Wednesday, November 2, 2016

Allah loves you more than anyone does

Kenyataan hidup.

"Allah tak tengok hasil, Allah tengok Usaha
Manusia tak tengok usaha, manusia tengok hasil"

Sebelum layan sangat rasa kecewa, tanya pada diri "Aku buat ni kerana Allah atau aku buat untuk perhatian manusia?"



Buat sesuatu untuk impress, confirm kita akan stress.

Tapi cuba buat sesuatu datang dari hati dengan niat nak beratkan timbangan amal pahala in shaa Allah bila result yang kita angankan tu masih belum dapat, confirm hati tetap tenang. Dan orang tenang ni lambat macam mana pun confirm akan menang.

Bila buat sesuatu bukan untuk dapat penghargaan manusia, inshaa Allah hati tak kan mudah kecewa dan cepat putus asa.

Setiap kegagalan ada tarbiyah terbaik yang Allah nak bagi pada kita. Dan setiap kejayaan yang Allah hadiahkan pada kita juga ada kala nya merupakan satu ujian yang kita tak perasan pun di kala senang. That's y orang yang Allah sayang memang akan di datangkan ujian demi ujian supaya hatinya tak mudah lupa untuk mengharapkan rahmat Allah. Sebab manusia hanya akan masuk syurga atas rahmat Allah je.

Ustazah Dato Dr Fatma ada cakap
"Never love anything more than Allah. Anything you love more than Allah will bring you to Neraka"

Mean kalau sayang suami, anak, kawan sekali pun jangan melebihi dari sayangkan Allah. Kalau suka sesuatu tu pun jangan melebihi Allah.

Nak share perkara baik-baik atau nak sebut sesuatu yang baik-baik tak perlu tunggu jadi ustazah atau berniqab sekalipun. Sebab bila lahir je kita kat dunia ni, kita semua adalah pendakwah yang bertanggungjawab untuk buat perkara baik dan berkongsi kebaikkan pada semua makhluk di muka bumi ni.







No comments:

Post a Comment