Tuesday, December 20, 2016

Premium Beautiful Expert In Taiping, Perak






Bagi chance kakak berwhatsapp dengan kawan dia.



Muhammad Danish Shafiq memang suka tengok orang menyapu, mengemop lantai. Dan macam mando dah pulak.



Bersungguhkan Muhammad tu tengok petugas PLUS bertugas.


Ni dia datang sebab kami kata tangan kakak ada ulat. So cepat-cepat Muhammad Datang nak jadi penyelamat la konon. Tergelak Danisha tengok ragam adik hero dia sorang ni.



Alhamdulillah licin nasi lemak sorang dua bungkus, sandwich, kacang rebus dan air panas kat sini jugak. Ni kat kawasan rehat Slim River rasanya. Tempat keramat yang suka amik gambar kami tanpa sempat kami nak posing buat peace ke apa tau. Tau-tau ada flash camera je. Hahaa. Apa nak buat, manusia mudah lupa. Lupa pulak nak slow down lepas kenyang makan kan. Tu yang laju je kaki tekan minyak. Nak kata laju tak de la laju mana pun, Lebih 0.3 km/j aje pun.




Rasa sekejap je dah sampai Bandar Taiping. Tak dan panas buntuts dah sampai. Kami bertolah kul 9.15 dari rumah. Pukul 12 dah sampai ke Taiping so dan la en suami solat jumat kat Masjid Bandar Taiping yang betul-betul depan Hotel Legend Inn ni.



Setengah jam duduk dalam kete, sal ajak Damia Danisha Danish turun. Try check in awal. Normal check in pukul 3. Tapi alhamdulillah kami dapat check in pukul 1.30. Thank u Legend Inn Taiping for your great service.


Masuk bilik hotel confirm wajib posing dulu. 
Jakun ke? Lantak la hangpa nak kata apa. Ni la kenangan kami nanti bertahun-tahun akan datang. Kenangan masa kecik n masa muda ni la nak kena banyakkan ada. Manusia mudah lupa, jadi bila ada kenangan dalam bentuk visual, kita akan lebih mudah untuk ingat.

Masa ni en husband tak habis solat jumaat lagi. So kami minta tolong meja kecik hotel tolong amikkan gambar. Hehe.



Anak-anak dah lapar sebab sekarang dah nak pukul 3 petang. Kami makan kat hentian Slim River tadi pukul 10 lebih cam tu la. 

Memandangkan mama ada appointment kat coffee house Legend In Taiping ni, jadi kita order dulu makanan untuk Damia Danisha n Danish yang dah kelaparan nak makan. Danisha tu bukan boleh lapar, lapar kang dia mengamuk Kalah Incredible Hulk.

Yang bestnya makan kat Hotel Legend Inn Taiping ni Murah tau. Macam makan kat restaurant yang biasa ada kat KL tu je. Kira ok la kalau lemonade pun harga RM3.50 Secawan besar kan. Mee Goreng pun RM8.90 je...Murah kan... So kalau uol ada ke Taiping and tak sure nak makan kat mana, or maybe nak tempat makan yang selesa dan boleh tahan la rasa dia kan, uol boleh la makan kat Hotel Legend Inn Taiping ni.

TEH TARIK dia sedap bak hang. Try la Teh Tarik Hotel Legend Inn Taiping ni ;)



 Date dengan Premium Beautiful buyer yang bertugas sebagai Nurse cantik di KPJ Taiping.


Premium Beautiful expert bila bersembang bab PB Corset memang akan terlupa daratan kejap. Alhamdulillah happy sangat bila pelanggan puas hati pakai PB. Sambil pakai, kita share je cara untuk jana at least RM5,000 sebulan sebab rasa bersalah pulak bila tak share kan sepenuh hati macam mana sal and team boleh bersara awal dan jadikan Premium Beautiful ni sebagai income utama keluarga kami.




 Ayu aje kan adik nurse ni. Anak dah dua ok. Tapi body memang cantik kemas terletak. Confident je pakai uniform kerja bila lemak tersusun rapi.

Orang-orang Taiping yang teringin nak pakai Premium Beautiful habaq mai na. Nanti kita deal sampai jadi. Dan sal boleh rekemen kan PB Expert bertauliah di area Utara ni. Biar pakai selesa beli dapat service dari agent yang bertauliah.



Lepas selesai appointment terus angkat kaki keluar Legend Inn Taiping untuk ke Kuala Sepetang. Biasa la kan, kaki Jalan Jalan Cari Makan ni memang akan cuba viral foods yang dicadangkan oleh orang ramai,


 Lokasi pilihan Jalan Jalan Cari Makan hari ni adalah di Restoren MEE UDANG MAK JAH. Kat Kuala Sepetang ni memang banyak sangat kedai mee udang. Mak jah ada, mak teh ada, mak mah tak pasti :)

Dasyat gerai Mak Jah Mee Udang ni sebab siap pakai RELA lagi untuk control traffic.

Alhamdulillah parking senang dapat hari ni. Dan orang tak ramai pun lagi sebab hari ni hari jumaat kot kan so tak ramai lagi yang datang ke area Taiping ni. 

Dari Hotel Legend Inn Taiping ke Kuala Sepetang ni amik masa dalam 20 minit je. Tak tau jalan, waze or google maps aje la sebab in shaa Allah confirm jumpa.


Sal order semangkuk Mee Udang Mak Jah yang biasa dan sebiji air kelapa muda. Biar sejuk sikit badan minum air kelapa di musim panas hari ni. Harga Mee Udang Mak Jah ni semangkuk RM9.85 macam tu la.

Sal tak makan seafood dah sekarang ni, tu yang amik Mee Udang biasa je. Biasa-biasa pun udang tu adalah dalam 6 ke 7 ketul ekor.



Dari dalam kereta tadi, lebih kurang lagi 5 minit nak sampai Muhammad Danish Shafiq tidur dengan lenanya. Alhamdulillah sangat sebab boleh la mama ayah makan dengan penuh nikmat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni.



Kalau uol nak tau sedap ke tak mee udang ni, bagi sal ok aje la. Yang buatkan dia special sebab kuah dia. Mee dia biasa je. Kalau mee tu adalah mee yang di buat sendiri in shaa Allah confirm lagi menarik. Macam mee tarik warisan asli tu kan, kan dia guna mee yang tarik sendiri. Macam mee udang ni, kuah di aje la sedap and tarikan dia adalah BRANDING MEE UDANG MAK JAH ni sendiri. Power kan penangan viral ni.



Apa pun, kalau uol tercari-cari tempat makan best di area Taiping, boleh la luangkan masa ke Restoren Mee Udang Mak Jah ni. Don't worry, mee udang dia bukan self service tapi ada yang akan datang ke meja untuk amik order. Cuma kalau tetiba lepas 1st order tu uol nak add on any menu or air ke, maybe air or makanan tu tak kan sampai ke meja... Maafkan je mereka... Tempat makan besar dan Orang ramai kan ;)



 Damia tak makan mee. Dia hidup kuah je. So tu memang petanda kuah mee udang ni aje la yang membuka selera.


Lepas makan mee udang mak jah kuala sepetang,  tak tau nak pergi mana. Terlalu pulak kat jalan yang ada signboard besar KOTA NGAH IBRAHIM jadi sal pun minta husband tolong tengok kan apa yang best nye Kota Ngah Ibrahim ni. Sejarah masa sekolah memang A sokmo. Tapi tu la, manusia mudah lupa kan. Nak pulak dah tiga kali beranak ni habis semua nama-nama peninggalan sejarah dilupakan sampaikan nama besar  Ngah Ibrahim ni pun sal tak boleh nak ingat siapa.

Waktu melawat masuk ke Kota Ngah Ibrahim atau Muzium Matang ni sampai pukul 5 petang je setiap hari. So uol yang teringin nak masuk muzium Kota Ngah Ibrahim ni datang before Five ye. Masuk ke Muzium Matang ni adalah FREE je. Bawa la diri or anak-anak topup knowledge tentang sejarah hebat warisan Melayu kita di zaman kegemilangan dulu kala.

Kota Ngah Ibrahim ni memang sebelah Kuala Sepetang je. So lepas makan Mee Udang boleh la bakar energy berjalan ke rumah besar penuh sejarah ni. Best pulak sesekali bila tau sejarah Negara.

Banyak pengajaran kita boleh jadi kan moral of the story.



 Bergambar depan pagar pun jadi lah :D


 In shaa Allah esok after walimatulurus selesai di Kampung Boyan Taiping, kita datang lagi ye. Nak kena masuk juga Muzium Matang ni. Tak puas hati selagi tak tau siapa gerangan NGAH IBRAHIM ni di tanah Taiping ni.


Without history, there would be no future.



 After that kami solat maghrib di surau area Zoo Taiping then baru ke Arrayyan gusesthouse di Kampung Boyan Taiping ni untuk berkumpul with others family untuk sama-sama ke rumah pengantin perempuan untuk makan malam sama-sama.





 In shaa Allah esok pagi akan berlangsung majlis akad nikah dan persandingan my cousin Tuan Haji Safwan Sulaiman dan pasangan.




 Budak- budak memang happy la dapat jumpa geng.


 Konon nak buat mannequin challenge la.

 Sampai Legend In terus lena.




Singgah bergambar kat trademark Taiping ni. 








After majlis persandingan Safwan dan Yana kami datang semula ke Muzium Matang ni. Nak juga tu tau apa kisah Bukit Lrut, Biji Timah, Kota Ngah Ibrahim, Perang Larut dan sebagainya. Seronok lagi belajar sejarah macam ni dari baca buku sejarah je masa sekolah dulu.





Kuali untuk mendulang biji timah.


Basikal yang digunakan oleh pelombong biji timah di Bukit Larut.


Ni gambaran semula tempat pelombong  melepaskan lelah setelah penat melombong. Kiranya macam kedai kopi diorang la masa tu.













































Ruang pejabat.


Ni la dia Che Ngah Ibrahim


Corak pembelajaran.


Mahkamah














Kat luar Muzium ni ada jual air tin kat machine. Kalau haus senang la nak beli untuk hilangkan dahaga. Harga pun murah je RM1.60 satu tin.



Best pulak bila dah tahu sejarah Ngah Ibrahim ni. Rupanya Ngah Ibrahim memang orang paling berpengaruh di Bukit Larut Taiping ni yang mana beliau merupakan orang pertama yang jumpa biji timah kat sini. Kaya nya Ngah Ibrahim ni melebihi kekayaan Sultan pada masa tu.
 Dan dari terjumpanya biji timah ni la  maka tanah melayu ni mula ada kemasukan orang-orang dari Cina yang waktu tu berkerja sebagai pelombong. Dan sekarang terbalik dah, majoriti Chinese jadi tokey and orang kita berkerja untuk chinese. Moral of the story, Jangan pernah rasa selesa dengan apa yang ada.


Kenapa bonzai jugak yang mesti dijadikan background untuk ku bergambar. Huhh. Tau la sama :D

Geng The Gunners la sangat kan.
Baju anak-anak yang merah Fly Emirates ni terpaksa beli masa ada warehouse sales kat Shah Alam awal bulan tu. Nak samakan dengan ayah la tu.



Moral of the story:
Orang kaya, orang miskin, orang muda, orang tua, semua akan pergi dan tinggalkan segala yang ada di dunia. Yang di bawa hanya lah amalan kita. Jadikan kekayaan alat untuk menghubungkan kita ke akhirat. Sebab yang ada di dunia ni bukan kita punya, bukan Ahmad Albab yang punya, tapi sesungguhnya Allah yang punya.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Premium Beautiful Murah 2017
    Premium Beutiful Perak
    Harga Premium Beautiful

    ReplyDelete