pintu masuk yang ada kuda emas ni je.


Alhamdulillah la en husband pun dah makin minat amik gambar. Sampai sal pulak yang kerap merungut sekarang ni "dah la tu" :D


Dah dah.. Jom Check in. 
Ni antara bukti yang pakai Premium Beautiful kat tengah panas lit lit memang tak kacau kita pun. Lagi selesa lagi adalah. My 10 years daughter tu pun everyday pakai Premium Beautiful tau. Kalau tak pakai gelisah la hidup dia.


Alhamdulillah already check in. The service pun best. Memang rasa relax je untuk tenang-tenang dengan family. Coz dari masuk pintu utama sampai ke pintu bilik ada je orang yang akan serve kita macam VIP. 


Pose wajib setiap kali check in hotel seluruh Malaysia.


Tomey la awak-awak semua buat macam tu Damia Danisha Danish and en Hubby :-*


 Ni la dia hasil DIY kami anak beranak.


Ni lagi satu hal. Bab kek ni. Alhamdulillah la mudahnya aturan nak buat semua ni. Lancar. Kek ni beli masa shopping MamyPoko Muhammad tadi. Beli kat La Boheme Aeon. Kalau beli secret recipe mau la en husband dapat hidu plan kami punya.


 We love u!





 Seronok tau Damia Danisha Danish dapat DIY sama untuk birthday suprise ni.


 Ni la hasil kami anak beranak. 


 Sal bagi tau book Palace Of The Golden Horses ni pun last minute tau. Tau-tau je bag dah siap kemas. Tinggal nak gerak je. Book thru Agoda je senang. Range harga Palace Of The Golden Horses ni untuk sabtu ahad pun tak la mahal mana. Tak lebih RM350 pun.


 Tolong doakan kami bahagia dunia akhirat. Dan In shaa Allah doa kami juga mengiringi uol semua.







Ecehhhh.. Tanjat ke?


Al kisah nya kami anak beranak DIY je Birthday Surprise untuk en suami kali ni. Seronok ada anak dara yang dah boleh simpan mohor mohor besar mama ni.


Malam tadi jenuh jugak fikir mana la nak cari orang yang boleh buatkan last minute punya preparation for this saturday birthday surprise. Sal siap scroll Instagram, facebook and google kot-kot ada la business owner birthday surprise area Seri Kembangan ke Serdang ke yang boleh buatkan Deco ni last minute.

Bukan senang nak cari yang available dalam masa 24 jam.

Then idea pun datang. Alhamdulillah terfikir nak buat ksendiri je. Sebab lepas tengok contoh-contoh gambar dalam google, terus rasa "boleh ni kalau nak buat sendiri"

So the next day, plan aktiviti kat area Setia Alam. Sebab senang lepas tu boleh la singgah KAISON yang ada dalam Setia Alam City Mall tu.

Uol yang tercari-cari idea untuk nak buat surprise orang tersayang, sal sarankan better deco je sendiri lagi puas hati and enjoy. Cuma masa nak deco tu kena pandai-pandai planning la macam mana nak suh husband tu keluar bilik. Macam kitorg, memang mempergunakan Muhammad Danish Shafiw la. Sal cakap kat husband gi la bawa Danish ni turun bawah sambil minum coffee. Lagipun memang Palace of The Golden Horses ni ada bagi welcome drink percuma.



Ni la dia bahan-bahan nak Do It Yourself kat Palace Of The Golden Horses.

 Thank you Kakak Damia. Damia and Danisha la yang paling excited sekali nak buat surprise untuk ayah diorang ni. Suka la tu nak kena kan orang ye. Hehee.


 Hari ni hari jumaat tapi ramai jugak orang ye. Barang dalam Kaison ni memang murah giler! Rasa macam nak beli semua je.


 Potpuri ni sal beli 4 paket untuk gantikan bunga hidup yang diorang selalu tabur-tabur atas katil tu. Senang la beli bunga macam ni. Nanti boleh guna balik. 

Sepeket Potpuri ni baru RM2.50 je.
4 paket baru RM10 kan. Kalau beli bunga hidup cuba kira ;)

Tapi ikut uol la nak yang dah keras ni ke atau pun bunga hidup. Macam sal memang pilih macam ni je sebab celah mana pulak nak cari n sorok bunga hidup. Nanti kantoi pulak. Ni pun cakap kat en Husband nak masuk mall ni sebab nak beli barang jap je.


 Tali ni kononnye beli nak buat gantung belon. Tapi macam mana nak gantung kalau dah tak de gas helium.


 Beli baloon tiga paket. Amik Merah putih.


 Love shape candle ni baru RM1.90 je. 


Ni belon putih yang ada tulisan I LOVE YOU.
And total barang untuk birthday surprise ni just RM60.00 je. Jimat banyak!

video


No comments:

Post a Comment