Thursday, February 9, 2017

Premium Beautiful Expert Terjah Ipoh, Perak.

15 November 2016
Tuesday
Ipoh, Perak. Balik hari.

Just because u couldn't do something yesterday doesn't mean u can't achieve it today. You're one day stronger today!

PB Expert check in kat Premium Beautiful HQ dulu before berlepas ke IPOH... Jom dating orang-orang Ipoh ;)

Mak Ngah pakai Meghah hari ni. Nak mengaum kat Utara sat.



 Sebelum tu berhenti breakfast dulu kat Petron mana ntah ni tak ingat dah. Haha.. Ye la story ni bulan 11 tapi bulan 2 ni la baru nak share kan. Memang lupa dah la kat mana sal and family breakfast ni sebab kami ni hari-hari memang ada aktiviti kat luar rumah. Memang spesis tak reti duduk rumah dari zaman tak de duit dulu pun.

Nampak tak kat tangan sal tu ada bebola putih seketul dan bebola kecik-kecik kat tapak tangan?

Tu la dia Herba Maharani

Power tau Herba Maharani ni untuk bagi extra tenaga pada badan. Siapa yang makan confirm jadi badang. Eh tak lah badang... Tapi jadi bertenaga lain dari biasa. Tak cepat letih la senang cerita. So sebab tu pagi-pagi before breakfast sal dah amik at least 10 biji maharani ni sebagai booster energy. Lagipun nak jalan jauh kan ke Utara sana. So memang kena sangat la makan herba yang dah berkurun lamanya ni.


Sampai Ipoh terus dating dengan my PB Expert ni kat Old Town White Coffee Padang Ipoh. 

I'm not a BOSS! I'm a leader. 
Jadi tak salah bila kita pun mencari protege kita. Sebab agak tak patut rasanya bila mula-mula nak invite dia jadi business partner kita, kita pandai pulak cari dan motivate mereka. Tapi bila mereka dah rela di bimbing, kita nak guna kuasa veto pulak. It's not good la bila kita ada attitude like a boss macam tu.


 Really love her A+ attitude. Never say NO bila sal request beliau untuk try buat sesuatu.

Dari hanya pengguna Premium Beautiful Corset, Kini beliau antara yang aktif dan sangat hebat berniaga Premium Beautiful ni.

Uol di bahagian Utara, Ipoh, Penang, Kedah, Perlis kalau nak pakai Premium Beautiful Murah boleh contact my very excellent protege ni Puan Noharyani.



Waktu bergambar ni ada sorang aunty tu tanya sal dari mana? Hehee agaknya dia pelik kot tengok dah kenapa la budak ni beriya nak berposing depan building Dewan Bandaran Ipoh ni.


 Bila bagitau sal dari Shah Alam baru la aunty tu faham. Mesti dalam hati dia cakap "Patut laaaaaa" :D

Ye sal suka building yang color color putih ni. Pantang nampak memang suka nak berposing.


 After selesai business appointment, terus ke Masjid Negeri Ipoh ni untuk laksankan kewajiban appointment dengan Maha Pencipta.


 Lepas tu jalan kaki dari masjid ke Medan Selera Dato Sagor, Ipoh. Depan masjid je medan selera ni.


 Rupanya masa sal appointment dengan yani with her new protege, Abam-abam kami ke Restoran Nasi Ganja bungkuskan Nasi yang confirm buat korang ketagih bila dah makan sekali.

Kat mana kedai nasi ganja ipoh ni?
Lokasi dia kat 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia.

Pergi time lunch memang macam keretapi la korang kena beratur.

Nasi dia banyak. Siap boleh share dengan husband lagi.


 Tuan Hafieez pulak siap belanja nasi ayam. Sedap jugak nasi ayam ni. Hafieez kata memang femes nasi ni kat Ipoh.



Cantik cantik port nak bergambar kat depan Medan Selera Dato Sagor ni.


 So wajib posing banyak-banyak.


 Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ;)


 Senang hati la ni. Tu yang sakan berposing kat tengah bandar Ipoh ni. Nak pulak pakai Premium Beautiful kan. Memang tak rasa rimas, lemas dan panas pun walau cuaca agak bahang.


 Petang tu kami singgah jap ke rumah Tuan Hafieez and Puan Yanie. Salin baju mandi siap-siap before balik semula ke Shah Alam.


 Sebelum balik makan dulu.


 Rasanya banyak minum dari makan. Ni la rupa mak mak bila dah malam nak tidur :D


Tu dia bersusun gelas. Kembong la kami sampai KL nanti. Apa pun terima kasih Tuan Hafieez dan Puan Yanie atas layanan mesra pada kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati kalian sekeluarga.


No comments:

Post a Comment