Monday, November 21, 2016

Happy Birthday Nur Damia Shafiqa Yang ke-9

HAPPY BIRTHDAY NUR DAMIA SHAFIQA YANG KE-9!!!

Baby girl 1 Syawal 
13 Oktober 2007

Collect moments not things. We don't remember days, we remember moments.

Best moments happens when they're unplanned.


Alhamdulillah kalau ikutkan calender Islam, Umur Damia genap setiap awal pagi Syawal. Sebab Damia Allah izinkan keluar dari perut mama pada pagi raya aidilfitri masa orang tengah takbir raya.

Tapi hari ni 13 Oktober 2016 kita makan kek sama-sama just for fun je. Mama tak nak biasa kan anak-anak untuk every year celebrate birthday sampai membazir. So memang everytime sampai masa birthday anak-anak, mama just akan belanja apa yang anak-anak nak and bawa makan kek je. Simple as that. Yang penting we collect moments everytime we spend together.


 Dua potong kek dan 3 biji balloons untuk Nur Damia Shafiqa di hari lahir yang ke-9 pada tahun 2016.


Budak-budak ni tetap enjoy je walau just ada kek dua potong. Asalakan diorang dapat belon sorang satu dan topi birthday sorang satu dah cukup.

Kalau uol tercari-cari tempat untuk beli segala kelengkapan event untuk birthday ke, open house ke, celebration kejayaan ke, nak celebrate anniversary ke atau sebaginya, sal boleh cadangkan uol cari kat kedai ni. Lengkap tau barang-barang dia dan harga pun murah sangat antara kedai-kedai lain. Serius murah kot sebab topi yang budak-budak ni pakai pun just RM2 je sebab kat kedai kek lain sal tengok cecah lima ringgit lebih satu.

Nama Kedai kelengkapan Majlis Keraian ni, UNIQUE BIRTHDAY SHOPPE. Kalau kat Instagram pun uol boleh seacrh nama Unique Birthday Shoppe ni.

Alamat kedai yang jual kelengkapan birthday yang Murah giler ni :
B-1-19 Jalan Bidara 9, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh

Fon no Unique Birthday Shoppe ni:
0111-444-868

Owner dia pun friendly je. Kedai bumiputra di Saujana Utama Sungai Buluh.





Besar dah anak mama. Semoga semua anak-anak mama sentiasa dirahmati Allah. Jadi anak yang bijak menjaga Allah, supaya Allah sentiasa jaga kita. Jaga solat wajib, rajin buat yang sunat, jaga aurat, sentiasa jaga batas pergaulan, baik dalam tutur kata. But i know, untuk anak ikut semua tu, mama yang kena buat dulu sebab anak-anak kecik ni diorang memang tak faham bahasa, tapi mereka cepat belajar dari apa yang mereka lihat.


It's not how much we have but how much we enjoy, that makes happiness ;)


Respect the skilss. (Ayat kat baju Muhammad Danish Shafiq)

Tak mudah sebenarnya nak handle 3 anak dengan 3 sikap yang berbeza-beza. Tapi ni la kehidupan, ni la anugerah dan ni la jugak ujian. Allah bagi kita sesuatu tu sebab Allah tahu kita mampu untuk handle semua ni. Hargai apa yang kita ada sebelum ianya jadi sebuah memory. Hanya orang yang sayang diri je, mampu untuk beri kasih sayang pada orang lain. Jadi jom sayang diri dulu dengan usaha buat apa yang Allah suka.


Thank u Ayah coz always be there with us yang banyak songeh ni.

Sedap tay kek ni. Sedap gile dan di jamin halal sebab yang buat dia memang 100% muslim.

Lokasi Kedai Kek Sedap ni:

LYNNHASSAN BAKING STUDIO

14, Jalan Flora 2
Saujana Utama
47000 Sungai Buloh
SMS/WhatsApp : 013-3421830
Email : myhadiah@gmail.com

Nak search guna waze atau google maps boleh guna ni:
Latitude – Longitude:
3.204522,101.481062

Lat: 3° 12′ 16.2786″
Long: 101° 28′ 51.8226″

Or just click this Lynn Bake Studio. Memang sedap sangat kek dia.

Berebut Damia Danisha Danish makan. Memang suka beli kongsi-kongsi makan macam ni sebab baru senang licin makanan tu. It's not about kedekut tapi it'a all about sharing and caring. Bila sikit, automatically kita akan lebih menghargai.


Just nak selitkan jugak apa yang sal pernah dengar.

Ada 3 perkara yang manusia nak:

1) Ketenangan jiwa
 2) Kebahagiaan 
3) Kebebasan

Cara nak dapat? 
Beri pada orang, in shaa Allah kita akan dapat.

Manusia yang tenang, dapat tenangkan orang.
Setiap amalan bermula dengan niat. Sentiasa niatkan diri untuk "saya pilih untuk tenang, saya pilih untuk bahagia, saya pilih untuk bebas"

Life is a choice ;)


Thank u for reading darling.



2 comments: